Siapa itu ??

Holla ^^ Almost to 3 a.m already and roommates , floor mates , pak we mates , ( ehem , laen macem je bunyik ) thee ~ Alkisah , semuanya sudah tidor . Tinggal aku je lagi terkelipop - kelipop depan lappie ni . Actually , letih sangat tapi nak gagahkan jugak diri nak taip entry sebab alang - alang menyeluk belog , biarlah mampu mencoret  1 entry . Kalau semalam aku tak tidor kerana Psychology punya final , malam ini aku nak tido tapi sebelum tido kena up jugak entry ni . * Excited gila babi beby ni * 

Alkisahnya , gadis - gadis sunti pada malam itu bermusyawarrah lah sesama mereka . Bukan membuat ketupat a.k.a mengumpat tetapi bermusyawarrah tentang soklan spot yang bakal naek untuk final exam keesokkan harinya . Uhuk . ( Kenapa aku pakai term bermusyawarrah tu ? Arabic ngat aihh ) Huhu . Nvm . Kerana pada petangnya , kumpulan gadis sunti ini enak ber-lepak-king , ber- rilek-king sambil cerita itu , ini maka pada malamnya mereka harus ber-struggle-ling untuk membaca semua nota dalam satu malam , hafal esei , lepas tu esok pagi pergi dewan jawab exam . Ehem . Tiru macam saya kalau anda nak rasa azabnya study last minutes . Heh . ( Aku tak pe lah dah biasa dah . Tak rasa sangat dah azab tu sebab orang cakap alah bisa , tegal biasa . Walhal dalam hati , T.T )

Jarum jam menginjak ke angka hampir 3.00 pagi . Gadis - gadis sunti tak tidor lagi , masih leka menghadap nota - nota dengan riang gayanya tapi dalam hatinya , T.T . Tiba - tiba ..... ( sound effect suspense ) " Jom teman aku pergi toilet!" Nahhaiii . Pukul 3.00 pagi ni kalau nak pi toilet memang tak kan lah kalau nak pergi sorang - sorang tu . Hoi , scary kot . Kerja gilaaa ! Hoho . Buat nya ada mamat bangla yang frust cintanya ditolak dek gadis - gadis sunti yang kiut - miut ni bersembunyi dalam toilet tu dan keluar untuk membalas dendamnya kepada gadis sunti , dan dalam masa yang sama gadis sunti berseorangan pulak di toilet pada waktu ketika itu . Oh , tidak . Well , pepatah melayu ada mengingatkan malang tidak berbau , jangan sudah terhantuk baru nak terngadah dan ..... sediakan payung sebelum hujan . Jadinya , berwaspadalah selalu wahai gadis - gadis sunti . Unrequited love is dangerous , u know ! Hiks . So , nak tak nak kena jugak teman kawan kita ni .

" Jom la , pi la masuk toilet. Ina tunggu dekat sini . Nak ambik air sembahyang kejap ." Aku pun masuklah dan terus go straight tanpa belok ke paip air nak ambil wudhuk . Kawan aku , " Isy , ada orang lah dalam toilet ni." Aku pun tengoklah . Oh ya , pintu tutup rapat tapi senyap - sunyi tak dak bunyi air pun kedengaran . " Tak pe lah , masuklah toilet hujung nuh . " Aku bagi suggestion . Baru nak bukak paip air nak ambik air sembahyang , kawan aku berkeras tak nak pergi jugak toilet hujung . Dia pulak bagi suggestion dekat aku ,    " Cuba ina ketuk pintu tu tanya sapa . " Ye , aku pun dengan akur + tawadhuk = rela tanpa paksa ketuk lah pintu toilet tu nak tau sapa di dalamnya . Dalam fikiran aku , kawan - kawan satu floor ni jugak lah . Tok , tok , tok . " Sapa nieyh ?" Aku ketuk pintu dengan cara paling ayu . ( Kahkahkah ) . Senyap .

Tok , tok , tok ... Ketuk lagi . " Sapa ni..?" Aku senyum - senyum dekat kawan aku tu . Hihihi . Kacau orang tengah melepas ni best jugak ye . Hekhek . " Orang." Toing ! Aku terpana tubuh keras macam kayu . Mak aii ! Garaunya suara yang menjawab dari dalam . Sumpah tak kenal langsung pemilik suara tu . So , aku tak puas hati , tok , tok , tok .... Ketuk lagi . " Sapa ni?" Diam kejap . "Isy, tak leh jadi . Aku nak tau gak sapa dalam ni . Aku nak tau nama ." Aku sungut jugak lah dalam hati . Tujuan aku ketuk , aku nak tau nama , bukannya nak tau dia orang ke tak . Heh . Sah sah lah yang pakai toilet , mestilah orang . Ada ke beruang pakai toilet ?? Jawab lah kalau berani . ( hakhak ) " Sapa ?" Aku tanya lagi . Hekhek . " Orang lah . Takkan hantu pulak pagi - pagi buta ni..." Treng! Tegak bulu roma aku . Bodoh punya minah . Kau dah lah sorang - sorang dalam toilet ni , main sebut - sebut hantu bagai segala pulak . Aku cuak dah . Dah lah aku tak kenal sapa yang dekat dalam tu . Suara garau . Kawan - kawan I semua suara gadis original , okey . None of them suara garau macam begitu . Uhuk .

Aku kalih sebelah nak tanya pendapat kawan aku tu . Toing ! Hilang dah . Tinggal aku sorang ja . Huk . Bila masa dia cabut lari pun aku tak tau . Dia yang beria suruh aku tanya tadi . Ni dah hilang pulak dah . Tapi , dah alang - alang aku tanya mesti kena tanya sampai berjaya jugak , kan . Hik . " Sapa ni?" . "Orang!" Suara garau tu jawab dengan lebih tegas . Maybe dia marah aku kacau ketenteraman dia tengah melepas kot kan . Wahahaha . Tapi , aku dah takut . Huhu . Semacam je aku rasa orang yang pakai toilet tu . Pelan - pelan aku berundur sikit - sikit . " Orang eh? Hehe . Tak pe lah ." Terus aku jerit nama kawan aku tu tanya dia nak pakai toilet ke tak . Dalam masa yang sama suara garau tu gelak . " Hahaha " Dah lah garau , kau ingat sedap lah kau gelak macam tu . #$%#@ punya minah . Hate u ! Keh keh keh . Terus aku lari keluar dari toilet . Seram oii . Nak - nak bila aku tiba - tiba teringat balik cerita - cerita seram dekat asrama yang aku pernah dengar pulak , kan . Heh . Takot , takot ...

" Kunci pintu . Kunci pintu . " Aku dengar kawan aku jerit dari dalam bilik . Lawak pulak aku tengok . Yang sorang lagi macam berbelah bagi je nak kunci ke tak nak kunci . hehe . " Ina ... ina dekat luar lagi . " Bila aku masuk , aku pun tak tahan nak gelak . Gelak lah kami bertiga tapi , dalam hati ... Ya Allah . Apa bendalah yang aku tegur dekat dalam toilet tadi tu . " Huhu . Lepas tu dengar orang tarik flash toilet . Terus kita orang tergamam sebab toilet yang suara garau tu guna , pam flash nya rosak . Huhu . Apa lagi . Lari keluar bilik terus pergi bilik sebelah .

" Cuba korang pergi tengok sapa . Ada kesan tapak selipar tak kat atas lantai . " Huhu . Ye , nak tak nak kena jugak pergi tengok untuk memastikan hidup tidak diselubungi misteri . Heh . Jeng , jeng , jeng . Lepas kita orang perhati betul betul . Memang Tak dak ! Tak dak ! Lari masuk bilik . Duduk sengap - sengap . Sambung baca nota .

Aku memang tak kan tunggu lama depan toilet tu sebab ?

Tiba - tiba ini yang aku dapat ??? pic ni nak credit to AIN NGOK NGEK   

ATAU
Kalau ini yang aku nampak ?? Macam cerita hantu Korea . Oh tidaaakkkk ... yang ni nak credit to SOFIA BLURP2
  
TAPI.....

Kalau yang ini ..... I rela tidor dalam toilet uuuuuuu ...... Hahaaha

Sekarang , aku tak berani pergi toilet sorang - sorang dah sebelum atau selepas pukul 2 pagi . Sekian .

p/s : Kalau exam , tido awal tak payah stay up . Kalau pergi toilet , tengok ada orang dalam toilet , tak payah gatai tangan pergi tanya sapa . Hekhek .

6 comments:

mineslove said...

sapa yang lari tue??hahahaha

iena_mieyna ^^ said...

hahahaha..tanya pulak ehh ....

the name used said...

nantikan entry saya pasal cerita kita ini (:

Afufu said...

Hihi. Dah dahh, toksah dok pikiaq dah :P

leyzajamil said...

arghhh..knape letak gmba tuuu...sy jd takut skrg!!

iena_mieyna ^^ said...

hehehe...comel kan?? =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...