Kebahagiaan Itu Pasti

Holla^^Tiba-tiba muncul pulak tajuk entry yang sekali baca,ada iras-iras tajuk novel pulak.Haha.Abaikan.Mungkin aku terpengaruh dengan novel kot.Ye la,sejak bercuti ni,dah tak dak benda nak buat,aku asyik layan novel je.Bayangkan,dalam sehari aku boleh habiskan satu novel.Betapa tak ada kerjanya aku kat rumah.Hiks.Sebenarnya,di saat aku menaip entry ni,aku sedang bergolek-golek di singgahsana sudah.Entah mengapa,hati dipagut  keresahan yang tiada tara bandingnya.(Ayat ni buat aku rasa macam aku tengah mengarang surat wasiat pun ada) Jadinya,aku pun bangunlah,taip entry ni sebab aku tengah fikir pasal kebahagiaan sebenarnya.Kalau lah ada manusia berhati mulia yang sedang baca entry ni,aku nak ucapkan sekalung takziah terima kasih sebab sudi baca entry ni.Entry ni hanya semata-mata luahan budak emo yang masih hingusan,tetapi comel. =.=

Kebahagiaan tak perlu di cari,ia akan datang sendiri.Ayat ni macam pernah dengar tapi aku dah lupa di mana..Demi dengar je ayat ni,aku pun faham,maksudnya kalau kita nak bahagia,tak payah cari pun.Tunggu je.So,aku pun tunggu.Tak kisah lah kan kebahagiaan dari cara apa pun , aku tetap tunggu.Nothing change.Pelik.Lepas tu,muncul pulak ayat ni,kita tak akan dapat apa yang kita hajati kalau tak berusaha mencarinya.Aku pun dengan pemikiran yang sengal-sengal ubi ni,oh,apa yang aku hajati?Kebahagiaan.Patut lah tak ada yang berubah,sebab aku tak usaha cari pun.Aku duk tunggu ja.Sekali pikir,baru aku sedar salah aku rupanya.Tapi,bila dua kali pikir,macam bukan salah aku pulak.Aku ikot kata-kata first yang aku dengar tapi aku lupa di mana tu.So,memang bukan salah aku lah.=.=

Saat itu atau bahasa omputih nya,on the spot,>_<  aku pun mulakan pencarian harta karun sesuatu yang bernama kebahagiaan tu.Aku tak kisah kebahagiaan macam mana pun, asalkan aku bahagia.Di atas bumi ini ku berpijak,ku bahagia.(Cilok lirik lagu Indon.Mintak halal.)Cari dan cari,ada lah bahagia sikit,tapi derita dan kecewanya lagi banyak daripada bahagia.Kecewa sangat.Memang semua kata-kata tu tak boleh pakai.Tak berhasil.Mungkin,bagi sesetengah orang,kebahagiaan itu hadir dengan sendiri dalam kehidupan dia.Tapi,bagi sesetengah orang,kebahagiaan itu tak akan hadir sebelum dia berusaha mencarinya.Dan mungkin bagi sesetengah orang pula,kebahagiaan itu bukan lah seperti apa yang dibayangkannya,makin di cari,makin menjauh pula dan sukar untuk dicapai.(Cikgu BM aku mesti bangga kalau baca ayat aku yang ni.Skema BM semacam ja.)

Derita itu adalah kebahagiaan.(Mungkin ayat ni aku dapat dari drama cinta ape entah.Ingat-ingat lupa).Bila aku fikirkan dengan otak udang aku ni,macam ada betulnya jugak ayat dalam drama yang aku ingat-ingat lupa tu.Huhu.Mungkin kita fikir kita tak bahagia,hidup kita penuh derita.Tapi,kita lupa yang sebenarnya derita itu juga yang berikan kita bahagia.Ada nya kawan-kawan,teman istimewa(a.k.a boyfriend,girlfriend,suami,isteri,dsb.),keluarga (mungkin),adik-beradik dan semua yang sentiasa menyokong dan memberikan kita semangat,meluangkan masa dengar setiap luahan rasa kita,yang selalu cuba menceriakan semula hidup kita setiap kali kita sedih dan yang sentiasa sedaya upaya cuba bantu kita walau mungkin kadang-kadang di luar kemampuan mereka.Sebenarnya,itulah kebahagiaan.Manusia selalu memerlukan sokongan manusia lain di sisinya. =)

Kita tak akan hargai sebuah kebahagiaan melainkan kita pernah merasai kehilangannya dan tahu betapa peritnya derita.

Dan kita akan menghargai sebuah penderitaan kerana menghadiahkan kita sebuah kebahagiaan.

p/s : Aku setuju dengan kata-kata Kebahagiaan Hak Milik Kerajaan setiap Insan. =)

2 comments:

athiera said...

pics aiq mata berdarah tu terbaik rh!hehe

iena_mieyna ^^ said...

ahaha...ngeri kot..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...