Dikebumi sebagai lelaki

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Jenazah Mohd Ashraf Hafiz selamat dikebumikan mengikut jantina asalnya sebagai lelaki di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, di sini, jam 5 petang semalam selepas solat Asar. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4.50 pagi semalam di CCU HSNZ, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Allahyarham dimasukkan ke HSNZ jam 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan doktor mengalami serangan jantung tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’, dipercayai akibat kemurungan selepas permohonan untuk menukar kepada nama wanita yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, ditolak. 

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Allahyarham yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu. Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai wanita.

PILU... Mak Yah reda dengan pemergian anaknya ketika menunggu jenazah anaknya luar bilik mayat Hospital Sultanah Nur  Zahirah.

Menurut wanita berusia 50 tahun itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mak Yah, ( ibu arwah) arwah sebelum ini menyebut dia tidak sempat menyambut hari raya walaupun sudah menyiapkan sepasang baju kurung Pahang berwarna merah hati.

“Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa kerana arwah dalam keadaan sihat.

“Malah, dua minggu sebelum ini arwah turut meminta sepupunya menjahit segera baju rayanya. Akur dengan permintaan arwah, sepupu arwah menyiapkan baju berkenaan dalam masa satu hari saja.

“Sebaik siap, baju kurung itu digantung di dalam biliknya, cuma niat arwah untuk menjahit labuci pada baju itu tidak kesampaian.

“Sebagai ibu, kehilangan arwah sangat dirasai dan dirindui kami sekeluarga. Arwah bukan saja anak yang baik tetapi rapat dengan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Sementara itu, bapa Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata arwah bertanya mengenai adik-beradiknya ketika dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) HSNZ petang semalam (kelmarin) sebelum dia menghubungi anaknya, termasuk abang dan kakak arwah di Kuala Lumpur dan Kedah.

P/s : Kasih ayah membawa mati , kasih ibu membawa ke syurga.. :'( *tetiba touching semacam kan...

Whoaaa... Terkezut !

Holla ! Esok Ramadhan bakal berkunjung . Mohon maaf pada semua . Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat semua . :)

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. 

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Tadi , sementara nak masuk kelas Economy , tunggu lecturer sampai , lepak - lepak la baca paper dulu kan . Haha . Mcm biasa , bila dah ramai - ramai tu , part paling dicari pun bahagian gossip - gossip lah kan . Hihi . Perempuan.. Macam tu lahh ... >_<  Hoaaa .. Rasanya sekarang ni , selain dari berita pasal kematian Mohd.Ashraf Hafiz tu , yang terbaru pasal badai yang melanda pertunangan penjaga gol bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a APEX .

Rasanya , baru je hari tu (lama la jugak ) aku duk layan entry - entry dgn pics time diorang bertunang dekat blog tunang si Apex ni kan , jejariruncing . Hihi . Hari ni tiba - tiba je terkezut den dongar pasal berita ni , katanya dah putus tunang pulak . Apa dah jadi ??

[ Source : Petikan Akhbar Metro Ahad ]

Metro Ahad hari ini mengegarkan Malaysia dengan pengumuman rasmi daripada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengenai krisis hubungan pertunangannya bersama Elia. Ikuti laporan asal daripada Metro ahad selepas ini.
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Ada pihak yang buat spekulasi kononnya Khairul Fahmi Che Mat a.k.a APEX curang @ ada scandal lain di luar dengan seorang perempuan , Dahlia Teck . Tak tahulah sejauh mana kesahihan cerita ini sebab kalau diikutkan dalam laporan akhbar , APEX menafikan tentang permasalahan beliau dan Elia angkara orang ketiga.
Macam mana pun , Elia (tunang APEX) ada meluahkan ketidakpuasan hati beliau di Facebook . Beliau mendakwa tunangnya itu telah bersikap kasar @ kurang ajar terhadap ibunya . 

Sources : KLIK SINI

Tapi , setakat ni , Elia belum membuat sebarang maklum balas sama ada kepada media atau melalui blog beliau , jejariruncing . 

P/s : Jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan . Kita hanya mampu merancang , Allah menentukan . :)

Bersahur cara budak asrama

Holla! Hehe . Marhaban Ya Ramadhan ^^ ( Terer jugak bahasa Arab aku) Muahaha . Isnin ni, 1 Ogos 2011 , insyallah semua umat Islam akan berada dalam bulan Ramadhan. Ye, Ramadhan is visiting us ! Hoorey ! Hehe . So, you all , selamat menjalani ibadah berpuasa . :) 

Excited gile arh nak sambut puasa kan . Hehe . But yes , ada lagi orang lain yg lagi semangat dari aku . Sebab ? Ye lah , aku stalk  tengok status dekat Facebook , siap ada yang dah update mcm gini : Penat betul . Tapi best shopping untuk raya . Seharian pulak tuh . Berbaloi. " Ekekeke . Lagi semangat kan . Puasa pun belum dah siap shopping raya dah . Kuang3 . Status sapa ni weyh ?? Tak tau . Lalalala . Yang pasti bukan status aku . Kehkehkeh . Tak pe lah , mana - mana je lah . Lain org lain cara excited nya . Eh??

Memandangkan puasa pun dah dekat , kami sebagai warga yang menghuni asrama terutamanya , memang sibuk buat persiapanlah . Eh?? Hehe . Persiapan untuk berpuasa lah . Beli stok makanan banyak - banyak . Kuikuikui . Perhatian : Puasa di asrama adalah lebih menyeronokkan berbanding puasa di rumah tau . Hihihi . Sebab ? Erm , puasa dengan kawan - kawan , berbuka dengan kawan - kawan , sahur pun dengan kawan - kawan . Hehe . Sweet kan ? Ye , kami budak - budak asrama memang selalu sweet . *tetibe* O.o

Macam biasa , sape yang ada pengalaman duduk hostel , tau lah kan how fun it is bila tiba bulan puasa kan ? >_<  Hoho . Bila waktu nak berbuka , mungkin bersesak - sesak , beratur panjang nak beli makanan dekat foodcourt @ cafe kan ? Huahuahua . Kalau zaman sekolah pulak , pukul 6 ptg dah beratur panjang sambil pegang pinggan nak ambil makanan , kan ? Hehehe . Best kan ? Tu la , bila duduk rumah manja sgt .. Asyik harap mak je hidangkan . Kehkehkeh . 

Ok lah , as student kan , waktu bersahur adalah waktu paling kritikal bagi kita . Kuikui . Memang tak lah nak bangun bersiap semata - mata nak turun beli nasi . >_< Orang lain aku tak tau lah , tapi aku even nak melangkah keluar dari bilik pun aku malas . Huahuahuahua . Ok , solution nya ? Masak nasi sendiri dekat dlm bilik . Hooaaa ! Memang takkkkkkk laaaaaaaa !! Haha . Sekarang kan zaman moden , serba mudah dan cepat ? Kenapa perlu bersusah - susah ? Ye tak ? ( Eh , mcm iklan jual makanan segera je pulak ) :p

1 - Bawak stok kurma banyak - banyak
Kenal Yusoff Taiyob tak ? =D Ok , tu contoh produk Kurma . Haha . Aku selalunya kalau habis malas nak makan bila waktu sahur , aku bangun makan kurma je lah . ( Sebenarnya , aku selalu sahur kurma sbb nak makan nasi tak sempat . Ye lah , bangun pun dekat nak subuh dah ) Haha . Tapi ok jugak lah sbb aku suka sgt kurma . Erm , tak kenyang ? Siapa ckp ? Bersahur dgn kurma ni banyak kelebihannya . 

"Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran." Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Banyak kan kelebihan sahur dengan kurma ? Hehe . Mudah , ringkas dan banyak manfaat . Hihi . Sahur dengan kurma tak payah masak - masak bagai dah . Just bangun , cuci muka , gosok gigi , nyum3 . Masuk kurma dlm mulut . Simple as ABC . :p

2 - Minum susu
Haa . Yang ni memang aku amal dari aku zaman sekolah lagi . Tapi , kadang - kadang bila mood malas lebih dari mood rajin , aku tak minum susu . Aku minum air masak je la . Hehe . Orang malas kan selalu rugi . :p Selalunya beli susu yang paket sederhana or besar , instant milk mcm Fernleaf tu ke . Bila bangun time sahur , panaskan air dalam heater , masukkan 3 sudu serbuk susu tu , kacau dan minum . Lepas tu pergi tidor balik . :p Haha . Ni memang perkara wajib buat lah bila sahur sebab Gastrik . Hoho . So , sape - sape yang ada gastrik atau yg selalu bagi alasan tak boleh puasa sbb gastrik tu (huahua) boleh cuba cara ni . Gerenti tak de hal lah nak puasa . Hee ~ Susu lembu mengandungi ribonflavin (vitamin B2) dan vitamin B12. Kedua-dua vitamin ini berfungsi dlm penghasilan tenaga untuk tubuh. Jadi, minum susu boleh membekalkan kita tenaga utk sepanjang hari utk berpuasa . Hehe . :)
Promoter tak berbayar : Cuba lah yang ini . Pasti berbaloi . :p
3 - Stok minuman segera
Haih ! Ni bukan minuman segera mcm coke , pepsi , 7- up semua tu , ok? Tapi ni jenis minuman yg instant . Mcm 3 - in - 1 tu . Haha . Atau lebih ringkas , minuman si PEMALAS . Wahaha . Cara ni kira senang jugak lah kan utk bebudak hostel yg konon busy gila tak sempat turun sahur tu kan . Haha . Bajet . Padahal malas sebenarnya . Tak pe , aku faham sbb aku pun sama je . Ngee ~ So , aku selalunya ( sebenarnya mama yg selalu bekalkan semua ni) Huahuahua . Nesvita , oat , dan seumpamanya . Nesvita tu aku suka . Mudah dan kenyang . Hihi . 

Hamik kauu ... Macam - macam jenis ada . Pilihlah yang mana suka .
( Eh, mcm lagu raya dah ) Hua3
4 - Ok , dah . Berapa banyak benda langsung kau nak makan waktu sahur ? Hoho . Ingat ni ; 

Kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa.

Hehe . So , walau apapun alasannya . Ingat , bersahur tu satu kemestian . (Cakap depan cermin) Haha . Walau malas ke , mengantuk ke , bersahur lah jugak, ye . 

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

P/s : Sekali lagi , Selamat Berpuasa semua. Marhaban Ya Ramadhan ! :)

When you start to hate yourself

Ok , tajuk mmg mcm org yg ada masalah bapak-gile-bigger-huge-besar punya masalah kan . Hurm . Dekat org lain mungkin tak , tapi bagi aku yer . Yes, I'm in big trouble and I hate myself for being in this trouble . T.T  Pernah tak korang rasa stress dgn berat korang ? Yes , masalah ni memang akan jadi dekat perempuan je . A fact ! Perempuan tak suka bila soalan tentang berat diutarakan walau dengan apa cara atau tujuan sekali pun . Same with me too . Now , I'm gonna hate myself , my body , my weight and everything on me . Huk ! 

"Aku nak kurus lah." "Weyh,berat aku turun weyh!" dan ulang - ulang ayat yang sama sampai beratus- riban kali with a big-bigger-huge smile supaya the whole world know that news . Ye , lumrah lah kan semua orang nak kurus , cantik , selim melim and same goes to me . But , the different is , "weyh,kenapa berat aku turun weyh!""weyh,mcm mana nak naik berat badan weyh??" with a very weird facial expression on my face . Kadang - kadang mcm nak nangis pun ada . And ada masa , aku akan terus tak pergi mana - mana and just stay in my room , alone . Loser gila kan ? Hurm . Tak tau la . Rasa nak hempuk - hempuk kepala dekat dinding sbb penat cari solution . T.T 

Pernah aku nak keluar hang - out during holiday and that time , aku penat cari baju dalam almari aku yg sesuai . Tapi , setiap kali aku cuba , aku rasa mcm ... aku rasa aku sgt pelik . Yes , I mean my body figure . Kenapa makin lama makin bertambah baju aku yg longgar ? The worst is , bila kawan - kawan lama , jumpa aku and cakap , " fine , kau makin dewasa makin kecil" Aku rasa mcm aku orang kerdil dlm cerita budak - budak the Snow White tu . T.T Kadang - kadang aku rasa mcm my body is playing fool around me . Naik sampai 2 kg then dlm masa beberapa minggu turun balik 2 kg . The result is ? No changes on my body . Stress tau ... T.T Doktor apa yg patot aku jumpa?? Tak kan jumpa doktor pakar sakit puan lak kot ?? >_<

Selalu dengar org yg selalu tambah berat badan je akan merungut - rungut but now , ye , orang yang susah gila nak naik berat badan pulak merungut . Is not easy to be me . Have very low self-esteem and feel like a loser all the time . Kadang - kadang aku rasa mcm nak jadi halimunan , so that people can't ever see me . T.T   Kdg - kdg aku pelik jugak , there is time where aku memang langsung tak lalu nak makan nasi . Tengok nasi pun aku rasa nak muntah . Kdg - kdg walaupun lapar , tapi tak rasa nak makan . Ya Allah , peliknya . Hempuk - hempuk kepala dekat dinding lagi . T.T  Pelik tau pelik !! Tension . 

To be honest , I'm get into jealousy bila tengok girls yg ada perfect body figure , maintain their body weight at the normal BMI . Tapi aku ? Haa .. hempuk lagi kepala dekat dinding . Huhu . It is not easy to be me . Whoaa! Golek - golek atas lantai pulak . Haih ! Any solution or recommended ?? 

P/s : Motif update entry mcm gini ??? >Die<

Contest : Jom Tulis Cerpen

PENGANJUR CONTEST
Holla ! Tak tau lah tiba - tiba je rasa nak join contest . Ni kira contest ke - 2 masuk dalam blogging ni . Hehe . Walaupun tak pernah menang pape kan . Saje je nak involve mengenangkan ada banyak benda yang saya karang , tapi terbiar sepi je dekat dalam lappie ni . Pernah lah publish , tapi publish dekat majalah sekolah je lah . Hehehe . Tapi , bukan cerpen yang ini . Btw , saya memang suka mengarang , dan itu memang hobi saya . :) Thanks kepada penganjur contest ni . ( Klik link dekat gambar utk lebih info ) 

 SAYONARA

   Sepi tanpa kata . Mungkin itu yang aku rasa . Kenangan demi kenangan , lebih banyak pahit dari manis . Namun , siapa tahukan , dalam pahit , masih terselit kemanisannya . Ujian Allah bagi setiap hambaNya yang beriman . Aku akur dengan kehendakNya . "Setiap ujian yang didatangkan kepada kita , adalah dinaikkan darjatnya di sisi Allah ." Kata-kata berbentuk nasihat dari Ustaz Rahim ketika kelas Pendidikan Islam 5 tahun dahulu masih terngiang - ngiang di gegendang telinga ini . Sedikit senyuman terkuntum jua di bibir ini . Mengenangkan bagaimana naifnya diri ini , terkapai - kapai cuba menghadapi segala ujian dan permasalahan sendirian . Hati menangis hiba , namun bibir masih menguntum senyum . Duka di hati hanya Tuhan yang tahu . Penipukah aku ? Bukan . Cukuplah sabar menjadi peneman aku di kala kesusahan atau kesenangan yang melanda . Bukan simpati , kasihan orang yang aku cuba raih . Cukuplah andai hati ini masih tabah mengharungi , iman ini masih utuh bertahan menghadapi badai yang melanda . "Barang siapa yang bersabar , Allah s.w.t akan melengkapkan sabarnya dengan memasukkan ia ke mana-mana syurga yang ia sukai." Kata-kata mutiara ini tersemat kemas di dalam hati .

    *****************************************************************************
   "Harnia , cikgu Hasmah cari kau. Dia tunggu dekat bilik guru."Terkebil - kebil Harnia cuba menghadam info yang disampaikan Liliya,teman sekelasnya itu. Cikgu Hasmah? Bendahari PIBG sekolahnya itu. Langkah diatur menaiki tangga ke tingkat 2 bangunan Anggerik yang menempatkan bilik guru. 10 minit lagi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat bakal berbunyi. Langkah diatur lebih cepat, ingin segera sampai ke destinasi,takut ketinggalan kelas Matematik bersama Cikgu Din selepas ini. Pintu bilik diketuk perlahan. Kelihatan beberapa orang guru sedang khusyuk di meja, menyemak kertas ujian bulanan barangkali. Ujian bulan Julai baru sahaja tamat beberapa hari yang lepas. "Assalamualaikum cikgu." Harnia mengucapkan salam melihatkan Cikgu Hasmah yang tekun di meja,seoalah-olah tidak menyedari kehadirannya di situ. "Ha, Harnia.Maaflah , cikgu terpaksa panggil kamu. Cikgu nak tanya , bila kamu boleh jelaskan duit yuran kamu? Peperiksaan akhir tahun makin dekat. Kamu fahamkan maksud cikgu?" Tepat anak mata Cikgu Hasmah memandang ke wajah Harnia. "Cikgu, boleh bagi saya sikit masa lagi? Nanti saya bagitahu ayah." Harnia menundukkan wajah cuba menyembunyikan mendung di wajah dari dilihat gurunya itu. Mata sudah berkaca. Malu,kecewa,gusar dan risau semua bercampur aduk menjadi satu.

    Pulang ke kelas , tumpuan langsung gagal diberikan terhadap penerangan Cikgu Din . Air mata yang ditahan di tubir mata bundar itu seolah - olah mengaburi pandangan matanya . Bagaimana hendak dijelaskan yuran sekolahnya itu? Dia sendiri tidak punya wang . Wang tabungan yang ada sudah pastinya belum cukup untuk menampung jumlah yuran sekolahnya itu . Sudahlah separuh dari wang itu sudah digunakan dahulu untuk membeli buku-buku dan alat tulisnya . Berapa sangatlah yang tinggal . Sudahlah kini dia tinggal di rumah nenek . Ayahnya pula sudah lama tidak pulang ke rumah neneknya itu . Kuatkah dia menghadapi semua ujian ini ? Hanya kepadaMu aku berserah.

      ****************************************************************************

   "Nia , baju sekolah nanti cuci pakai tangan. Mesin basuh tak payah guna , bil elektrik rumah ni dah makin bertambah sejak penghuni rumah bertambah.Menyusahkan." Nia hanya mengangguk perlahan . Langsung tidak dipandang wajah bengis ibu saudaranya itu . Nasi berlaukkan ikan goreng yang telah diasingkan dari meja makan dan kicap manis menjadi menu hidangan tengah hari Harnia . Kepenatan pulang dari sekolah membuatkan dia berselera menikmati apa jua hidangan yang tersedia. Hanya pagi tadi , perutnya itu terisi dengan kuih dan air milo bancuhan nenek sebagai sarapan sebelum dia ke sekolah tadi . Berbekalkan duit belanja RM1 ,dia terpaksa menahan perut ketika rehat tadi memandangkan wang tersebut harus digunakan untuk membaharui kad pinjaman buku di perpustakaan sekolah.Perut yang sudah berkeroncong sejak sekolah tadi harus diisi segera .Selesai makan tengah hari , Harnia segera menyelesaikan tugasnya , mandi sambil memberus baju sekolah dan solat Zuhur . 

    "Nek , cikgu Nia dah tanya , bila Nia boleh jelaskan yuran sekolah Nia? Kalau lambat , nanti Nia tak boleh ambil peperiksaan akhir tahun ni." Harnia mengucapkan jua apa yang merunsingkan fikirannya kepada neneknya sebelum keluar rumah untuk menyertai kumpulan belajar bersama rakan-rakannya. "Nanti nenek...." "Nia , kau tak reti mintak dekat ayah kau sendiri? Dah lah dihantar menumpang dekat sini , makan pakai pun dah ditanggung , beban pulak dengan yuran sekolah kau." Satu suara kasar menerjah ke gegendang telinganya . Harnia hanya menunduk. Nenek juga terdiam seribu bahasa. Memang begitu. Kalau sudah ibu saudaranya itu bersuara,tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membela nasib gadis seperti Harnia. Pipinya yang sudah mulai basah dek air mata dikesat. "Tapi ayah tak selalu balik sini." Harnia cuba mempertahankan dirinya . Mohon diberi sedikit simpati walau tahu usahanya cuma sia-sia."Menjawab! Kerja kau menjawab je kan? Itulah, ayah kau pun sibuk dengan isteri muda dia. Mak kau pulak lari entah ke mana. Kau? Menyusahkan kami yang ada ni." Berhambur kata-kata tersebut di hadapan Harnia . Terkedu seketika dia mendengar.Apa salah dia ? Benarkah apa yang didengarnya tadi? Tolonglah katakn ia nya cuma mimpi . Semua kata - kata itu cuma dusta . Harnia menangis lagi . Kali ini air mata derita dan jiwa yang tertekan bergabung menjadi satu.

           ***************************************************************************
   Harnia melebarkan pandangan ke sawah yang terbentang di hadapannya . Berseorangan di situ membuatkan dia sedikit tenang . Mood untuk belajar bersama kumpulan tadi sudah hilang entah ke mana . Hatinya gusar memikirkan pelbagai masalah . Air mata sudah kering . Penat menitiskan air mata ,sakit hati mengenangkan apa yang terjadi . Putus harapan . Itu yang dirasakan . Dia sedar , sejak ayahnya muflis dalam perniagaan , kehidupan dia sekeluarga berpecah - belah . Kebahagiaan yang dibina selama ini bagai direntap ibarat . Ibarat telur di hujung tanduk , retak menanti belah . Ayah dan emaknya sering bertelagah . Tiada lagi sefahaman . Kali terakhir sebelum dia dihantar pulang ke rumah nenek , sebulan yang lalu , ayah dan emaknya bergaduh besar . Entah apa puncanya , dia sendiri tidak pasti . Apa yang diceritakan kepadanya , emaknya sudah tidak tahan hidup susah bersama mereka , dia dan ayahnya . Benarkah begitu ? Bagai halilintar membelah Bumi , dirasakan dunia seolah berhenti berputar bila didengar ayahnya mengugut menceraikan emaknya itu . Pedih hati .

   "Ayah , ayah dengan emak nak berpisah ke? Tak kesian dengan Nia?" Harnia cuba bertanyakan situasi sebenar kepada ayahnya. "Nia jangan risau. Itu hal ayah dan emak. Nia jangan banyak fikir.Walau apa pun yang berlaku,Nia tetap anak ayah, Nia duduk dengan ayah, ok?"Hanya itu sebagai jawapan dan dia dihantar tinggal bersama nenek. Jauh dari rumah ayah dan emaknya dan itulah kali terakhir dia bertemu dengan ayahnya itu . Setelah itu , jarang sekali ayahnya pulang menjenguk di rumah nenek. Entah mengapa dia ditinggalkan di situ. Sudahlah ibu saudaranya juga tiba-tiba berubah. Panas baran dan seakan-akan membenci dirnya. Mungkinkah kerana pertalian dia sebagai adik tiri ayahnya menbuatkan dia berubah begitu? Harnia terdiam sendiri dengan soalan tanpa jawapannya itu. Malas berfikir lebih jauh, dia cuba menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Tekadnya cuma satu, ingin berjaya dan pergi jauh dari keluarga. Keluarga? Masihkah dia punya keluarga? Emak yang sudah pergi menghilang entah ke mana dan ayah yang sudah bahagia bersama isteri kedua tercinta ? Itukah erti keluarga sebenar ? Saudara sendiri yang seolah - olah membenci darah dagingnya sendiri ? Semakin membulat tekadnya untuk memenuhi azamnya itu .

        *************************************************************************
     Pagi itu Harnia dikejutkan dengan panggilan telefon. Telefon rumah itu berbunyi . Sudah beberapa kali si pemanggil menelefon. Entah pemanggil yang sama atau berlainan, dia sendiri tidak pasti. Dia yang sedang sibuk mengemas pakaian dan barang- barangnya di tingkat atas , bangun meninjau ruang tamu di tingkat bawah.Melihatkan ibu saudara dan nenknya yang tiada di rumah, Harnia bertekad menjawab panggilan tersebut. Gagang dilekapkan ke telinga. "Hello, siapa ni?" Harnia memulakan bicara . Diam . 5 minit keadaan diam . Pemanggil di sana juga membisu seribu bahasa . "Nia sayang." Akhirnya si pemanggil bersuara. Bagai ingin meraung , air matanya bercucuran menitis ke pipi mendengarkan suara insan yang amat dirinduinya itu. 3 tahun berlalu . 3 tahun dia mencari insan yang amat disayangi dan dirinduinya itu , namun khabar duka yang diterimanya. Hampa hasilnya . Pencariannya cuma sia-sia. Hari ini , bagaikan mimpi insan yang dicari selama ini terasa dekat dengannya. "Mak." Hanya itu yang terlahir dari bibir dan mampu diucapkannya. Air mata sudah berjuraian mengenangkan betapa rindunya dia kepada insan yang melahirkannya itu . 

    Entah apa lagi yang harus diucapkannya selain dari tangisan yang menandakan kerinduan yang teramat .   Pemergiannya diiringi keluarga yang mungkin gembira dengan ketiadaannya selepas ini . Sayu hati ingin meninggalkan semua yang ada , sayu lagi hati melihat ayah yang ditemani ibu tirinya . Entah mengapa sukar untuk dia menerima kehadiran wanita itu , wanita yang hadir secara tiba - tiba menggantikan tempat emaknya. Mungkin emak pergi kerana hatinya terluka . Saat diri menghulurkan tangan untuk bersalam , air mata masih belum siap untuk berhenti mengalir . Sedih , kecewa dan terkilan . Sanggup insan - insan ini membohongi dirinya . Sanggup memfitnah emaknya semata - mata kerana emak bukan menantu pilihan . Kenyataan yang baru didengarnya tadi terasa pahit untuk ditelan . Betapa manusia kadangkala tewas dengan tuntutan nafsu sendiri . Betapa hasad dengki berkuasa mengawal segala yang ada . Hatinya terguris lagi . 

    "Nia harap ayah bahagia dengan jalan hidup yang ayah pilih . Maafkan salah silap Nia . Halalkan makan minum Nia dari Nia kecil sampai dewasa. Restui pemergian Nia dan doakan kejayaan Nia di sana." Tangan tua itu dikucup penuh kasih . Biar kecewa dengan apa yang terjadi , siapalah dia , juga mereka untuk melawan segala ketentuan yang telah tersurat di atas sana . 

     Semua yang ada kelihatan terkejut dengan kehadiran wanita bertudung coklat itu. Hanya Harnia insan yang benar - benar gembira . Saat yang telah lama dinanti-nantikannya akhirnya muncul jua . Insan yang sekian lama ditunggu - tunggu datang jua . Pelukan erat dihadiahkan buat wanita yang amat dirinduinya itu . Terasa hangat pelukan yang dihadiahkan emak . Air mata kegembiraan menitis . Sedih turut bertandang mengenangkan pertemuan beberapa minit ini bakal berakhir . Dia harus kuat dan tabah . Tekad dan azam yang telah disemai haru dilaksankan . Hajatnya sudah termakbul . 

   "Mak Ucu mintak maaf Nia. Mak Ucu yang buruk - burukkan emak Nia dulu . Mak Ucu banyak salah dengan Nia. Mak Ucu pisahkan Nia dengan emak Nia . Kadang - kadang bila emak Nia telefon , Mak Ucu larang Nia cakap dengan dia. Mak Ucu mintak maaf." Ibu saudaranya itu sudah memeluknya erat . Benar . Memaafkan bukan perkara mudah . Namun siapa kita untuk tidak memaafkan orang ? Biar pun pahit , biar pun ucapan maaf itu tidak mampu mengembalikan kebahagiaan yang sudah 3 tahun hilang , Harnia tahu , dia harus belajar memaafkan orang . Kini , kerana kesabaranlah , berdoa setiap hari tanpa jemu, dengan izin telah dipertemukan dia dengan insan yang amat  disayangi itu kembali . 

    " Nia maafkan semuanya . Biarlah semua yang berlaku dilupakan .Nia cuma minta restu dari semua , doakan kejayaan Nia disana ." Pelukan terhadap emaknya dieratkan . Sungguh , setelah 3 tahun berpisah , perjumpaan terakhir beberapa minit itu sememangnya tidak akan melepaskan kerinduan mereka . Apakan daya , hanya itu yang termampu . " Mak , insyallah , raya tahun depan , panjang unur Nia balik Malaysia kita raya bersama eh? Dah lama kita tak raya bersama." Kucupan di pipi mengakhiri pertemuan kali itu . Ya , apa pun yang berlaku , impian Harnia untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland , harus ditunaikan . Impian untuk berjauhan dari keluarga dimakbulkan . Biarlah dia mengejar cita - citanya dahulu . Melupakan semua yang pernah terjadi dan mulakan kehidupan baru bersama emak . Walau dugaan yang telah dihadapi perit dirasa , namun dia masih bersyukur . Ujian inilah yang mengajar dia untuk menjadi seorang yang tabah , dan lebih yakin diri seperti hari ini . Kerana dugaan - dugaan itulah dia bersemangat merealisasikan cita - citanya selama ini . Betapa indahnya semua hikmah yang telah direncanakan olehNya kepada hambaNya ini. Sayonara !
                
Lelaki dan Saya

Hahaha . Tajuk mcm hape entah . Mcm konfius dgn jantina diri sendiri jek . Huhu . Saya gigirl , okeyh ? Fullstop! Lelaki dan saya , bukan saya lelaki . Huhu . Lumrah lah kan perempuan , attraction dia kepada lelaki , lelaki attraction dia dekat perempuan , pondan attraction dia dekat ?? Ehem . Tak tau , tak mau jawab . Hua3 .

Sebagai seorang gadis ayu , manis , comel , sopan dan santun , bertatasusila tinggi dan mengagumkan , ( kita mesti optimis dgn keistimewaan diri sendiri ) Kuang3 , aku ada jenis - jenis lelaki yg aku suka dan yang tak berapa suka , dan yang langsung aku tak suka ! Huh . Err , i mean lelaki yg aku sudi nak jadikan kawan lah kan . Hihihi . 

Jenis lelaki yg aku suka, tak berapa suka dan tak suka ( 3 in 1) :

1) Friendly dan bkn mengada - ngada
Haha . Ada kaitan eh friendly dgn mengada - ngada ? Mcm tak je . Eh , ada ok ? Friendly tu mcm ye lah , friendly la . Mesra and selesa nak b'kawan dgn dia . Mengada - ngada ? Erm , dgn perempuan je dia mesra , friendly . Lepas tu perangai friendly dia tu pulak dgn perempuan lawa - lawa , hot - hot je kan . Nampak sgt mengada - ngada , gedik , miang buluh gatai !

2) Baik dan ikhlas 
Huahua . Baik dan ikhlas ? Matching ke padanan ni ? Hee ~ Ye , aku suka lelaki yg baik sgt . Means ,sbg kawan , dia sgt baik t'hadap kita . Boleh tolong kita waktu susah , sgt memahami dan boleh jadi kawan dunia akhirat lah kiranya kan . Tapi mesti ikhlas . Err , maksudnya mmg semua yg dia buat , kebaikan dia terhadap kita tu semua atas dasar semangat setiakawan dia dgn kita dan bukannya sbb ada agenda udang galah di sebalik mee rebus penang semata - mata , ye . Grr . Nak lagi clear contoh dia mcm jenis yg ok , aku tolong kau . Alah , tak pe , kita kan kawan . 1 week after that , nak tak kau jadi awek aku ? Ye lah , aku dah tolong kau mcm - mcm kot , tak kan tak layak lagi nak jadi bf ko , kan ? Heh ! Nyampah .

3 ) Sporting dan matang
Ngeh3 . Ni lagi la mcm x ado kaitan pon kannn . Huhu . Tapi ada . Aku suka kawan lelaki yg sporting . Means kita boleh ajak b'gurau , sembang itu ini . Sharing itu ini . But , bukanlah sporting sampai melampaui batas kan . Had sbg kawan je lah kan . Lelaki dan perempuan . Wink2 . Hehe . Dan aku suka kawan lelaki yang matang , means matang lah . Kuang3 . Matang dan tak kebudak - budakkan . Tak mudah salah tafsir , merajuk2 , beragam yg b'bagai dan segala mcm lah kan . Huhu . Paling tak suka , bila gaduh - gaduh sikit terus tak nak kawan . Wey! Mcm budak pra - sekolah ok . Heh !

4 ) Hormat aku sbg perempuan
Kihkihkih . Nak hormat - hormat pulak lah kan . Ehem . Mestilah . Sbg kawan yg b'beza jantina t'utamanya , mesti tahu hormat - menghormat , berhormat , dihormati dan hormat lah . O.o Huahuahua . Ye lah , kawan sama jantina pun kena tahu menghormat kawan - kawan tau . Dalam p'sahabatan , perasaan hormat a.k.a respect itu amat perlu kalau nak sesuatu hubungan p'sahabatan tu b'lanjutan & kekal . ^^ Means , sbg seorang kawan lelaki kpd seorang kwn perempuan , dia mesti tahu hormat aku sbg kawan dia . Jangan nak melebih - lebih selalu . Aku suka kawan lelaki yg boleh hormat kwn perempuan dia seadanya . Contohnya bila melawak , tahu batas dan tahap2 nak buat lawak . Beza kot nak lawak - lawak kwn perempuan dgn kwn lelaki . Jangan main bantai je . Lebih - lebih bila nak melawak isu censored . Tak semua org boleh terima .

P/s : You & me , we are friend forever ! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...