Dikebumi sebagai lelaki

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.

Jenazah Mohd Ashraf Hafiz selamat dikebumikan mengikut jantina asalnya sebagai lelaki di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, di sini, jam 5 petang semalam selepas solat Asar. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4.50 pagi semalam di CCU HSNZ, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Allahyarham dimasukkan ke HSNZ jam 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan doktor mengalami serangan jantung tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’, dipercayai akibat kemurungan selepas permohonan untuk menukar kepada nama wanita yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, ditolak. 

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Allahyarham yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu. Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai wanita.

PILU... Mak Yah reda dengan pemergian anaknya ketika menunggu jenazah anaknya luar bilik mayat Hospital Sultanah Nur  Zahirah.

Menurut wanita berusia 50 tahun itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mak Yah, ( ibu arwah) arwah sebelum ini menyebut dia tidak sempat menyambut hari raya walaupun sudah menyiapkan sepasang baju kurung Pahang berwarna merah hati.

“Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa kerana arwah dalam keadaan sihat.

“Malah, dua minggu sebelum ini arwah turut meminta sepupunya menjahit segera baju rayanya. Akur dengan permintaan arwah, sepupu arwah menyiapkan baju berkenaan dalam masa satu hari saja.

“Sebaik siap, baju kurung itu digantung di dalam biliknya, cuma niat arwah untuk menjahit labuci pada baju itu tidak kesampaian.

“Sebagai ibu, kehilangan arwah sangat dirasai dan dirindui kami sekeluarga. Arwah bukan saja anak yang baik tetapi rapat dengan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Sementara itu, bapa Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata arwah bertanya mengenai adik-beradiknya ketika dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) HSNZ petang semalam (kelmarin) sebelum dia menghubungi anaknya, termasuk abang dan kakak arwah di Kuala Lumpur dan Kedah.

P/s : Kasih ayah membawa mati , kasih ibu membawa ke syurga.. :'( *tetiba touching semacam kan...

4 comments:

sekamar rindu said...

salam...

Al-Fatihah.......

iena_mieyna ^^ said...

:)

intan said...

sibuk je nak dok update pasal nih. :P tak de kaitan dengan kau pun.

iena_mieyna ^^ said...

eh3..ada lah..ko x baca aku punya pesanan tu??menyentuh kalbuuu ... >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...