Contest : Jom Tulis Cerpen

PENGANJUR CONTEST
Holla ! Tak tau lah tiba - tiba je rasa nak join contest . Ni kira contest ke - 2 masuk dalam blogging ni . Hehe . Walaupun tak pernah menang pape kan . Saje je nak involve mengenangkan ada banyak benda yang saya karang , tapi terbiar sepi je dekat dalam lappie ni . Pernah lah publish , tapi publish dekat majalah sekolah je lah . Hehehe . Tapi , bukan cerpen yang ini . Btw , saya memang suka mengarang , dan itu memang hobi saya . :) Thanks kepada penganjur contest ni . ( Klik link dekat gambar utk lebih info ) 

 SAYONARA

   Sepi tanpa kata . Mungkin itu yang aku rasa . Kenangan demi kenangan , lebih banyak pahit dari manis . Namun , siapa tahukan , dalam pahit , masih terselit kemanisannya . Ujian Allah bagi setiap hambaNya yang beriman . Aku akur dengan kehendakNya . "Setiap ujian yang didatangkan kepada kita , adalah dinaikkan darjatnya di sisi Allah ." Kata-kata berbentuk nasihat dari Ustaz Rahim ketika kelas Pendidikan Islam 5 tahun dahulu masih terngiang - ngiang di gegendang telinga ini . Sedikit senyuman terkuntum jua di bibir ini . Mengenangkan bagaimana naifnya diri ini , terkapai - kapai cuba menghadapi segala ujian dan permasalahan sendirian . Hati menangis hiba , namun bibir masih menguntum senyum . Duka di hati hanya Tuhan yang tahu . Penipukah aku ? Bukan . Cukuplah sabar menjadi peneman aku di kala kesusahan atau kesenangan yang melanda . Bukan simpati , kasihan orang yang aku cuba raih . Cukuplah andai hati ini masih tabah mengharungi , iman ini masih utuh bertahan menghadapi badai yang melanda . "Barang siapa yang bersabar , Allah s.w.t akan melengkapkan sabarnya dengan memasukkan ia ke mana-mana syurga yang ia sukai." Kata-kata mutiara ini tersemat kemas di dalam hati .

    *****************************************************************************
   "Harnia , cikgu Hasmah cari kau. Dia tunggu dekat bilik guru."Terkebil - kebil Harnia cuba menghadam info yang disampaikan Liliya,teman sekelasnya itu. Cikgu Hasmah? Bendahari PIBG sekolahnya itu. Langkah diatur menaiki tangga ke tingkat 2 bangunan Anggerik yang menempatkan bilik guru. 10 minit lagi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat bakal berbunyi. Langkah diatur lebih cepat, ingin segera sampai ke destinasi,takut ketinggalan kelas Matematik bersama Cikgu Din selepas ini. Pintu bilik diketuk perlahan. Kelihatan beberapa orang guru sedang khusyuk di meja, menyemak kertas ujian bulanan barangkali. Ujian bulan Julai baru sahaja tamat beberapa hari yang lepas. "Assalamualaikum cikgu." Harnia mengucapkan salam melihatkan Cikgu Hasmah yang tekun di meja,seoalah-olah tidak menyedari kehadirannya di situ. "Ha, Harnia.Maaflah , cikgu terpaksa panggil kamu. Cikgu nak tanya , bila kamu boleh jelaskan duit yuran kamu? Peperiksaan akhir tahun makin dekat. Kamu fahamkan maksud cikgu?" Tepat anak mata Cikgu Hasmah memandang ke wajah Harnia. "Cikgu, boleh bagi saya sikit masa lagi? Nanti saya bagitahu ayah." Harnia menundukkan wajah cuba menyembunyikan mendung di wajah dari dilihat gurunya itu. Mata sudah berkaca. Malu,kecewa,gusar dan risau semua bercampur aduk menjadi satu.

    Pulang ke kelas , tumpuan langsung gagal diberikan terhadap penerangan Cikgu Din . Air mata yang ditahan di tubir mata bundar itu seolah - olah mengaburi pandangan matanya . Bagaimana hendak dijelaskan yuran sekolahnya itu? Dia sendiri tidak punya wang . Wang tabungan yang ada sudah pastinya belum cukup untuk menampung jumlah yuran sekolahnya itu . Sudahlah separuh dari wang itu sudah digunakan dahulu untuk membeli buku-buku dan alat tulisnya . Berapa sangatlah yang tinggal . Sudahlah kini dia tinggal di rumah nenek . Ayahnya pula sudah lama tidak pulang ke rumah neneknya itu . Kuatkah dia menghadapi semua ujian ini ? Hanya kepadaMu aku berserah.

      ****************************************************************************

   "Nia , baju sekolah nanti cuci pakai tangan. Mesin basuh tak payah guna , bil elektrik rumah ni dah makin bertambah sejak penghuni rumah bertambah.Menyusahkan." Nia hanya mengangguk perlahan . Langsung tidak dipandang wajah bengis ibu saudaranya itu . Nasi berlaukkan ikan goreng yang telah diasingkan dari meja makan dan kicap manis menjadi menu hidangan tengah hari Harnia . Kepenatan pulang dari sekolah membuatkan dia berselera menikmati apa jua hidangan yang tersedia. Hanya pagi tadi , perutnya itu terisi dengan kuih dan air milo bancuhan nenek sebagai sarapan sebelum dia ke sekolah tadi . Berbekalkan duit belanja RM1 ,dia terpaksa menahan perut ketika rehat tadi memandangkan wang tersebut harus digunakan untuk membaharui kad pinjaman buku di perpustakaan sekolah.Perut yang sudah berkeroncong sejak sekolah tadi harus diisi segera .Selesai makan tengah hari , Harnia segera menyelesaikan tugasnya , mandi sambil memberus baju sekolah dan solat Zuhur . 

    "Nek , cikgu Nia dah tanya , bila Nia boleh jelaskan yuran sekolah Nia? Kalau lambat , nanti Nia tak boleh ambil peperiksaan akhir tahun ni." Harnia mengucapkan jua apa yang merunsingkan fikirannya kepada neneknya sebelum keluar rumah untuk menyertai kumpulan belajar bersama rakan-rakannya. "Nanti nenek...." "Nia , kau tak reti mintak dekat ayah kau sendiri? Dah lah dihantar menumpang dekat sini , makan pakai pun dah ditanggung , beban pulak dengan yuran sekolah kau." Satu suara kasar menerjah ke gegendang telinganya . Harnia hanya menunduk. Nenek juga terdiam seribu bahasa. Memang begitu. Kalau sudah ibu saudaranya itu bersuara,tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membela nasib gadis seperti Harnia. Pipinya yang sudah mulai basah dek air mata dikesat. "Tapi ayah tak selalu balik sini." Harnia cuba mempertahankan dirinya . Mohon diberi sedikit simpati walau tahu usahanya cuma sia-sia."Menjawab! Kerja kau menjawab je kan? Itulah, ayah kau pun sibuk dengan isteri muda dia. Mak kau pulak lari entah ke mana. Kau? Menyusahkan kami yang ada ni." Berhambur kata-kata tersebut di hadapan Harnia . Terkedu seketika dia mendengar.Apa salah dia ? Benarkah apa yang didengarnya tadi? Tolonglah katakn ia nya cuma mimpi . Semua kata - kata itu cuma dusta . Harnia menangis lagi . Kali ini air mata derita dan jiwa yang tertekan bergabung menjadi satu.

           ***************************************************************************
   Harnia melebarkan pandangan ke sawah yang terbentang di hadapannya . Berseorangan di situ membuatkan dia sedikit tenang . Mood untuk belajar bersama kumpulan tadi sudah hilang entah ke mana . Hatinya gusar memikirkan pelbagai masalah . Air mata sudah kering . Penat menitiskan air mata ,sakit hati mengenangkan apa yang terjadi . Putus harapan . Itu yang dirasakan . Dia sedar , sejak ayahnya muflis dalam perniagaan , kehidupan dia sekeluarga berpecah - belah . Kebahagiaan yang dibina selama ini bagai direntap ibarat . Ibarat telur di hujung tanduk , retak menanti belah . Ayah dan emaknya sering bertelagah . Tiada lagi sefahaman . Kali terakhir sebelum dia dihantar pulang ke rumah nenek , sebulan yang lalu , ayah dan emaknya bergaduh besar . Entah apa puncanya , dia sendiri tidak pasti . Apa yang diceritakan kepadanya , emaknya sudah tidak tahan hidup susah bersama mereka , dia dan ayahnya . Benarkah begitu ? Bagai halilintar membelah Bumi , dirasakan dunia seolah berhenti berputar bila didengar ayahnya mengugut menceraikan emaknya itu . Pedih hati .

   "Ayah , ayah dengan emak nak berpisah ke? Tak kesian dengan Nia?" Harnia cuba bertanyakan situasi sebenar kepada ayahnya. "Nia jangan risau. Itu hal ayah dan emak. Nia jangan banyak fikir.Walau apa pun yang berlaku,Nia tetap anak ayah, Nia duduk dengan ayah, ok?"Hanya itu sebagai jawapan dan dia dihantar tinggal bersama nenek. Jauh dari rumah ayah dan emaknya dan itulah kali terakhir dia bertemu dengan ayahnya itu . Setelah itu , jarang sekali ayahnya pulang menjenguk di rumah nenek. Entah mengapa dia ditinggalkan di situ. Sudahlah ibu saudaranya juga tiba-tiba berubah. Panas baran dan seakan-akan membenci dirnya. Mungkinkah kerana pertalian dia sebagai adik tiri ayahnya menbuatkan dia berubah begitu? Harnia terdiam sendiri dengan soalan tanpa jawapannya itu. Malas berfikir lebih jauh, dia cuba menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Tekadnya cuma satu, ingin berjaya dan pergi jauh dari keluarga. Keluarga? Masihkah dia punya keluarga? Emak yang sudah pergi menghilang entah ke mana dan ayah yang sudah bahagia bersama isteri kedua tercinta ? Itukah erti keluarga sebenar ? Saudara sendiri yang seolah - olah membenci darah dagingnya sendiri ? Semakin membulat tekadnya untuk memenuhi azamnya itu .

        *************************************************************************
     Pagi itu Harnia dikejutkan dengan panggilan telefon. Telefon rumah itu berbunyi . Sudah beberapa kali si pemanggil menelefon. Entah pemanggil yang sama atau berlainan, dia sendiri tidak pasti. Dia yang sedang sibuk mengemas pakaian dan barang- barangnya di tingkat atas , bangun meninjau ruang tamu di tingkat bawah.Melihatkan ibu saudara dan nenknya yang tiada di rumah, Harnia bertekad menjawab panggilan tersebut. Gagang dilekapkan ke telinga. "Hello, siapa ni?" Harnia memulakan bicara . Diam . 5 minit keadaan diam . Pemanggil di sana juga membisu seribu bahasa . "Nia sayang." Akhirnya si pemanggil bersuara. Bagai ingin meraung , air matanya bercucuran menitis ke pipi mendengarkan suara insan yang amat dirinduinya itu. 3 tahun berlalu . 3 tahun dia mencari insan yang amat disayangi dan dirinduinya itu , namun khabar duka yang diterimanya. Hampa hasilnya . Pencariannya cuma sia-sia. Hari ini , bagaikan mimpi insan yang dicari selama ini terasa dekat dengannya. "Mak." Hanya itu yang terlahir dari bibir dan mampu diucapkannya. Air mata sudah berjuraian mengenangkan betapa rindunya dia kepada insan yang melahirkannya itu . 

    Entah apa lagi yang harus diucapkannya selain dari tangisan yang menandakan kerinduan yang teramat .   Pemergiannya diiringi keluarga yang mungkin gembira dengan ketiadaannya selepas ini . Sayu hati ingin meninggalkan semua yang ada , sayu lagi hati melihat ayah yang ditemani ibu tirinya . Entah mengapa sukar untuk dia menerima kehadiran wanita itu , wanita yang hadir secara tiba - tiba menggantikan tempat emaknya. Mungkin emak pergi kerana hatinya terluka . Saat diri menghulurkan tangan untuk bersalam , air mata masih belum siap untuk berhenti mengalir . Sedih , kecewa dan terkilan . Sanggup insan - insan ini membohongi dirinya . Sanggup memfitnah emaknya semata - mata kerana emak bukan menantu pilihan . Kenyataan yang baru didengarnya tadi terasa pahit untuk ditelan . Betapa manusia kadangkala tewas dengan tuntutan nafsu sendiri . Betapa hasad dengki berkuasa mengawal segala yang ada . Hatinya terguris lagi . 

    "Nia harap ayah bahagia dengan jalan hidup yang ayah pilih . Maafkan salah silap Nia . Halalkan makan minum Nia dari Nia kecil sampai dewasa. Restui pemergian Nia dan doakan kejayaan Nia di sana." Tangan tua itu dikucup penuh kasih . Biar kecewa dengan apa yang terjadi , siapalah dia , juga mereka untuk melawan segala ketentuan yang telah tersurat di atas sana . 

     Semua yang ada kelihatan terkejut dengan kehadiran wanita bertudung coklat itu. Hanya Harnia insan yang benar - benar gembira . Saat yang telah lama dinanti-nantikannya akhirnya muncul jua . Insan yang sekian lama ditunggu - tunggu datang jua . Pelukan erat dihadiahkan buat wanita yang amat dirinduinya itu . Terasa hangat pelukan yang dihadiahkan emak . Air mata kegembiraan menitis . Sedih turut bertandang mengenangkan pertemuan beberapa minit ini bakal berakhir . Dia harus kuat dan tabah . Tekad dan azam yang telah disemai haru dilaksankan . Hajatnya sudah termakbul . 

   "Mak Ucu mintak maaf Nia. Mak Ucu yang buruk - burukkan emak Nia dulu . Mak Ucu banyak salah dengan Nia. Mak Ucu pisahkan Nia dengan emak Nia . Kadang - kadang bila emak Nia telefon , Mak Ucu larang Nia cakap dengan dia. Mak Ucu mintak maaf." Ibu saudaranya itu sudah memeluknya erat . Benar . Memaafkan bukan perkara mudah . Namun siapa kita untuk tidak memaafkan orang ? Biar pun pahit , biar pun ucapan maaf itu tidak mampu mengembalikan kebahagiaan yang sudah 3 tahun hilang , Harnia tahu , dia harus belajar memaafkan orang . Kini , kerana kesabaranlah , berdoa setiap hari tanpa jemu, dengan izin telah dipertemukan dia dengan insan yang amat  disayangi itu kembali . 

    " Nia maafkan semuanya . Biarlah semua yang berlaku dilupakan .Nia cuma minta restu dari semua , doakan kejayaan Nia disana ." Pelukan terhadap emaknya dieratkan . Sungguh , setelah 3 tahun berpisah , perjumpaan terakhir beberapa minit itu sememangnya tidak akan melepaskan kerinduan mereka . Apakan daya , hanya itu yang termampu . " Mak , insyallah , raya tahun depan , panjang unur Nia balik Malaysia kita raya bersama eh? Dah lama kita tak raya bersama." Kucupan di pipi mengakhiri pertemuan kali itu . Ya , apa pun yang berlaku , impian Harnia untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland , harus ditunaikan . Impian untuk berjauhan dari keluarga dimakbulkan . Biarlah dia mengejar cita - citanya dahulu . Melupakan semua yang pernah terjadi dan mulakan kehidupan baru bersama emak . Walau dugaan yang telah dihadapi perit dirasa , namun dia masih bersyukur . Ujian inilah yang mengajar dia untuk menjadi seorang yang tabah , dan lebih yakin diri seperti hari ini . Kerana dugaan - dugaan itulah dia bersemangat merealisasikan cita - citanya selama ini . Betapa indahnya semua hikmah yang telah direncanakan olehNya kepada hambaNya ini. Sayonara !
                
No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...