Jom Join Bloglist Blogger Baru ^^

Holla ^^ Entry instant di tengah hari memandangkan saya berminat nak join bloglist blogger baru anjuran klik sini untuk keterangan lanjut ~ Wee ! 

Syarat - syarat penyertaan sila rujuk ke link yang diberi . Muehehe . Disebabkan saya yakin saya layak menyertai , jadi saya sertai . Hehe . Follower saya kurang 300 . ( 100 pun tak sampai ) . Huhu . Jadi saya sangat layak menyertai . Hekhek . Ramai jugak yang join jadi saya pun tak ketinggalan . Hoho . Tak tahu nak taip hape dah sebab sume syarat - syarat penyertaan dah saya tunaikan . Hiks . Happy Blogging . =) 

Saya suka lecturer....

Holla ^^ Esok dah menyusul ke bulan Mac . Just left 9 days to go before final exam . Hisy ! Tak habes study lagi . =.= Mana nak habis study kalau dok keja blogging jaa . >_________< ( Tak terasa ) This week , last week lah untuk aku jumpa lecturer - lecturer kesayangan . Huk . Patot tak kalau mood belajar bergantung kepada sikap lecturer ? ( Sebagai student aku rasa patot ) Wahaha . Lecturer best , student enjoy , suasana kelas pun double best . Isn't it ? =.=

Aku suka lecturer yang macam ni :

Sporting
Kelas berjalan dengan lancar tanpa banyak kerenah dan ragam . Lecturer yang mengajar dengan habis sempoi . Time lecture 2 jam pun rasa macam 5 minit je . ( Hiperbola nak mampos ) Tak terasa bosan langsung . Cara mengajar memang habis sempoi . Selang - seli dengan lawak yang memang habis remaja ah . Sepanjang kelas berlangsung rasa macam tengok siaran langsung Raja Lawak je . =.= Melampau . Tak lah , at least sepanjang kelas tu , student tak rasa langsung tekanan belajar tu . Cara penyampaian yang ringkas tapi padat dan mudah untuk student yang agak - agak laju macam siput babi beby ( macam aku lah kan ) nak faham apa yang beliau cuba sampaikan pun , itu sudah dikira ok . Hiks .

Cool
Lecturer yang sangat cool itu best ! Hee ~ Nak bagi task , semua task yang cool cool je beliau bagi . Task uncool beliau tak kan bagi . Ngeh . Yang bila student tanya soklan , beliau akan jawab dengan cara yang paling cool . Tak banyak ragam dan kerenah mahu pun leteran . Beliau boleh bergurau - gurau dengan student dan tak emo dalam menghadapi dugaan mengajar . Hee ~

Simple 
Simple as easy as ABC . Heks . Best kalau dapat lecturer yang simple dan sempoi . Everything is simple . Assignment , simple . Lecture , simple . Tutorial , simple . Beliau cuba bantu student untuk men simple kan tugas student sekali gus men simple kan tugas beliau jugak . Nak berurusan dengan beliau pun mudah . Tak banyak pantang larang . Huhu .

Kreatif
Ada je idea beliau nak menyakat student . Huhu . Paling best , setiap kali kelas , ada je aktiviti yang best dan remaja yang beliau akan buat . Kekreatifan beliau mewujudkan suasana kelas yang lebih ceria dan best . Contoh aktiviti paling best, suruh student yang pergi terang dekat depan , buat presentation , berlakon . Paling lekeh suruh student main game kotak beracun yang soklan di dlmnya adalah grammar yang mem - boh - san -kan . Ahaks . Tak ada lah student duduk dekat belakang tidur sepanjang lecture sebab asyik megadap slide power point hitam putih tu . Huhu .

Ceria
Bukan siaran Astro Ceria . Tapi paerihal lecturer yang bila masuk kelas je , terus senyum . Wahh ! Happy - go - lucky gitu . I loiikkee . Uhuk ! Tengok lecturer masuk kelas senyum - senyum barulah student senang hati . Wahaha .

Handsome
Ehem. Last but not least , lecturer yang handsome adalah aset tambahan untuk menjadi lecturer kegemaran para pelajar terutama perempuan . Haha . Kalau lecturer kacak , bergaya , tinggi lampai , putih bersih wajahnya yang mengajar dekat depan , sesungguhnya kelas selama 3 jam , menghadap slide hitam putih saje pun aku sanggup harungi . Keh keh keh .

OMG. If he is a lecturer I will never miss my class for the whole semester. =p

Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa

Holla ^^ Tetiba rasa rindu time sekolah dulu . Rindu nak masuk kelas Bahasa Melayu dan belajar peribahasa lagi . zzzzzzz . ( Padahal time sekolah dulu koje tidor je dlm kelas ) >______< . Pernahkah anda mendengar peribahasa ini ??? Hehe . ( pulut durian sedap ) . Ok , tak ada kena mengena . =.= Fallacy semata . Ngeh . Macam mana ye nak tulis ni , urm , sejak semalam , aku bukak blog , aku mula blogwalking . Dah lama jugak lah tak blog walking nieyh . Busy , kan . Hehe .Lepas tu tetiba terbaca lak entry pasal isu Vlog what so ever . Actually , aku blur sebenarnya . Apekah kejadahnya Vlog ini?? Ngee ~ Lepas tu aku baca lak blog lain . Ada entry membalas entry entry lain tentang Vlog what so ever . Kenapa aku suka sangat guna ayat what so ever ni ? Adeeh ! 

Ada blogger yang marah sangat . Rasanya semua blogger tahu isu sekarang dalam dunia blogging ni , kan . Actually , aku sebenarnya terkejut beruk lah jugak mula - mulanya . "Wah, dalam blog pun orang boleh buat kontroversi macam - macam en?" Aku monolog sendiri je lah . I'm just 19, ok . So, mak pesan jangan suka nyibuk hal orang - orang dewasa . Hiks . Tapi , saya nak jugak sebab tiba-tiba saya teringat peribahasa cikgu saya ajar dulu ni . Kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan binasa . Boleh di related kan dengan situasi isu panas sekarang ni . Hehe .

Smile and enjoy your blogging life...Thee~
Tak nak ulas panjang sebab actually , saya baru sangat lagi dalam dunia blogging ni dan secara khususnya , saya melibatkan diri dalam blogging hanya sebagai medium perkongsian dan sebahagian daripada diari kehidupan seharian yang tak terlalu peribadi lah . Huhu . Buat ape nak dedah benda yang amat privasi dalam dunia blog ni , cari maut namanya tu . Huhu . Stalker is everywhere and dalam dunia maya ni , everything yang kita share berisiko tinggi untuk disalahgunakan oleh the identity theft . So, be careful ! Ngeh3 .

Kita sesama manusia tak perlu menjatuhkan sesama sendiri dan tak perlu juga untuk cepat melatah . Kita kena cool . Hehe . Walaupun kadang - kadang aku pun cepat melatah dan aku pun tak cool . =.= Kita kena respect orang lain jugak . Bukan dlm blog je , dunia realiti pun . Actually , dari gaya penulisan kita pun orang dah boleh judge who you are . Kita menulis berdasarkan apa yang kita fikir , dan apa yang kita fikir sebenarnya bergantung kepada attitude kita sendiri . Even , sometimes we pretend to hide that such a weird or the annoying one of our attitude , people can detect it as it such a cognitive dissonance. ( Ok , aku dah mengulang ayat subjek Psychology dalam entry ni . Maafkan saya . Final exam dah dekat . =.=)

Jadi , bak kata orang tua - tua , cakap siang pandang - pandang , cakap malam ??? ( aku lupa dah ) Hee ~ Oh ya , kita memang ada freedom of speech , tapi kita still ada limitations . Sesungguhnya kata - kata itu adalah lebih tajam daripada mata pedang . Fikir dahulu sebelum cakap . Fikir dahulu sebelum bertindak . Hihi . ( Pesanan penaja untuk diri sendiri jugak . ) Peace !

p/s : Lebih baik ada kawan beribu daripada ada lawan beribu . =)

Tak ada kebahagiaan untuk buat orang derita

Holla ^^ Dah berapa hari dah tak update blog ni . Hihi . Sebab saya mengharungi cuti hujung minggu yg sangat bermakna dalam hidup saya . Wahhh ! Boleh bayangkan tak perasaan , bila dah bertahun - tahun lamanya kita terpisah dengan orang yang kita sayang , dan tiba - tiba kita diberi satu peluang untuk berjumpa ? Serius , perasaan tu memang takkan tergambar dengan kata - kata . Hati sangat berbunga - bunga . Wohoo . Alhamdulillah , selepas 8 tahun menunggu , memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi diiringi perjuangan untuk berdoa kepada Ya Rabbi tanpa henti , the time was came . And I'm really thankful to grab that chance ! Hehe . Selepas 8 tahun tak dapat pulang ke kampung tempat kelahiran , tempat membesar , memang rindu sangat - sangat . Dan bila dapat balik , wow ! Everything was changed and aku sendiri hampir tersesat dalam kampung sendiri . Huahua .

Macam - macam cerita yang aku kongsi dengan sedara - mara . Ye , selama 8 tahun terpisah , for sure lah banyak sangat benda yang kami nak kongsi , kan . And , dalam banyak - banyak topik tu , ada di antaranya yang menyentuh tentang dunia mistik . Ye , macam dalam segmen Misteri Nusantara , tu . Huhu . Pada awalnya , aku sebenarnya bukan lah jenis yang terlalu percaya kan dunia perbomohan ni . Sebabnya , bomoh tu sendiri adalah manusia . Aku memang susah nak percaya bomoh terutama bomoh yang berubat orang lepas tu mintak duit . Choi ! Nampak sangat tak ikhlas . Hukhuk . Tapi , ini bukan kisah tentang kita patut boikot bomoh . Tapi , ini tentang sikap manusia yang suka menggunakan khidmat bomoh dan syaitan untuk memuaskan tuntutan hajat masing - masing . Terus - terang , that kind of humans are idiot . Yes , absolutely idiot ! Bukan 3 Idiot ! Tapi , manusia jenis ini adalah manusia yang membodohkan diri sendiri untuk tunduk pada tuntutan hawa nafsu sendiri .

Sihir . That word memang wujud memandangkan Allah s.w.t sendiri ada menyebut perkataan sihir dalam Al - Quran . Tapi , bukan Allah suruh hamba - hambaNya amalkan sihir , tapi jauhi amalan sihir yang membawa kepada syirik . Tapi , biasalah . Dalam dunia ni mesti ada jugak manusia yang bodoh sebab tunduk kepada kuasa Syaitan . Sedangkan manusia tu dah dijadikan lebih sempurna dan pandai berbanding syaitan . Sebab rasa tak puas hati , sanggup sihir orang lain . Pengecut namanya tu . Kalau betul tak puas hati , cakap depan - depan . Face to face . Jangan nak berani menggunakan makhluk - makhluk ghaib untuk aniaya orang tapi lepas tu takut nak hadapi kenyataan dunia . What u give , u will get it back . Mungkin di dunia terlepas , tapi tatkala sakaratulmaut datang menjemput , semua amalan syirik tu yang akan menyusahkan proses kematian diri sendiri .  Dosa dengan Allah , bertaubat . Tapi dosa sesama manusia , kena mintak ampun dengan manusia tu sendiri .

Credit to IluvIslam
Aku memang bukan jenis yang senang nak memaafkan orang . Apa yang orang buat , aku akan make sure orang tu dapat balik apa yang dia dah buat pada aku . Tapi , selama 2 hari aku balik kampung aku , jumpa sedara - mara aku . Aku dapat satu benda yang sangat berharga , yang menukar persepsi aku tentang konsep dendam . "Biar lah apa pun yang orang nak buat dekat kita . Jangan pernah berdendam atau terlintas niat untuk balas balik kejahatan mereka sebab perbuatan kita balas balik kejahatan tu tak akan membezakan kita dengan orang yang berbuat jahat dengan kita . Kita cakap dia jahat . Tapi , kita sendiri pun jahat atau mungkin lebih jahat dari dia sebab kita balas semula kejahatan dia . Percayalah , Allah Maha Adil . Dia tau apa yang berlaku dan dia lagi Bijaksana dan lebih Berkuasa untuk membalas kebaikan atau kejahatan hamba - hambaNya . Sabarlah banyak - banyak moga hidup kita dapat berkat , diangkat darjat di sisi Allah s.w.t . InsyaAllah ." 

Memang hidup takkan terlepas dari ujian . Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang kita sendiri tak tau . Baru aku faham , sabarlah peneman kita di waktu senang atau susah . Dengan sabar , kita akan mendapat kebaikan . Sebab ? Sabar itu separuh daripada Iman . "Allah s.w.t sentiasa bersama - sama dengan orang yang sabar ." Itu pesanan terakhir Ustaz aku sebelum aku keluar dari MRSM Beseri dulu . Apa pun yang kita lalui dan terpaksa tempuhi hari ini , walau bukan atas kehendak kita , kita kena tempuh dengan sabar . Kita cuma hamba . Allah memang berhak menguji kita . Sabar lah jalan penyelasaiannya . 

" Tak siapa di antara , kita di dunia , memilih jalan hidup yang derita . "

All about Faceblog ^^

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Edit

Ciri - ciri pasangan hidup ^^

Holla ^^  Tetiba je blog ni ada entry di waktu tengah hari . Thee . Saje suke - suke . Nak tido tapi takot ter 'miss' the next class pulak . ( Mata menjeling geram dekat katil bertilam empuk tu ) Huhu . Nvm . Godek - godek Formspring . Ada pulak soklan yang aku rasa macam mencuit hati . Hehe . Senyum - senyum kambing je aku jawab soklan dia . Thee . Ciri - ciri pasangan hidup anda ? Toing ! Terus aku dapat idea nak update entry based on that question . Hihi .

Peringatan untuk diri sendiri..=)

Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik . It fair and justice . Thee . Jadi , bila ada orang tanya macam tu , aku pun terfikir , kita boleh pilih ke ciri - ciri yang kita nak dalam diri pasangan kita ? Absolutely not . Hehe . Tapi , tak salahkan sekadar mengimpikan and berdoa semoga apa yang kita harapkan tu termakbul . Even , aku bukan lah seorang perempuan yang baik dan sempurna , aku betul - betul harapkan seorang pasangan yang baik dan boleh membimbing aku . Yup ! Yang boleh membimbing aku dari segi kehidupan dunia dan akhirat . Yang boleh bimbing aku ke arah kebaikan . Yang selalu menasihati aku , sentiasa menegur salah dan silap tingkah - laku aku dan yang selalu bersedia untuk tunjuk ajar aku dan betulkan semua kelemahan aku . Kiranya character lelaki idaman aku ni yang macam Asyraf Muslim dalam cerita Aku Masih Dara tu . hehe .

Lelaki itu pemimpin . Aku mengharapkan juga seorang lelaki yang sentiasa bersedia memimpin aku . Seorang pemimpin , kalau nak memimpin , dia perlu betulkan diri dia dulu , kan . Seorang pemimpin jugak dia perlu ada rasa bertanggungjawab , kan . Aku betul - betul harapkan seorang lelaki yang boleh jaga aku dengan sebaiknya . Bukan setakat jaga aku , tapi jugak keluarga aku . Sebab permulaan aku pun semuanya sebab titik peluh keluarga aku . Keluarga aku yang membesarkan aku , jaga aku , lindung aku . Jadi , keluarga aku pun mesti diutamakan . Hehe . Tapi , nak dapat lelaki macam tu mesti tengok dia dengan keluarga dia . Baik dia jaga keluarga dia , tanggungjawab , mestilah baik jugak dia dengan keluarga aku . =)

Kasih sayang yang tak pernah berubah . Ini mestilah impian semua orang . Hubungan yang aku nak bina , aku selalu harap akan kekal lama . Aku harapkan seorang pasangan yang sayangkan aku sebab diri aku . Bukan sebab kecantikan , even aku memang tak cantik , bukan sebab harta , even aku memang tak kaya . Tapi , dia sayangkan aku sebab diri aku . Sebab bagi diri aku , dialah pelengkap hidup aku , dan aku harap jugak seorang pasangan yang anggap aku sebagi pelengkap hidup dia . kelebihan aku , pelengkap kekurangan dia , dan kelebihan dia , pelengkap kekurangan aku . Pasangan yang saling melengkapi . Hehe . Betul .. Aku harapkan pasangan yang boleh sayangkan aku sampai hujung nyawa dia , kalau diizinkan Allah . =) Bukan macam sesetengah lelaki yang waktu bercinta cinta separuh mati , bila dah kawin , rasa cinta tu dah tak tau hilang ke mana dah .

Sweet . =)
Penguat semangat dan sentiasa di sisi . Aku pun harapkan pasangan yang sentiasa dengan aku . Walau jauh dari mata , tapi , dia sentiasa terasa macam dekat je dengan aku . Sentiasa bagi aku sokongan . Waktu aku senang , dia ada . Waktu aku susah , pun dia ada . Aku juga harapkan pasangan yang sentiasa sudi berkongsi semua masalah , cerita , kisah dengan aku . Tak ada rahsia . Maksudnya , bila dia sudi tumpangkan diri dia untuk aku , aku jugak nak dia sudi terima pelawaan aku nak tumpangkan diri aku dalam hidup dia jugak . Sama - sama memberi dan sama -sama merasa . =)

Yang tak pernah putus asa . Aku seorang yang cepat sangat putus asa . Sebab tu , apa pun yang aku buat , aku mesti perlukan seseorang untuk sokong dan bimbing aku . Paling kurang pun , bagi sikit motivasi pun dah memadai . Huhu . Jadinya , aku selalu harapkan pasangan aku seorang yang bukan cepat berputus asa . Pantang menyerah kalah . Bona fide inter alia ! Hehe . Seorang yang sentiasa semangat buat apa pun , dan sentiasa berusaha nak merubah kehidupan dia . Sentiasa bagi komitmen , tumpuan dan sangat aku suka ! Hehe . Bila dia sentiasa bersemangat , aku pun lagi bersemangat . Barulah hidup dan hubngan yang terbina tu sentiasa ada improvement. 

p/s : Perempuan suka lelaki hensem , lelaki suka perempuan cun . Penting ke ? =D

Kenapa, kenapa dan kenapa ?

Holla ^^ Dah pagi pun . Disebabkan esok , kelas banyak yang cancel , malam ni nak tido lewat . Hihi . Actually , tak ada idea sangat pun , cuma nak taip jugak . Tak kire , nak taip jugak , jugak ! Gedik ! =.=

Why?
 Kenapa , kenapa dan kenapa ? Banyak benda yang aku nak tanya dekat orang , tapi , kadang - kadang macam was - was je . Nak tanya , tak tanya ? Nak tanya , tak tanya ? Nak ? Tak nak ? Nak ? Tak nak ? Huhu . Sapa setuju aku patut tanya ? Tolong angkat tangan macam Usop . Siapa Usop ? Huhu . Lambaattt nye . Tengok citer Hantu Kak Limah balik rumah tak ? Huahua . >____< Gilo punya cito . Huhu .

Happy Birthday to me...Happy Birthday to me.....=D
Aku selalu nak tanya , ( ayat aku macam keling) , kenapa orang selalu cemburu dengan kebahagiaan orang lain? Manusia memang dilahirkan untuk cemburu ke ? Hurm . Tak lah semua , tapi , selalu sangat aku berhadapan dengan orang yang macam tu . Tak boleh tengok orang bahagia sikit , ada je benda khianat beliau nak ikhtiar buat . Huhu .

Aku jugak selalu tertanya - tanya , kenapa orang lebih suka mengutuk daripada tegur terus - terang . Ye lah , selalunya orang mengutuk sebab dia tak puas hati . Why not dia cakap depan - depan je dengan orang yang dia tak puas hati tu ? Kalau setakat mengutuk , aku terima lagi . Lumrah manusia tak lepas dari buat silap . Even aku sendiri pun , aku admit , aku pun pernah mengutuk orang jugak . I'm just human being . Huhu . Tapi , aku tak lah sampai hati nak menokok tambah cerita pasal keburukan orang lain dekat orang lain . Dah lah kita dah mengutuk , lepas tu tokok -tambah cerita . Fitnah tu . Huhu .

Kenapa jugak kan , orang lebih suka tengok orang lain menderita daripada bahagia ? Orang lain tak boleh lebih daripada dia . Rezeki Allah bagi , masing - masing ada bahagian sendiri , tapi mesti jugak ada sesetengah yang suka mendengki dekat orang lain . Ni selalu jadi dalam hidup orang bisnes . Huhu . Aku selalu tengok saudara aku yang berniaga kedai makan , merungut . Ada orang khianat perniagaan dia . Sesama Islam , melayu pulak tu . Memang aku sangat tak paham . Kebahagiaan jenis apa yang orang jenis ni cari ? Merosakkan hidup orang tu , memberi kebahagiaan ? Huhu . Scary ngat aihh .

Kenapa jugak orang selalu buat kejam dekat orang lain ? Macam Zionis laknatullah buat dekat Palestinian . Arh , luas sangat konteks tu . Tak mampu aku nak terjah . Tapi , itu pun contoh kekejaman jugak . Yang paling nyata , jelas dan nampak . Orang yang buta pun boleh nampak sebab kekejaman tu bukan dilihat dengan pancaindera tapi , perlu dilihat dengan mata hati . Hati yang menentukan semuanya . Konteks paling senang , dalam kehidupan seharian , setiap hari , ada je kekejaman individu terhadap individu lain . kadang - kadang kawan - kawan sendiri pun boleh kejam dengan kita . What a world . T.T

Paling last , aku cuma nak tanya , kenapa orang suka buang masa ? ( aku terasa ) . Final exam just around the corner . 2 weeks left . Be prepared or get prepared to die . Erk !

p/s : Kadang - kadang orang rimaskan kalau kita banyak tanya . Hehe . 

Facebook: Revolusi peradaban manusia

Holla ^^ Ini baru senang hati sikit nak taip taip sebab dah berjaya habiskan test Psychology tu . Huhu . Tak payah tanya senang ke susah . >______< 

Tajuk entry macam intelektual gilo gilo . Huahua . Memang arh intelektual dah aku ambik tajuk ni dari Kosmo! =.=  Professor Madya punya ayat . Hoho . Tajuk je aku cilok Kosmo! , isi kandungan aku punya . Hee ~ Facebook. Ada yang tak tau ke Facebook tu hape? Huhu . Rangkaian sosial terkenal abad ini . Hoho . Abah aku pun ada Facebook . Asal aku balik je , "along, Facebook abah tu ada kawan abah add tak?" Hah . Hadeh . Penat la jugak nak menjawab . Huhu .

Hiasan semata.
Kebaikan dan keburukan Facebook . Tak dapat nak nafi arh, Facebook memang tersangat penting sekarang ni . Bukti? Hello , tak da facebook tu , kau macam hidup bawah tempurung , tahu ? Hah . Penting , kan ? Huahua . Daripada apa yang aku baca , Facebook tu adalah antara punca dan penyebab penceraian dan pergaduhan . Hah . Tak caya ? Pergi baca Kosmo! sendiri . Tak pun pergi Google sendiri . Malas nak tolong cari . Hee ~

Status
Kadang - kadang ada status yang kita update boleh menyakitkan hati individu lain . Sebab , status tu memang umum kan . Ada satu jenis pengguna Facebook ni , yang update status Facebook dia khusus untuk memaki orang . Gaduh dekat luar , tapi gunakan Facebook sebagai medium saluran nak lepaskan geram . Huhu . Siap tagged nama si orang yang nak dimaki lagi , ha . Hoho . Sudahnya , satu dunia Dalam Facebook tu tau hal privacy dia orang . 

Comment
Ini memang satu hal wajib buat bila ada Facebook . hehe . Comment status, pictures,profile picture . Erm , semua benda yang boleh dijadikan isu , semua kena dan wajib di comment . Hoho . Tapi , ada buruknya jugak bila comment kita tu yang agak sensitif . Bagi kita mcm normal , tapi , orang lain ? Mau berapi - api dia baca comment kita tu . Huhu . Ye la, penulisan ni selalunya boleh disalah tafsir . Huhu . Sudahnya, pihak yang tak puas hati tu mesti akan lalutkan isu dalam Facebook tu sampai ke luar . gaduh . Jadinya , Si A " Kau cakap aku macam #$%# kan?" Si B " Eh, bila masa pulak? Aku tak pernah cakap kau #$%# pun. Sumpah!" Si A, " Ow,habis comment kau yang dalam Fb tu? Kau ingat aku buta? Tak reti baca?" Huhu . Sape nak jawab?

Relationship Status
Dalam Facebook, segala-galanya bukan rahsia lagi dah . Muehehe . Ada single,engaged,married, open relationship? Tak digalakkan , ye . Hehe . Tak salah pun . Hak masing - masing . Tapi , antara sedar dengan tak sedar , ada konflik yang bakal berlaku daripada relationship status ni . Hoho . Dekat luar , pasangan dengan orang lain . dalam Facebook , announce pasangan dengan orang lain pulak . Bila si pasangan tau , tak ke jadi konflik? Semua benda dalam facebook tu , orang dah amik serius sekarang. Huhu .

Profile Picture
Ini memang benda wajib ada lah dekat profile Facebook . Huhu . Profile picture ni pun kadang - kadang boleh timbul isu nak cari pasal jugak . Terutama bagi perempuan la . Huhu . Dekat luar bertudung , profile pic ? Seksi tak bertudung . Dah nya , jadi bahan pulak nak dibahas kawan - kawan . Huhu . Mulalah ada yang tak puas hati dan berlakulah pergaduhan .

Erm , tak larat dah lah nak list banyak - banyak . Tak dapat duit pun . huhu . Apa pun , aku suka Facebook atas faktor :

information
Disebabkan dunia dah semakin canggih , facebook ni jadi penting pulak . Semua benda inform dalam facebook je . Even lecturer nak buat replacement class pun announce dalam Facebook je , tau . Hoho . Hal ini kerana ia lebih cepat, mudah , menjimatkan masa juga kredit handphone lecturer tak payah call or mesej class rep. utk announce ada replacement class. Huhu .

Notes
Ini aku suka. hehe . Sebab kadang - kadang aku blogwalking pakai Facebook je . Ngeh3. Kawan - kawan selalu share cerita or cerpen best - best dengan note ni . So,at least aku ada jugak lah buat benda berfaedah semasa ber facebooking . Tak adalah keja nak bergosip mengata orang jerp, stalker page orang pun selalu jugak aku buat . Opps! Hee~

Games
Ha ha ha . Ini paling penting . Ini nikmat sebenar aku layan Facebook . hehe . Main games . Cupcake Corner, FishVille, FarmVille,CityVille, apa lagi aku tak sebut ? Semua aku main . Huhu . Main sampai tak study . masyukk sangat . =.= Hoho . Bukan salah aku , dah kawan invite , aku main lah . Tak baik tolak permintaan orang . Thee ~

Conclusion ? Semua ada pros and cons nya . Terpulang pada cara kita nak handle. Hehe

p/s: Sekarang aku main game download je, tak main game Facebook dah. Hee~

WANITA

Holla ^^ Salam petang Jumaat . Hehe . Baru siapkan assignment Law dan tiba - tiba datang mood nak update blog . Nak update jugak - jugak ni . Ilham nak buat entry ni selepas , urm , semenjak seminggu kebelakangan ni , mood nak dengar lagu Nasyid tu , melampau - lampau . Thee . ( Alhamdulillah ) . Hehe . Ni pun sebab dorongan kawan - kawan arh . Huhu . Tak pe lah , sesuai lah kot entry ni untuk kaum Hawa buat halwa hati , ( ada ke ? Bukan halwa telinga je ke?) Muahaha . Tak kisah lah , buat santapan kerohanian di petang Jumaat . Renung - renungkan dan Selamat Beramal . Hee .

Terciptanya Hawa dari rusuk kiri Adam , bukan dekat di kepala untuk dijunjung , bukan dekat di kaki , untuk di alasi , tetapi dekat di bahu untuk dilindung , dekat di hati untuk dikasihi .

Lirik ni betul - betul melekat dalam kepala dan otak aku . Huhu . Setiap wanita cuma inginkan diri mereka disayangi dan dihargai . Bila aku sebut wanita , aku rasa macam aku belum masuk dalam golongan ni lagi . Hehe . Aku gadis , ye . Gadis ! Hehe . Tak kisah lah , gadis ke apa , tapi basic nya tetap wanita . Kaum Hawa . 

I'm not yet a woman !
Tapi , tak ramai golongan lelaki yang memahami kehendak sebenar kaum wanita . Bukti? Kalau betul lah golongan lelaki memahami , kenapa masih ada suami yang sanggup dera isteri? Dia tak faham ke , yang bahawasanya kaum Hawa tu diciptakan bukan dari kaki. Senang-lenang hati dia je nak sepak lah , terajang lah , bagi penampar lah . Huhu .Nauzubillah . Mintak-mintak aku bukan dijodohkan dengan kaum lelaki jenis ni . Aku nak lelaki yang baik. Huhu. Kata - kata ni patut dijadikan pedoman , sayangkan isteri,tinggal-tinggalkan , bukannya sepak -sepakkan . Hoho .

Wanita selalunya akan rasa dihargai bila naluri dan isi hati mereka difahami. Perasan atau tak , perempuan bila dia terasa atau berjauh hati, dia cuma akan berdiam dan kalau bercakap pun,mesti ada double meaning. Maksudnya,dia tak akan cakap straight forward, saya terasa hati dengan awak . Tapi , dia mesti cakap macam ni , tak pe lah , Saya tak kisah pun. Saya tau siapa saya. Itu bukan ayat kesian , tapi ayat nak tunjuk kat lelaki yang dia memang terasa hati dengan lelaki tersebut. Tapi, tak semua lelaki boleh faham tanda-tanda ni. Huhu . Sadisnya. Susahnya kaum lelaki nak faham kaum perempuan. 

Wanita tak pandai sembunyikan rasa sayang dia kepada seseorang. Macam emak. Dia akan tunjukkan dengan perbuatan dia,percakapan dia. Wanita memang suka meluahkan rasa sayang dia. Layanan dia juga berbeza terhadap orang yang dia sayang. Wanita senang menyayangi tapi,sekali dilukai, Huhu . I will turn to green like incredible Hulk. 

Wanita tak suka dibohongi. Atas sebab apa pun, lebih baik berterus - terang daripada berbohong. Sepahit apa pun kenyataan tu, wanita lebih senang menerima bila lelaki berterus-terang daripada berbohong. Wanita juga tak gemar jika pembohongan yang dilakukan dibongkarkan oleh pihak lain kepadanya. So, kalau lelaki nak berbohong, sebolehnya make sure dulu yang pembohongan tu tak kan terbongkar oleh mana - mana pihak. Kalau tak , lebih baik berterus -terang saje atau , hadapilah peperangan dunia ke-3 yang bakal meletus bila penipuan tersebut terbongkar. Muahaha . Teringat pulak lagu Rossa, Hey Ladies! Sudah ku bilang jangan terlalu yakin. Mulut lelaki banyak juga tak jujur. Bila sakit, hati wanita bisanya nangis. Hehe . Beware!

Wanita tak suka dibandingkan. Itu realiti setiap manusia, semua orang tak suka kalau dibanding-bandingkan. Tak kisah lah dibandingkan dari aspek apa pun , dengan siapa pun , wanita tak suka. Aku sendiri pun tak suka . Sebab? I am who I am . Hoho . Kalau nak bagi teguran kepada kaum wanita, lebih baik dengan cara yang lebih berhemah. Tak payanh nak banding-banding. Nonsense!

p/s : Cita-cita kalau dah kahwin nanti, nak jadi isteri solehah. Hehe . Insyallah.

Deactivate Facebook

Holla ^^ Entry kali ni tak da yang penting sangat pun . Just aku nak inform dekat kawan - kawan yang selalu contact aku dekat Facebook tu , erm , lepas ni korang contact aku dekat handphone lah ye . Sorry lah tak inform awal - awal . Ala , macam lah kalau aku tak ada Facebook , korang tak boleh nak contact aku langsung , kan . Huhu .

Erm , dah lama dah aku pikir nak deactivate segala ni . Tapi , baru kali ni jer aku rasa nekad sikit . Hehe . Sorry lah . Aku pun rasa berat hati jugak , sebab facebook tu pun dah jadi macam penting jugak kan untuk kita . Apa - apa program korang nak buat , reunion , gathering , hang out , share pics kenangan semua dekat facebook . So , aku ada lah jugak rasa kekurangan tu . Tapi , tak pe lah . Gambar -gambar yang korang tagged aku pun semua aku dah simpan masuk dalam laptop aku . Thanks tau . Just , aku harap lepas ni , kalau korang ada plan , nak hang out ke time cuti , jangan lah announce kat facebook je . Korang roger la aku . Penat je aku beli handphone kalau tak guna . Hihi .

Erm , buat yang memang selalu tegur - tegur aku dekat IM facebook , sorry jugak lah . Lepas ni , tegur - tegurlah aku dekat blog ni pulak . Hehe . Kalau nak chat , tinggal je mesej dekat shoutbox blog aku ni , insyaallah nanti aku reply . Hihi . Tapi , blog aku tak lah semeriah facebook . Kawan - kawan dekat facebook lagi ramai lah compared to blog , kan . Sebab tak semua kawan - kawan ada blog . 

Ada yang mesej aku cakap aku remove korang . Aku tak remove lah . Kau baca title entry ni , aku deactivate facebook aku lah . Aku tak suka remove - remove ni . Thee . Jangan prasangka buruk kat aku dah , eh . Nanti aku mesej - mesej kau , tau . Hihi .

Facebook tu actually , banyak la jugak berjasa dalam kehidupan sosial aku . Huhu . Ada yang sebelum ni aku tak pernah kenal , kenal dalam Facebook je , tapi makin lama makin rapat pulak . Lepas tu , aku pun selalu jugak dapat contact balik dengan kawan - kawan yang jauh , yang dah lama tak jumpa , dapat jumpa balik pun melalui Facebook jugak . Urm . ( Agak - agak Mark Zuckerberge terharu tak dengar aku puji social network dia tu ? ) Haha . Paling penting , nak gosip - gosip dengan member pun semua dalam Facebook arh . Hihi . Tak pe lah , lepas ni kita gossip - gossip dengan handphone lak eh . Thee .

Apa pun , korang jangan nak buat alasan tak contact aku sebab aku tak ada Facebook . Choii ! Aku tak terima langsung . Ha , kalau aku rasa ada yang mendesak sangat sampai aku kena on balik Facebook tu , maybe lah aku buat . Tapi , aku rasa , apa sangat lah yang penting nya kan sampai aku nak kena berbaik semula dengan Facebook tu . Huhu . Kadang - kadang Facebook tu menyakitkan hati jugak . Thee . Ok , shadap . Ni bukan entry mengusulkan pakatan anti - Facebook , ye . Tak pasal - pasal Mark Zuckerberge saman aku nanti . Huhu .

p/s : Aku dah dekat dengan final exam , doakan azam aku yang dah 3 tahun aku forward kali ni tercapai . Nak dapat  PNG 3.0 above . Hee .

CINTA

Holla ^^ 14 February 2011 . Tarikh hari ni , ye . And well , para - para remaja mesti lah ingat , what day is today ? Valentine's Day . Uhuk . Haa , sebab tu tajuk entry ni , CINTA . Yang rasa berminat nak baca , boleh teruskan pembacaan . Yang rasa anti gila dengan CINTA, eh , jangan pergi dulu . Huhu . Teruskan jugak pembacaan . Kalau sudi , lah . Hehe . Tak paksa !

Cinta banyak kategori . Mari kita terjah satu - persatuu !!

Cinta Manusia
Manusia tu memang dilahirkan dengan rasa cinta . Cinta sesama manusia ni , sangat common lah kan dalam kehidupan . Kita lahir kat dunia ni pun sebab cinta . Mak dengan ayah kita kan bercinta , sebab tu dia orang kahwin ! Hehe . Cinta sesama manusia ni antara lelaki dengan perempuan . Perempuan dengan lelaki . Perempuan sama perempuan bercinta ?? Ehem . Itu tak masuk dalam konteks ni , ye . Ini bukan entry menggalakkan homoseksual . Huhu . Cinta antara manusia selalunya perlukan pengorbanan . Tetapi tiada jaminan . Sebab jodoh pertemuan kan di tangan Allah . 

Cinta pada Dunia
Haa .. Dalam konteks ni aku selalu tengok dalam drama . Manusia yang terlalu cintakan dunia . Mengejar dunia semata . Akhirat terlupa . Huhu . Contohnya , pernah tengok tak drama Tanah Kubur ? Astro ada tayang cerita ni . Allahyarham M.Rajoli antara pelakonnya . Terlalu cintakan harta , duit , pangkat , darjat . Bila mati , tanah kubur pun tak ada . 

Cinta pada ibu bapa
Cinta ni baguss . hehe . Sayangilah ibu bapa kita seperti mana mereka sayangkan kita . Kasih sayang dan rasa cinta ibu bapa tiada tandingan . Jasa ayah seumur hidup , kasih ibu sampai ke syurga . Betul tak aku tulis quote ni ? Huhu . Tak berapa nak ingat , tapi aku nak tulis jugak , jugak , jugak ! =.=

Cinta pada Allah & Rasul
Ini cinta yang paling penting . Motif utama di anugerahkan rasa cinta dalam hati ni supaya kita selalu cintakan Allah dan Rasul . Salam Maulidur Rasul . =)

" Cinta pada bunga , bunga akan layu . Cinta pada dunia , dunia akan lenyap , cinta pada manusia , manusia akan mati , cintailah Yang - Esa , kerana hanya Dia yang kekal selamanya ."

Pesanan Penaja ILuvIslam : Say No To Valentine's Day

p/s : Salam Maulidur Rasul . 12 Rabiulawal , kelahiran Rasulullah s.a.w . Jangan asyik ingat Valentine's Day je , naaaa... Hekhek . Moga hidup kita lebih diberkati . Insyallah . 

Menangis !

Holla ^^ Sekejap je masa berlalu . Dah petang . Hurm , tajuk entry touching je , kan ? Huhu . Saje je . Sekali - sekala kena jugak lah buat ayat - ayat touching ni . Baru hidup tu tak lupa diri , tak lupa Allah , berpijak di bumi yang nyata . Bla , bla , bla . Hehe . Pandai - pandai lah beringat , ye . Semua dah besar ! Hee ~

Kita selalu menangis bila diri dalam kesusahan or kesedihan je . Kadang - kadang boleh la jugak nak menangis kegembiraan , tapi , jarang lah . Selalunya bila gembira , kita tak kan menangis pun , tapi bersorak - sorai bagai nak rak macam nak pecah dinding rumah tu , iye lah ! Huehue . Manusia memang cepat lupa daratan . Hukhuk !

" Jangan biarkan ibu bapa menangis kerana kegagalan anda , biarkan lah mereka menangis kerana kejayaan anda ! "

Sampai sekarang , kata - kata ni melekat lagi dalam kepala dan otak aku lah yang paling pentingnya , kan . Akal pun nampaknya masih waras , mampu lagi mengingat setiap bait kata - kata tu even dah setahun lebih tinggal zaman persekolahan , alam kanak - kanak Ribena ! Wee~ 

Sweet tak ? =p
Bila kita dah besar , aku hairan , kenapa setiap kali aku menangis , orang mesti akan cakap , "janganlah menangis". Padahal , masa aku mula - mula lahir , doktor yang sambut aku tepuk - tepuk belakang aku , suruh nangis . Huhu . (Bajet aku ingat je kronologi situasi hari aku dilahirkan tu ). Btw, sebab aku dilahirkan 'songsang' , bukan nafsu 'songsang' , ok ? I'm not gay songsang , and I'm okay ! Heks . Aku keluar je , banyak pulak masalah yang timbulkan . Komplikasi yang pelbagai . Uhuk ! Malas nak taip panjang , sebab ini bukan entry tentang bidang perubatan , ini tentang menangis . Lalala . 

Baca lah yang ini kalau nak sangat pasal entry perubatan . Hikhik Smiles, relief, congratulations and applause do not begin when a child is born - they start when it cries. Without crying, the room becomes increasingly silent and the mood increasingly apprehensive; and for good reason - crying is a very positive sign of a new, healthy life; its absence is anything but that. Many factors and complex interactions go into the production of the sound that announces joyful, healthy childbirth.( Nak keterangan full boleh klik SINI YE KAWAN - KAWAN)

Hiasan semata . =)
See , crying is a very positive sign of a new born baby , ok ? Kalau baby tak menangis , maknanya , something is wrong with the baby . So , kalau kita pun tak menangis , mungkin memang ada yang tak kena dengan kita , kan ? Kalau kita menangis , petandanya kita ni memang manusia , ada hati , perasaan . Ada rasa sedih , gembira , terluka , bahagia dan bla , bla , bla . 

Bagi aku , air mata tu sebenarnya teman . Tak kira waktu kita gembira atau sedih . Selagi kita perlukan dia , selagi tu dia di sisi kita . Tak kan pernah berhenti mengalir . Kadang - kadang , bila aku menangis , aku rasa lega sangat . macam semua bebanan yang sarat dalam fikiran kita ni , mengalir keluar . Walaupun kita tak ada tempat nak luahkan perasaan atau kesedihan tu , tapi , dengan menangis , semua kekecewaan tu akan terubat sendiri .

Memang betul , menangis tak kan menyelesaikan masalah . Tapi , untuk selesaikan masalah , kita perlukan ketenangan . baru kita boleh fikir semula , jalan penyelesaiannya . Dengan menangis je kita dapat ketenangan . Tapi , jangnlah pulak menangis sampai air mata darah . Berpada lah . Huhu . Sambil tu jangan lupa tadah tangan minta doa agar diberi petunjuk daripada yang Maha Kuasa terhadap setiap masalah yang kita hadapi tu . Menangis mampu membuatkan kita bersungguh-sungguh dalam membuat permohonan tersebut . =)

Setiap kali aku menangis , aku mesti pejam kan mata . Dengan harapan , bila aku buka semula mata aku , semua masalah yang aku hadapi tu hilang bersama linangan air mata aku tu . Tapi , keadaan tetap sama bila aku buka semula mata . Aku tak hampa . Sebabnya , aku dapat satu semangat baru untuk terus hadapi setiap masalah dalam hidup aku tu . =)

Mungkin orang cakap kita lemah sebab selalu menangis . manja . Mengada - ngada . kenapa perlu peduli setiap kata - kata orang ? Kalau menangis mampu membantu meringankan tekanan kita , menangislah . jangan ego . Sebab itu Allah kurniakan kita air mata . Dengan menangis , kita akan sentiasa mengingati Dia . =)

p/s : Setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya . Sengaja aku Italic kan part bawah - bawah ni . Itu part yang touching nya . Hekhek .

Perempuan Tak Suka Lelaki ....

Holla ^^ For whole day , struggle for doing the assignment . Hek ! Erm , dah separuh berjaya di siapkan . Mission accomplish ! Hehe . Oh , tajuk di atas bukan nak cetuskan kontroversi ye . Saya berpegang pada prinsip , 'kurangkan kontroversi , tingkatkan prestasi' . Ahak ! Bila sebut perempuan , orang mesti stereotype , perempuan cerewet . But , actually we are not ! Perempuan cuma mencari kesempurnaan and we know what we should deserve for , ya . Pernah dengar quotes ni ? 'Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik' . =) So , kalau rasa nak pasangan yang baik , kita kena jadi baik dulu , lah ye . Hee ~

Ok , let's go to the main point of this entry . Perempuan tak suka lelaki yang :

1) Merokok

Hehe . Tak kira , aku nak letak yang ini jugak sebagai point pertama ! Hee ~ Tak semua lelaki merokok . Jadi , bagi golongan yang merokok , kaum perempuan memang tak suka lelaki yang merokok . Perokok ni biasanya keadaan fizikal dia kadang - kadang tak terurus . Sebab ? Biasanya , lepas dia orang merokok , bau rokok tu kuat sangat , sebati dengan bau badan dia orang . Dan baunya sangat laahh .. tak payah aku mention lah . Lagi satu hal , perempuan memang alah dengan asap rokok , even aku sendiri pun alah . Sesak nafas asyik sedut asap rokok dia orang walaupun aku tak merokok . Kajian mengesahkan , asap rokok turut mengundang bahaya kepada orang yang menghidunya walaupun mereka bukan perokok , ye ! Oh ya , aku memang tak boleh tengok kalau lelaki , beli rokok mampu , tapi bila nak guna duit untuk keperluan lain yang lebih penting , " aku tak ada duit lah " Cis , annoying sangaatt !

2) Tak ada masa depan

Hee ~ Kasar sangat ke bahasa ? Hekhek . Biasa je ni . Perempuan tak suka lelaki yang tak ada hala tuju masa depan . Contohnya , hari - hari kerja si lelaki tu , melepak dekat pondok , main gitar . Nyanyi lagu sambil isap rokok + usya awek lalu - lalang . Dasar mata bola keranjang . Hee~ Perancangan hidup pun tak jelas , tapi , dengan awek , tabur macam - macam janji . Habuk pun tadak ! Setiap kata - kata janji tu sepatotnya dibuktikan dengan perubahan sikap . Setakat cakap je , semua orang boleh buat . Huhu . Lelaki kan banyak tanggungjawab . Nama pun pemimpin !

3) Tak peka

Perempuan golongan yang sangat sensitif . Huhu . Perempuan memang tak suka golongan lelaki yang tak peka . Especially tentang diri perempuan tu lah . Contohnya , tarikh lahir or anniversary pun tak ingat ! Ceh , muda - muda dah nyanyuk . Lepas tu , boleh pulak bagi alasan ' I sibuk sangatlah . Birthday I sendiri pun I tak ingat ' Huhu . T.T No wonder lah kalau golongan jenis ni memang tak akan memahami perasaan pasangan dia orang . 

4) Suka memaksa

Everyone needs freedom . Certain lelaki , mereka suka memaksa . Itu belum sah jadi suami lagi . Huhu . Semua nak kena ikot kehendak dia . Dia bajet macam dia seorang je ada hati dan perasaan dalam dunia ni , gamaknya . Hoho . Golongan jenis ni kebiasaannya memang bukan jenis yang memahami , panas baran and garang , kot . Hee~

5) Mengongkong

Perempuan memang suka diberi perhatian tapi , kalau terlebih perhatian boleh mengundang kemeluatan. Heks ! One of my friend , a girl , sampai stop join competition untuk sukan gara - gara nak ikot kehendak boyfriend . Ceh , tak understanding langsung si boyfriend . Alasan si lelaki , nanti kalau banyak pergi competition , si awek tu makin ramai kawan lelaki . Oh , demm . Please lah , dia bukan isteri kau lagi , pun . Dia pun ada hak nak tentukan hala tuju masa depan dan hidup dia jugak . Hidup tu jangan suka menghancurkan hidup orang sangatt lah . Huk ! Kalau aku , the best decision is , angkat kaki , cabut lari . tak kuasa nak melayan kerenah budak -budak !

6) Tak bertanggungjawab

Ini memang sedia maklum lah , kan . Ada ke kaum perempuan yang nak bertemankan lelaki yang tak bertanggujawab ? Absolutely , not ! Perempuan mengharapkan golongan lelaki dapat melindungi mereka dan bila dia bersama lelaki tu , dia akan selalu berasa secure , safe , selamat dan segala word yang sekufu dengannya . Dah , kalau lelaki tu tak bertanggungjawab , macam mana nak ada rasa semua tu . Huhu . Mimpi je lah ! Lagi satu , kalau assignment pun awek yang tolong buat , boleh dikategorikan sebagai bertanggungjawab ke golongan sebegitu ? Hurm . =.=

p/s : Don't judge a book by it's cover . Lelaki hensem , kaya ,kacak , gantang , dan sewaktu dengannya belum mampu menjamin kebahagiaan anda ! Watch out !! =D

Topic debate yg sangat best

Holla ^^ It's already 2.00 am now , but , tangan aku masih menggatal nak menaip memandangkan seharian aku tak mengadap lappie ni , just jadi perhiasan duniawi semata di atas meja study buruk ni . Hoho . 3 jam lepas aku just lepak - lepak depan lappie kawan , buat apa ? Ini yang aku cuba nak sampaikan . Huhu . 

" Jadilah pelajar yang berguna kepada keluarga , agama , bangsa dan negara ! "

Haha . Bagi sesiapa yang ada rasa tak nak belajar dah ke , give up setengah nak mati tapi belum mati lagi tu , bolehlah anda jadikan quote di atas tu sebagai pedoman . muehehe . Itu cikgu aku suka pesan dulu . Hoho . Sebab aku nak sangat jadi pelajar lah aku habiskan 3 jam depan lappie kawan aku tu . Hoho . Aku blogwalking dekat blog ni , baek punya . Klik belajar law itu seksa best kalau anda nak jadi bakal lawyer gila ! Hekhek .

Assesment yang paling mengancam pernah aku dapat . Credit to Mr. Azrul untuk buat aku dan group aku separuh mati . Hoho . Aku harap beliau tak berminat nak baca blog aku ni . Huhu . 7 topik kami usul , haram semua beliau reject . Uhuk ! Then , bila draw turn group untuk debate tu nanti , memang sangat mengancam bila mana group aku dapat nombor 1 . Ya , we are the lucky one . Lucky sangaaatttt ! ( Padan muka aku nak sangat belajar law )

The topic that he suggested to us , SHOULD JURY SYSTEM BE RE-INTRODUCED IN MALAYSIA ? Benda yang aku buat mula - mula , what the hell  is this ? Uhuk ! Aku tak ada basic langsung pasal Jury System tu . Ye , memang kita orang belajar Law , tapi tak mendalam lagi sampai nak debate guna tajuk alah tu . Huhu . We have no choice , just redho saje lah . Hurm .

Hiasan semata . Tak ada maksud tersirat . Kekeke

Malam tu , kita orang try cari inisiatif , nak tak nak kena jugak go on dengan tajuk tu sebab that assesment carry 20% for final . So , no choice , nak tanya lecturer untuk subjek Law class kita orang , he is at Shah Alam right now . Huk ! So , mujur ada alternatif lain , referred to our beloved Miss Salmah , lecturer subjek Psychology . Ahak !

Miss Salmah try explain to us via SMS , ok ? Huk . Then , she suggested us to surf on Google for details . Ya , at least gambaran yg Miss Salmah bagi tu lah sedikit - sebanyak bantu kita orang untuk cari maklumat . What the Jury System is all about , yaw ! 

Jury system actually have been introduced in our legal system ( Malaysia ) but , it was abolished on 1 January 1995 according to some weakness . However , latest , ( tapi aku rasa tak lah baru sangat ) Attorney - General of Malaysia , Tan Sri Abdul Gani Patail has make proposal to re-introduced back this Jury System .

Ha , kes ni lah yang kami boleh dapat tajuk debate macam ni . Huhu . Even quite pressure compared to others group yang tajuk debate diorang quite fun , kan , we try our best , lah . Uhuk . Ingat , " Jadilah pelajar yang berguna kepada keluarga , agama , bangsa dan negara ! " Hee ~

p/s : Wish me luck for Library , Psychology tests . Also for this debate on next week ! =)

Merak Jadian ^^

Holla ! Memandangkan aku free ini petang , aku just rileks je . Menelaah blog sebentar . Hehe . Blogwalking and comment entry orang . Balik ke blog aku , aku saja - saja tengok part keyword tu , ada yang cari pasal merak jadian dekat blog ni . Huhu . Nak buat research ke ? Hekhek . Em , actually memang ada entry - entry aku yang sebelum ni aku cerita pasal 'merak jadian' . Tapi , hehe , nak jugak letak word tapi ni kan , bukan entry yang spesifik tentang merak jadian tu pun . Merak jadian yang aku maksudkan dlm entry - entry sebelum ni adalah manusia . Haha . Siapakah ? Ini yang aku panggil merak jadian , Akmal Mal . Hekhek .

Ok , aku first time dengar pasal merak jadian ni time aku masuk UiTM Merbok , Kedah . Tahu ke Merbok tu dekat mana ? Hehe . Salah satu daerah terperosok dekat Sungai Petani . Takkan Sungai Petani pun tak tau , kot . Hee ~

Pintu gerbang UiTM Merbok tempat aku bertapa
Ceritanya , masa kami mula - mula datang sini , time Minggu Destini Siswa , adalah senior - senior yang cerita tentang salasilah kumpulan merak dekat tasik dalam kampus UiTM ni yang kononnya , dikatakan 'merak jadian'. Hehe . Tak tahulah betul ke tidak , tapi , memang adalah beberapa ekor merak dekat tasik tu . Kami sebagai golongan junior yang baik , percaya saje lah statement senior - senior tu .

Dalam satu petang tu , kami yang ada dekat bangunan kolej baru , tingkat 4 tu , saje - saje lah tengok pemandangan dekat bawah ikot tingkap yang agak kecik tu . Huhu . Then , ada dari kawan - kawan ni pun jerit , " eh , ada merak lah ! " Heh . Biasalah bukan semua pernah tengok merak secara live , kan . Hikhik . Out of sudden , merak tu terbang naik atas bumbung salah satu bangunan dekat situ . So , we were wondered , how come a peacock can fly , huh ? 

Satu lagi , satu petang tu , ada sekumpulan gadis - gadis fresh & white ( junior ) tengah main badminton . Tiba - tiba ada seekor merak berjalan selamba melintasi kawasan diorang tu . So , maybe dia excited sebab first time tengok merak kot kan , dia kejar lah . Then , ada kakak senior jerit , " Oi , jangan kejar . Itu merak jadian!" Lalu , si pengejar tadi , ??? Apakah ? 

Merak . Ada yang tak pernah tengok merak ke ? =p
First time aku dengar cerita dan kenal merak jadian pun dekat UiTM Merbok ni lah . Huhu . Well , kalau nenek kebayan ke , selalu lah jugak aku dengar kan . Agak familiar tapi bukan 'Merak Jadian' . Yang paling tak tahan , ada salah seorang lecturer aku , dia claim kan , " maybe the peacock is belong to our beloved Mak Leha . ( pengarah kampus ) . Haha . Sumpah aku tak tahan nak gelak . Apa motif pulak Pengarah Kampus nak bela merak dalam kampus , entah . Huahuahua .

So , that's all tentang 'merak jadian' di UiTM Merbok , Kedah . Banyak lagi versi yang aku dengar tapi aku tak larat lah nak taip semua . Hehe . Btw , I have presentation this night , wish me luck , yaww ! 

p/s : Burung merak mungkin boleh terbang macam burung lain jugak , kot ! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...