KAWAN atau KEKASIH ?

Holla ^^ Lama tinggal blog … Kesian kau blog . Nak buat macam mana … Huhu . Tak ada enet dekat rumah , macam ini lah jadinya . Thee . Tapi , bagus juga , at least tak ada lah aku asyik penuhkan masa cuti aku dengan blogging je kan . Huhu . 2 bulan cuti , tak tahu lah nak buat hape . Nak kahwin , macam tak sempat pulak nak bulan madu . 2 bulan tak heaven langsung nak pergi bulan madu . Muahaha . Gatal nyewww . Hekhekhek .

Ehem , tajuk tak menahan . Hihi . Pernah tak dapat soklan macam gini? Huhu . Err , yang pasti ini bukan soklan exam , harap maklum .  Diingatkan , ini bukan entry soklan ramalan UPSR ye . Huhu . Tetiba pulak . Ni semua gara – gara adik aku yang ke – 5 arh . Sibuk je tanya soklan spot untuk UPSR dia . Wah3 , ekau yang nak periksa , aku pulak nak kena cari soklan ye ? Huhu . Tak ape lah , sebagai akak yang baik , emm , aku tak masuk bakul angkat sendiri , ok ? Ini kenyataan . Fakta tak boleh diubah ! Cikgu Sejarah yang cakap . Tak puas hati boleh pergi cari gaduh dengan cikgu Sejarah aku . Huahuahua . Panjang pulak kau merepek , kan perempuan ? Ok . =.= Aku pun tolong – tolong lah survey kan jugak soklan untuk dia . Enet kan adaa ….. Segala maklumat di hujung jari anda . >_<

Berbalik kpd tajuk entry yg tak menahan ni , soklan ni buatkan aku jadi pilih kasih . Hehe . Kalau yang Tanya adalah kawan , aku akan cakap, “eh, mestilah aku pilih kau , beb. Kau lah kawan sejati aku dunia akhirat.” Huhu . Kalau yang tanya pulak adalah kekasihss , aku akan jawab, “Of course I pilih you sayangsss . You lah kekasih sehidup semati I .” Hukhuk .( Ambil perhatian , penambahan “s” sebagai symbol plural ).Keh keh keh . Tapi , bila tulis dalam blog ?? Huhu . Jawapan muktamad dan serius diperlukan . ^^

Bagi aku lah kan , kalau nak pilih – pilih ni , aku lemah sikit sebab aku tamak . Kui kui kui . Aku tak suka pilih – pilih . Aku nak semuaaa . Hoho . Tapi , bila terpaksa untuk memilih , kena jugak laa pilih . Huhu . Jawab soklan kena ikotlah kehendak soklan . ( Cikgu Add Math pesan ) . =.=
Kalau ikot konteks KAHWIN , mestilah aku pilih kekasih . Hehe . Takkan nak kawin dengan kawan pulak kot . Habis kekasih aku nak campak mana , kan ? Wahaha . Lagi satu , aku lagi ramai kawan perempuan dari kawan laki , tak kan aku nak kawin dengan kawan perempuan kot . Huhu . Aku tak buat perkara luar tabii . Huhu .

Tapi , let say kalau janji . Kalau aku dah janji dengan kawan – kawan , then tetiba kena date dengan kekasih , mestilah kena pilih kawan , kan ? Aku dah janji dengan dia orang dulu , so , kena lah pilih dia orang dulu . Then , my kekasihss , kena faham lah kan . Dia ada life dia , aku pun ada life aku . So , kena saling memahami , bha . ( Sabah keluar sudaa ) Huhu . Tapi , macam mana kalau dah janji dengan kekasih , tiba – tiba kawan ajak kuar jugak ? Err …. Tengok kepada event jugak lah . Mana satu event yang lagi penting . Kawan – kawan punya event or kekasihss punya event . Kalau waktu tu memang kekasih punya event lagi penting , aku akan ambik keputusan untuk explain dekat kawan – kawan . Satu yang aku memang respect tentang KAWAN , dia orang sangat memahami , dan memang akan mengalah demi kebahagiaan kawan sendiri . Some of them  lah , kan . Macam peribahasa , kawan ketawa senang dicari , kawan menangis sukar dicari . =) Sama jugak macam kekasih … Ada sesetengah pasangan sangat memahami , rela berkorban demi kebahagiaan pasangan dia , but some are not .

Dalam hidup aku pulak , sebelum wujudnya kekasih , aku cuma ada kawan . Kawan lah tempat aku luahkan perasaan , tempat aku nak lepas geram , aku nangis , aku kongsi masalah , semuanya dengan kawan . Sampai satu tahap , teman aku pergi toilet malam – malam dekat asrama pun , kawan . Hehe . Tak kan kekasih pulak kan ? Laen macam pulak bunyi kan. Huhu . Betapa pentingyna kawan dalam hidup aku . Hihi . Kadang – kadang , aku merajuk dengan family pun , aku tumpang pulang bermalam dekat rumah kawan . Hehe . See , kawan lagii . =) Paling best , part bergaduh dengan kekasih pun , aku cari kawan jugak nak nangis + mengadu . Hekhekhek . >_<

Kekasih pulak , time aku sedih , aku ada masalah , kadang – kadang menangis pun , dia lah jadi tempat aku luahkan semua . Plus , time aku terdesak tak ada duit , dia lah belanja aku makan . Hehehehe . Kena belanja lah kan , kalau tak belanja nanti aku cakap dia tak sayang aku . Keh keh keh . Lepas tu dia jugak jadi tempat aku mengada – ngada . Hoho . Keluar jalan – jalan pun dia jugak teman. =)

Overall , aku tak boleh bezakan , kawan dengan kekasih sebab dua – dua sangat penting untuk aku .Yang beza , kawan hanya sekadar kawan dan sahabat tapi tetap dunia dan akhirat , dan kekasih adalah calon pasangan hidup kita juga dunia akhirat ( walaupun belum pasti ). Kawan yang baik akan bimbing kita ke arah kebaikan dunia dan akhirat macam tu jugak dengan kekasih yang betul – betul ikhlas dengan kita , akan sentiasa bimbing kita ke arah kebaikan dan sesuai dengan status dia , untuk jadi bakal pasangan sehidup dan semati kita . Hihi .

p/s : Berkawan biar beribu , bercinta biar satu . Muahaha . Punya la nak cepat sampai gambar apa pun tak sempat letak.. Huhu

Keje Part Time ^^

Holla ^^ Cuti sem menjelma lagiiiiiii !!!!! ( 12 harakat untuk bacaan "lagi' itu . Sekian.) Bila cuti sem , sebelum cuti lagi aku dah pikir dah , ape aku nak buat , nak buat , nak buat ! Kalau aku tanya kucing aku , dia mesti akan perli aku , " eleh , macam aku tak tau kau tu kaki tidor . Haktuih!" Melampau punya kucing . Dasar kucing lupakan bulu ! ( Padan muka aku sapa suruh tanya kucing .) Kalau aku tanya orang lagiii laa sakit hati , " tak payah poyo sangaat lahhh ... Macam aku tak tau kau tu asal cuti je tido . Nak buat keje time cuti konon! Wakluuu..." Demn.... Haktuih tuih tuih !! Semua asyik nak perli je . Hurmm . Bagi laa sokongan moral sikit . Macam ni arh kawan . * Tetibe* .

Biadap betul kucing zaman sekarang . hahah .

WTH!! haha ... Kucing aku tak sampai macam ni lagi . Alhamdulillah . =.=

Berbalik kepada tajuk , aku tak ada lah teruk sangat sampai tak boleh diharap . Aku bukanlah seorang manusia yang langsung tak berjasa dan aku bukan lah seperti perumpamaan pepatah Melayu , hidup segan , mati tak mahu . Bukan aku . Bukan . ( Ayat ni macam sesuai je aku masukkan dalam karangan darjah 2 adik aku . Aku Sebatang pensel .) =.=

Pengalaman first aku kerja part - time , time aku tengah tunggu result SPM . Ehem . Tak payah melalut sampai nak tau result , ok ? Private and confidential . Haha . ( Poyo . Sapa teringin nak tau result kau ntah . Simpan buat kain buruk je la weyh . ) T.T 

1 - Sales Girl
Dulu aku anti gila kerja ni . Serius cakap . Sebab ? Dulu satu kelas gelakkan aku , time aku darjah 5 . Kenapa ? Kisah nya begini ...... Aku ni sekolah kampung je . ( Orang selalu cakap budak kampung tak pandai . Aku akur je lah . Peduli ape orang nak cakap , lantak arh ) Haha . Masa tuisyen , aku duduk paling depan sekali ..... Sebab aku nak jadi pelajar contoh =.= . Cikgu tu dia kenal budak - budak yang duduk depan , selalu jawab soklan dia , tolong padam papan hitam . Bila cikgu kenal , mesti senang dapat markah . So , atas faktor - faktor tu , aku selalu la berebut dengan kawan - kawan lain nak duduk depan . Hihi .* Kaki bodek cikgu* 

Satu hari tu , sir aku pun panggil . Dia suruh aku baca ayat yang dia tulis dekat depan , perkataan itu ialah , 'mosque' . Dan aku dengan lantang dan semangat wajanya , baca kuat - kuat supaya satu kelas tau aku pandai baca bahasa omputih ( budak - budak memang riak + takbur pun) aku sebut , 'mosquito'. Berdekah - dekah kawan - kawan kelas aku gelak . Tinggal yang duduk sebelah aku je dia tak gelak . Aku tau sebab apa dia tak gelak .. Sebab dia takut nanti balik tuisyen aku tak bagi dia tumpang naik basikal aku . =.= Apaa punya kawan . Sir aku pulak dengan sisa gelak , dia perli , "You want to be a sales girl?" Pe hal lak ? Aku geleng je lah . Cita - cita aku time tu nak jadi doktor laaaa . "Kalau awak nak jadi sales girl , bagus la , keje pegang tongkat je . Nyanyuk ." Wak luuu . 

I'm not that innocent.... Huhu

Aku jadi sales girl pun sekejap je . Sebab ? Kerja dia berat . Asyik - asyik aku je kena punggah stor . Arghhh ! Habis make -up aku  >_< Stor dah la semak . Huh ! Lepas tu , senior suka buli ! I hate kena buli !!!I buli tak pe lah . Heh . 

2 - Top - up girl 
Hehe . Yang ni best sebab aku rasa macam selebriti pulak . Hari - hari orang datang bagi nombor , ok? Berasak - asak kott . Auww . ( Gedikss nyewww) =.= ( Stop menggedik , perempuan ) Ok .  Keje ni best sebab tak banyak bergerak , tak kena buli . Bos baikkk . Hee ~ Duduk depan kaunter , orang tulis nombor , tekan handphone , masuk nombor , masuk pin , release , taraa ! Siap kerja . Hihi . Senang gila . Susah pun time nak promote handphone . Tapi , nak promote gadjet bukan masalah besar lah , sebab mostly orang dah tau dah , apa function semua handphone yang dekat pasaran , just top - up sikit je nak persuade dia orang suruh beli jugak . Hiks .

3 - Masih dalam pemikiran
Mungkinkah aku akan jadi penidor tegar ?? Owh ... tidaakk . Tak masyuk langsung . Heh . Adik aku cakap ada keje kosong dekat butik pengantin , kedai bunga dengan kedai kek dekat dengan kawasan rumah aku . Macam menarik . Tapi ... semua tak sesuai . Aku tak pandai jahit , make - up , hias bagai segala . So , macam mana nak keja butik pengantin ? Nak bagi lingkup perniagaan orang ? Tak sanggup . Huhu . Masalah 2 , aku tak pandai gubah bunga , aku tak kenal pun jenis bunga melainkan dua jenis , bunga taik ayam , sebab aku tak suka , dan bunga ros , sebab aku suka . 2 jenis tu je aku kenal . Macam ni gaya pun adaa kah ? =.= Yang ke - 3 , aku reti bakar kek dalam game cupcake corner Facebook tu je . Bakar kek dalam kedai kek SEBENAR aku tak reti , tapi kalau bakar kedai kek maybe aku reti . T.T 

p/s : Tok aku dekat kampung suggest aku balik cuti ni belajar masak . Dia gelak kat aku sebab tak reti potong sayur . T.T ( Cadangan tok aku ni macam boleh pakai je...)

Contest : 'Pic' paling sempoi ...

Balik je dari kampung , terus online blog . Ehem . ( Padahal sebenarnya aku takot ) Mau tak nya , sekarang ni dah mula cuti sem , aku sorang je tergedik - gedik duduk dalam kolej ni . Uhuk . Tak pe . Esok aku dah nak balik . Huhu . Godek - godek blog , tengok shoutmix , anda di tag untuk contest . Wee ~ Thanks untuk Cik Hannyesandra sudi meng tag saya . Hehe . 

Contest ape ? Tengok tajuk tak ? tak tengok ? pergi tengok . Scroll balik mouse ke atas . Keh keh keh . Contest nya ialah ..... Pic Paling Sempoi . Mak aiihhh . Ehem . Aku ni pics pun ada lah berapa keping je . Huhu . Tu pun semua tak sempoi . Comel banyak lah . Kah kah kah . Ehem . Ok , contest ini anjuran Akak CintaZulaikha . Disebabkan orang dah tag , hehe .... Aku pun dengan suka - suki nya mengutarakan ( mesti cikgu BM aku menangis meraung tengok penggunaan bahasa aku .. T.T )  pic ni untuk contest ni ..

Hehe . Ini diaa ... Erm , actually ini pic antara aku dengan roommate aku . Ada 2 orang , tapi ni antara salah sorang . Hehe . Sebab apa aku cakap pic ni sempoi ? Err .. actually aku tak sure arh pic ni sempoi ke taakkk . Hua hua hua . Ehem .

Hehe . Aku rasa pic ni sempoi sebab aku dengan kawan . Seriously , bila aku dengan kawan , aku akan rasa sempoi sangatt sebab kawan - kawan aku semua sempoi . Sebagai roommate , banyak benda yang kita orang dah berkongsi bersama . Ohhh .. ( sayu plak tetibaaa ) Kui kui kui . Oh ya , ada penambahan objek dalam pic ni ye , the 'tangan' . Milik siapakah tangan itu ? Ada berani nak teka ?? Hak hak hak . Itu floormate nya tangan . The sofia blurp blurp . Sebab tu aku cakap pic ni sempoi , tengok tu , tak dapat masuk muka pun , tangan aje pun cukuplah . Kan aku dah cakap kawan - kawan aku sempooiii . Korang tak percaya . Hak hak hak .  

Boleh masukkan dua tak eh ?? Berkobar - kobar pulak join contest kan...Huhu .. Maklumlah , first time kot join contest blogger ... =.= Hehe ... Tak kisah arh ... Just nak tunjuk jugak pic yang ni .... =)

All my floor mates yang sangat sempoi .... =) Oh ya , sorang tak da sebab jadi tukang ambil gambar ... Beyla the kaki buli . hekhek

Sekian . Itu sahaja . Hehe. Oh ya , syarat last contest ni kena tag 3 orang blogger lain .. Urm , nak tag 3 orang dayang toek :

Kenapa Orang Suka Mengumpat ?

Holla ^^ Tajuk nak kenapa sajaaa .. Bahasa Utara nya boleh ganti dengan "Awat". Hehe . Ehem . Sapa tak pernah mengumpat ? Angkat tangan macam Usop cepaaattt ! Tipu laaa . Tak baik tau menipu . Dosa . Huhu . Sedar atau tak sedar kita sebagai manusia yang biasa - biasa ni mesti pernah lah mengumpat . Tak mengumpat guna mulut pun , pakai hati pun dah cukup . mengumpat dalam hati . Haa , mengumpat jugak tu namanya . Hoho 

Terfikir jugak , apa sebab musabab kita mengumpat ? Biasanya , kita akan ada seorang mangsa untuk diumpat . Hee ~ Jahatnya . Cubalah bila duduk saja - saja tu berzikir ke , nyanyi lagu nasyid ke . Dapat jugak pahala . ( Ok , kena batang hidung sendiri ) Ehem . Mungkin sebab nya ialah ...

1 - Tak puas hati
Ini memang tak boleh elak . Dalam sehari , memang senantiasa je akan ada manusia yang bajet diri dia suci untuk buat hati orang lain sakit . Tak kisah arh dia sakitkan hati dari segi apa pun . Kata - kata , kelakuan , mimik muka . Whatever lah . Asalkan yang memang buat orang sakit hati sangat . Grr . Kadang - kadang berhadapan dengan orang macam ni , tangan rasa ringan je . Huhu .

2 - Menyampah
Orang kalau dah tak suka , buat lah baik macam mana pun , semuanya buruk belaka . Takkan ada yang baik dah dekat mata dia . Huhu . Sebab tu pepatah Melayu cakap , buat baik berpada - pada , buat jahat jangan sekali - kali , tau ? Selalunya golongan yang suka buat orang menyampah ni lah golongan yang bakal diumpat . Hoho . Aku menyampah dengan orang suka mengata orang , tapi diri dia sendiri pun sama . mencii! Heh .

3 - Gedik
Ini memang lumrah alam . Aku pun gedik jugak . Kadang - kadang , ok ? =.= ( Takkan nak puji diri sendiri baik pulakk . Please lah . Macam desperate sangat macam tu . huhu ) Tapi tak menahan arh kalau yang jenis gedik memang luar remote kawalan . Hisy ! Rimas kot . Bila tegur , makin menjadi pulak . Senang cerita , aku diamkan je lepas tu aku mengutuk dia ramai - ramai dekat belakang . hahaha . Kejamnya ! Bila nak insaf ? >_<

Sapa je yang suka orang gedik .... hoho

TAPI

                             Gedik - gedik pun comel , tak pe kan ? >_<

4 - Mulut longkang
Cakap memang tak pernah bertapis . Memang arh jujur , tapi terlampau jujur pun payah jugak . At least , sebelum cakap tu tapis - tapis la jugak . Huhu . Orang cakap tak bertapis ni patut dilatih oleh FINAS agaknya tentang cara - cara penapisan . Huhu . Main belasah sedap mulut dia je nak cakap . Almaklumlah , dalam dunia ni , dia sorang je ada mulut . Hoho . Bila orang sound balik , tau pulak nak angin ahmar satu badan . Heh .

5 - Hobi
Haha . Mungkin ada orang yang mengumpat sebab hobi dia agaknya . Terasa selesa dan nyaman bila dapat mengumpat . =p

Jagalah tingkah laku sendiri supaya tak buat orang sakit hati , dan hati sendiri pun tak sakit sebab selalu jadi bahan umpatan . Thee ~ Sabar separuh daripada IMAN . =)

p/s : Saya budak baik tak suka mengumpat . ;) Hikhik .

Dilemma gadis Comel ^^

Holla ^^ Tajuk memang tak menahan ... Kahkahkah ... Pernah rasa perasaan dilemma ? Tak kira ah dilemma dari segi hape benda pun kan . Tak tau dilemma tu hape ? =.= Pergi rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka arh . Malas nak layan . Tak dak mood ! Yang penting wujud perasaan dilemma tu dalam sanubari ... Sanubari ??? Kenapa ayat puitis semacam ?? Whatever lahh ... Huhu . 

Memang tak tenteram hidup kalau dalam situasi dilemma . Rasa macam nak hentuk kepala dekat bantal dinding , nak naik tangga laju - laju sampai tingkat 4 lepas tu terjun pakai payung terjun , semua tu aku tipu . Huhu . Selalunya bila aku rasa dilemma macam tu , aku suka bersendirian jer . Tak ambik kisah pasal orang . Buat hal sendiri je . Hoho .

Orang cakap hidup tanpa masalah tu namanya bukan hidup . Macam mana tu ? Huhu . Hidup memang tak kan sunyi daripada masalah . Ada je masalah . Hilang satu masalah , timbul masalah lain pulak . Hilang , timbul , hilang . Kenapa tak hilang je terus ? Hisy !

Orang selalu cakap merungut bila ada masalah tu tak baik . Orang pandai cakap je , tapi , bila diri sendiri pulak ada masalah , pandai lak merungut ! Gam mulut baru tau . Heh . Kadang - kadang , bukan niat di hati tu sebenarnya nak merungut , tapi , just macam nak lepas beban . Mengeluh . Tu je . Huhu . Manusia ni memang tak kan boleh hadapi masalah sorang - sorang walau setabah dan sekuat badang mana pun mereka . Huhu .

Senyum walau sebesar mana pun masalah kita . =)

Rasanya , bila dilemma , aku mesti buat benda - benda ni :

1 - Duduk sorang - sorang termenung mengenang nasib macam bawang merah dok tunggu mak dia yang dah jadi ikan kaloi dalam telaga . " Mak... timbullah mak .. Merah bawak nasi daun keladi ni ... sob , sob , sob " Tapi mak aku manusia . Bukan ikan kaloi  . Harap maklum . 

2 - Garu - garu kepala sampai rambut kusut - masai . Well , rambut aku ala - ala model Rejoice gitu . Guna jari pun boleh .... Heh . Bila dilemma , aku akan garu - garu kepala yang tak gatal ni . Memang tak senang duduk lah kiranya . Hurm .

3 - Tidor sepanjang masa tanpa kira bala bencana yang bakal , akan , mungkin , dan sedang melanda . Bahasa mudahnya , tidor mampus  mati . Huhu . Time tu , apa orang nak cakap dekat aku pun , cakaplah . Aku dah tak kisah dah . Kau bukan faham pun aku rasa ape . Huhu . So , kau cakap lah apa kau nak cakap pun labuuu .. I don't care . Sekian .

4 - Aku telefon adik aku lepas tu aku marah - marah dia ikot sedap rasa hati aku . Haha . Tak lah . Aku kakak yang baik . Tak kejam macam tu . Huhu . Selalunya aku call dia dan sembang - sembang lah sebab dia paling memahami aku dan sangat tau cara nak pujuk dan tenangkan aku . 

6 - Luah dekat orang paling hampir . Thanks lah buat kawan - kawan aku yang selalu sudi tadah telinga dengar benda apa yang aku nak merapu - rapikkan . Huhu . Tapi , part lepas geram aku selalu lepas dekat Mal Mal . Hee ~ Sorry naa Mal Mal . Sabar separuh daripada iman . =p

5 - Nangis . Ni paling common arh dan memang sinonim dengan aku . Kalau dah tak tentu arah nak buat hape . Aku nangis . Tapi , tak de lah aku nangis depan orang . Aku macho ok ? Ehem . Silap . Aku comel dan aku bertambah comel bila aku nangis . That's why aku tak nangis depan orang sebab orang mesti akan jeles . Bila orang jeles , kemungkinan dia akan rasa tak puas hati dengan aku . Bila dia tak puas hati , aku takot dia pulak dilemma nanti . Huhu . Diam lah perempuan . Kau merepek ape ? Huhu . Ok , aku diam .

6 - Tu je . Aku taip entry ni pun sebab aku dilemma arh ni . Hee ~ Tapi , cara paling mujarab nak hilangkan perasaan dilemma ke , sedih ke , tension ke , dekat kan diri dengan Allah . =) 

p/s : Good Luck buat kawan - kawan untuk last day exam esok . And Happy Holiday tawan - tawan . =)

salah ke kalau kahwin awal?pendapat lu? =D

Answer here

Siapa itu ??

Holla ^^ Almost to 3 a.m already and roommates , floor mates , pak we mates , ( ehem , laen macem je bunyik ) thee ~ Alkisah , semuanya sudah tidor . Tinggal aku je lagi terkelipop - kelipop depan lappie ni . Actually , letih sangat tapi nak gagahkan jugak diri nak taip entry sebab alang - alang menyeluk belog , biarlah mampu mencoret  1 entry . Kalau semalam aku tak tidor kerana Psychology punya final , malam ini aku nak tido tapi sebelum tido kena up jugak entry ni . * Excited gila babi beby ni * 

Alkisahnya , gadis - gadis sunti pada malam itu bermusyawarrah lah sesama mereka . Bukan membuat ketupat a.k.a mengumpat tetapi bermusyawarrah tentang soklan spot yang bakal naek untuk final exam keesokkan harinya . Uhuk . ( Kenapa aku pakai term bermusyawarrah tu ? Arabic ngat aihh ) Huhu . Nvm . Kerana pada petangnya , kumpulan gadis sunti ini enak ber-lepak-king , ber- rilek-king sambil cerita itu , ini maka pada malamnya mereka harus ber-struggle-ling untuk membaca semua nota dalam satu malam , hafal esei , lepas tu esok pagi pergi dewan jawab exam . Ehem . Tiru macam saya kalau anda nak rasa azabnya study last minutes . Heh . ( Aku tak pe lah dah biasa dah . Tak rasa sangat dah azab tu sebab orang cakap alah bisa , tegal biasa . Walhal dalam hati , T.T )

Jarum jam menginjak ke angka hampir 3.00 pagi . Gadis - gadis sunti tak tidor lagi , masih leka menghadap nota - nota dengan riang gayanya tapi dalam hatinya , T.T . Tiba - tiba ..... ( sound effect suspense ) " Jom teman aku pergi toilet!" Nahhaiii . Pukul 3.00 pagi ni kalau nak pi toilet memang tak kan lah kalau nak pergi sorang - sorang tu . Hoi , scary kot . Kerja gilaaa ! Hoho . Buat nya ada mamat bangla yang frust cintanya ditolak dek gadis - gadis sunti yang kiut - miut ni bersembunyi dalam toilet tu dan keluar untuk membalas dendamnya kepada gadis sunti , dan dalam masa yang sama gadis sunti berseorangan pulak di toilet pada waktu ketika itu . Oh , tidak . Well , pepatah melayu ada mengingatkan malang tidak berbau , jangan sudah terhantuk baru nak terngadah dan ..... sediakan payung sebelum hujan . Jadinya , berwaspadalah selalu wahai gadis - gadis sunti . Unrequited love is dangerous , u know ! Hiks . So , nak tak nak kena jugak teman kawan kita ni .

" Jom la , pi la masuk toilet. Ina tunggu dekat sini . Nak ambik air sembahyang kejap ." Aku pun masuklah dan terus go straight tanpa belok ke paip air nak ambil wudhuk . Kawan aku , " Isy , ada orang lah dalam toilet ni." Aku pun tengoklah . Oh ya , pintu tutup rapat tapi senyap - sunyi tak dak bunyi air pun kedengaran . " Tak pe lah , masuklah toilet hujung nuh . " Aku bagi suggestion . Baru nak bukak paip air nak ambik air sembahyang , kawan aku berkeras tak nak pergi jugak toilet hujung . Dia pulak bagi suggestion dekat aku ,    " Cuba ina ketuk pintu tu tanya sapa . " Ye , aku pun dengan akur + tawadhuk = rela tanpa paksa ketuk lah pintu toilet tu nak tau sapa di dalamnya . Dalam fikiran aku , kawan - kawan satu floor ni jugak lah . Tok , tok , tok . " Sapa nieyh ?" Aku ketuk pintu dengan cara paling ayu . ( Kahkahkah ) . Senyap .

Tok , tok , tok ... Ketuk lagi . " Sapa ni..?" Aku senyum - senyum dekat kawan aku tu . Hihihi . Kacau orang tengah melepas ni best jugak ye . Hekhek . " Orang." Toing ! Aku terpana tubuh keras macam kayu . Mak aii ! Garaunya suara yang menjawab dari dalam . Sumpah tak kenal langsung pemilik suara tu . So , aku tak puas hati , tok , tok , tok .... Ketuk lagi . " Sapa ni?" Diam kejap . "Isy, tak leh jadi . Aku nak tau gak sapa dalam ni . Aku nak tau nama ." Aku sungut jugak lah dalam hati . Tujuan aku ketuk , aku nak tau nama , bukannya nak tau dia orang ke tak . Heh . Sah sah lah yang pakai toilet , mestilah orang . Ada ke beruang pakai toilet ?? Jawab lah kalau berani . ( hakhak ) " Sapa ?" Aku tanya lagi . Hekhek . " Orang lah . Takkan hantu pulak pagi - pagi buta ni..." Treng! Tegak bulu roma aku . Bodoh punya minah . Kau dah lah sorang - sorang dalam toilet ni , main sebut - sebut hantu bagai segala pulak . Aku cuak dah . Dah lah aku tak kenal sapa yang dekat dalam tu . Suara garau . Kawan - kawan I semua suara gadis original , okey . None of them suara garau macam begitu . Uhuk .

Aku kalih sebelah nak tanya pendapat kawan aku tu . Toing ! Hilang dah . Tinggal aku sorang ja . Huk . Bila masa dia cabut lari pun aku tak tau . Dia yang beria suruh aku tanya tadi . Ni dah hilang pulak dah . Tapi , dah alang - alang aku tanya mesti kena tanya sampai berjaya jugak , kan . Hik . " Sapa ni?" . "Orang!" Suara garau tu jawab dengan lebih tegas . Maybe dia marah aku kacau ketenteraman dia tengah melepas kot kan . Wahahaha . Tapi , aku dah takut . Huhu . Semacam je aku rasa orang yang pakai toilet tu . Pelan - pelan aku berundur sikit - sikit . " Orang eh? Hehe . Tak pe lah ." Terus aku jerit nama kawan aku tu tanya dia nak pakai toilet ke tak . Dalam masa yang sama suara garau tu gelak . " Hahaha " Dah lah garau , kau ingat sedap lah kau gelak macam tu . #$%#@ punya minah . Hate u ! Keh keh keh . Terus aku lari keluar dari toilet . Seram oii . Nak - nak bila aku tiba - tiba teringat balik cerita - cerita seram dekat asrama yang aku pernah dengar pulak , kan . Heh . Takot , takot ...

" Kunci pintu . Kunci pintu . " Aku dengar kawan aku jerit dari dalam bilik . Lawak pulak aku tengok . Yang sorang lagi macam berbelah bagi je nak kunci ke tak nak kunci . hehe . " Ina ... ina dekat luar lagi . " Bila aku masuk , aku pun tak tahan nak gelak . Gelak lah kami bertiga tapi , dalam hati ... Ya Allah . Apa bendalah yang aku tegur dekat dalam toilet tadi tu . " Huhu . Lepas tu dengar orang tarik flash toilet . Terus kita orang tergamam sebab toilet yang suara garau tu guna , pam flash nya rosak . Huhu . Apa lagi . Lari keluar bilik terus pergi bilik sebelah .

" Cuba korang pergi tengok sapa . Ada kesan tapak selipar tak kat atas lantai . " Huhu . Ye , nak tak nak kena jugak pergi tengok untuk memastikan hidup tidak diselubungi misteri . Heh . Jeng , jeng , jeng . Lepas kita orang perhati betul betul . Memang Tak dak ! Tak dak ! Lari masuk bilik . Duduk sengap - sengap . Sambung baca nota .

Aku memang tak kan tunggu lama depan toilet tu sebab ?

Tiba - tiba ini yang aku dapat ??? pic ni nak credit to AIN NGOK NGEK   

ATAU
Kalau ini yang aku nampak ?? Macam cerita hantu Korea . Oh tidaaakkkk ... yang ni nak credit to SOFIA BLURP2
  
TAPI.....

Kalau yang ini ..... I rela tidor dalam toilet uuuuuuu ...... Hahaaha

Sekarang , aku tak berani pergi toilet sorang - sorang dah sebelum atau selepas pukul 2 pagi . Sekian .

p/s : Kalau exam , tido awal tak payah stay up . Kalau pergi toilet , tengok ada orang dalam toilet , tak payah gatai tangan pergi tanya sapa . Hekhek .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...