Entry gatal tangan nak menaip

Mungkin ada masa kita perlu belajar memaafkan orang ,
Tanpa perlu kenangkan balik apa yang dia dah buat dekat kita selama kita dengan dia kan ?
Mungkin dia buat salah tu sebab dia tak sedar , atau mungkin sebab dia memang rasa dia bagus gila ,
OPPS ! Haha .
Apa pun diri sendiri pun tak pernah terlepas dari buat silap . :)

Lebih baik fikir dan kenangkan kesalahan kita dekat orang , dan fikirkan kebaikan orang dekat kita .
Itu sebaiknya . :)

Berakhir semester 3 , berakhir sesi kehidupan dekat Merbuk ,
Dah macam - macam pengalaman dapat , ragam orang ditempuh ,
Kerenah orang terpaksa dihadapi , sakit hati ? suka hati ?
Walau ada pahit dan manisnya , semua tu jadikan sebagai kenangan je .
Yang baik jadikan teladan , yang buruk jadikan sempadan . 

Aku dah maafkan kau dan harap yang sama juga daripada kau .
Cuma apa yang aku dapat simpulkan , moga aku tak bertemu lagi dengan kau ,
atau juga orang seperti kau . Itu lebih baik buat aku . :)

Moga masing - masing senantiasa dapat memperbaiki diri ,
Tahun berganti tahun , usia makin meningkat ,
Kehidupan terus berjalan dan kita sentiasa memerlukan sokongan ,
Tak semua orang mampu bertahan dan memahami kerenah kita ,
Moga diberikan dorongan dan petunjuk untuk memperbaiki diri . :)

Semoga perlindungan Allah senantiasa bersama kau , aku dan juga mereka semua .
Cuma apa yang diharapkan , semoga kau tidak terlalu jauh terhanyut dalam kehidupan yang semakin lama,
semakin berbeza corak kehidupannya .

Again! -____________-

Firstly , for those yang ada apply for SPA , (  bahagian Separa Perubatan ) boleh lah semak panggilan temuduga dekat sini , SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA . Hurm , aku dah pergi interview SPA ni , 3 kali dah . -__- Tapi tak pernah dapat pun . Kalau sebelum ni , panggilan temuduga , dia bagi 5 pilihan jawatan , kali ni 1 ja . 1 SAHAJA dan ianya JURURAWAT . -__________- Boleh tak kalau nak panggil temuduga , bagi jawatan lain . Aku tak mau jururawat laaa . *lemak kau ar main pilih - pilih bagai. Fine . -.-'

Kalau ikut hati nurani aku yang luhur ni >_< , aku tak mau pi dah . Tak mau dah pi interview ni . *ai, bunyi macam orang give up ja pun . Haha . Tak lah . Tak ada pasai nak give up . Temuduga kot . Mana boleh give up . Nanti nak kerja pun , lagi banyak interview kena pi . Kalau give up awai - awai , hai , alamatnya kena kahwin awal la macam gitu . *bunyi mcm best je. Huahuahua . 21,23 and 25 September 2011 ni , final exams for Pre-Law. Temuduga bila ? 

Klik untuk tumBESARan
27 September 2011 - Temuduga SPA . 25 September baru habis final , 27 temuduga , nasib baik MUET 13 October . -.-' Wah , terisinya cuti panjang daku nanti . Sementara surat temuduga ni tak sampai lagi dekat abah , boleh lah aku merehat - rehatkan telinga aku dahulu . Ni semua MUET punya pasal . Kalau tak mesti hidup aku tak jadi macam ni . Abah asyik tanya ja aku nak sambung degree nanti course apa , course tu macam mana , haisy! Abah kena paham jugak , FINAL EXAM along semester ni SUSAH! Huaaaa !!!! T.T

Oh MUET , fahamilah betapa aku terseksa keranamu . T.T Punah sudah segala impian gua nak masuk BLS . Gua kena paksa mintak SPA lah , dan paling azab bila gua kena repeat lu buat kali ke - 3 MUET! Kali ke - 3! Lu tau tak berapa ratus , ribu riban dah gua rugi kerana lu ?? 60x3 = RM 180 gua rugi kerana lu MUET. Sedangkan kalau gua tak kena repeat lu , gua boleh joli sakan der dengan duit tu . beli baju tambah koleksi pun bolehhhh . -.-' Betul lah kata orang , 3 KALI BARU AFDHAL . >_<

Tapi tak apa MUET , ini masa lu boleh main sama gua . Demi masa depan gua dan maruah gua *eh, apa kaitan pulak dengan maruah? Ada la! Gua pun nak jugak dapat BAND 4 macam kawan - kawan gua . Lu ingat gua tak malu ke ? Orang lain dapat , gua je tak dapat . Haih ! Malu seh ! Walaupun gua ni 50-50 je nak tak nak dengan BLS tu , tapi gua tetap ada cita - cita sekurang - kurangnya . T.T

Moga - moga final exam nanti aku boleh jawab dengan jayanya , GLOBAL, eco dan LAW! Masak lah ko ina . Padan muka nak sangat belajar asasi undang - undang bagai . Huaa ! Sesal dahulu pendapatan , sesal sekarang , sapa pun tak kesah . T.T

Contest Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!

Holla ^^ Hehe . Disebabkan aku tengok contest ni macam menarik je , makanya aku dengan rela hati (pernah ke orang paksa join?) nak masuk contest ni . Menang kalah tu belakang kira . Tapi kalau menang pun best jugak sebab hadiah - hadiahnya boleh tahaannn wa cakap lu! Ehem . Ok , keterangan lanjut dan kalau nak join bagai boleh pergi ke link ni : CONTEST

BESERIANS 2009
Kategori yang di join : Kategori 2 Gambar sewaktu zaman persekolahan :)

Whoooaaa .. Tengok gambar ni je memang mengimbau 1001 kenangan zaman sekolah dulu lah . Isk3 . (Kesat air mata jap.) -.-  Ok , gambar ni sebenarnya gambar kelas waktu dekat MRSM Beseri , Perlis dulu tahun 2008 - 2009 . Tingkatan 4 sampai tingkatan 5 . Kami warga Efficient . Hehe . Sewaktu gambar ni diambil , kami semua dalam Tingkatan 5 Efficient . :) Gambar ni diambil sehari selepas majlis Graduasi dan beberapa hari sebelum SPM menjelmakan diri . Hehe . Gambar ni lah yang paling memorable sekali sebabnya? Actually , dalam gambar ni , semuanya baru lepas menangis . Gambar ni diambil selepas majlis restu bersam guru - guru dan rakan - rakan seperjuangan . So , inilah gambar tearkhir kami . *Sebak pulak rasa kan . Isy3 . Hurm , sebenarnya sangat - sangat rindukan mereka semua . Ya , kami semua sangat rapat . Walaupun cuma rakan sekelas , tapi kami semua dah macam adik - beradik . We were just like a family . :) Sekarang semua dah dengan haluan masing - masing . Dah berjaya masuk ke menara gading dan tengah berjuang for the bright future . :) Good luck guys ! 

So , setakat tu je lah penjelasan bagi gambar di atas . Hehe . Kalau terang lebih - lebih nanti rasa syahdu je pulak . Kikiki . Sensitif sikit bab nak mengimbau nostalgia ni . :p 

P/s : Zaman sekolah adalah zaman yang paling best sekali . Sayangilah sekolah anda . *tetiba . Babai !

Kad top up pun ada cukai

Huaaa !!! *Hentak kepala dekat bantal . -.- Mari kita imbas semula sylibus ekonomi yang Madam aku ada ajar. Untuk menangani inflation , kerajaan akan menggunakan pendekatan , contractionary fiscal policy. Dalam pendekatan ni, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan kadar cukai (taxes). So, sekarang ni maknanya Malaysia tengah hadapi masalah inflation lah ek ? I see . -.-

Kepada sapa ni nak mengadu ? Aduan rakyat boleh takkk ?? *sigh . Semua benda nak cukai . Terbaru , 6% cukai dikenakan ke atas setiap pembelian kad prabayar . Sakit lah wey . 6% tu banyak kottt . Maknanya kad top up RM10 akan jadi RM10.60. Tu kalau ikot secara teori nya . Tapi , realitinya , memang akan ada kedai yang jual top up , jual dengan harga RM11.00 la lepas ni. Lagi senang diorang nak kira + boleh buat untung sekali. Haih!

Persoalannya , dah memang terdesak sangat eh ekonomi sekarang sampai nak top up pun ada cukai bagai . Cukai jalan , cukai pintu , cukai tanah , cukai jamban ?? -.- Semua benda nak bercukai . Tak cukup lagi ke ? Tapi Malaysia tak jugak maju - maju . >_<  Waaaa .... secara tuntasnya , aku tak setuju lah cukai prepaid ni!! Tolong lah pahammm !!! *eh, kisah pulak lah kan kerajaan dengan kau . *sigh

Crazy of you money!

Sekarang ni semua benda mahal . Makan mahal , minyak mahal , photostat , buku , yuran semuanya mahal . Mujur lah yuran pengajian tak kena cukai lagi . T.T Kalau tak mesti sekarang aku dah tak dapat belajar dah . Kena pergi mintak kerja dekat kampung lah gayanya . Paling lekeh pun mintak dekat ketua kampung nak ambik upah menoreh getah dekat kebun dia . T.T 

Nak berita lagi panjang boleh baca sini : GEMPAR TOP UP HANDPHONE CUKAI 6%

Habis otai ke dera kucing??

Whuaaa . T.T Kenapa ? Kenapa ? Kenapaaa ?? Sedih betul lah aku baca . Isu ni tak ada lah baru sangat , tapi baru lah jugak . Isu apa ? Isu penderaan kucing . Petknode - pusat jagaan kucing yang telah bertukar menjadi pusat penderaan kucing . T.T  Sampainya hati . Manusia ke tak hah ? Nak kata binatang , kucing pun tak dera sesama kucing tau tak ? T.T Aku sebagai salah seorang pemelihara kucing merasa terkilan yang amat . Kucing pun ada perasaan jugak .

If you didn't love me, let me go. I won't be a trouble for you. My life is easy.
Don't make me sick of you human!

Petikan berita : Sumber dari keadilandaily

Petknode adalah pusat penjagaan haiwan yang memiliki cawangan di Damansara Damai dan Desa Moccis di Sungai Buluh, Selangor.
Pada Ahad lalu, berita tersebar luas melalui laman Facebook dan Twitter tentang kucing-kucing yang kebuluran dan mati di pusat penjagaan itu.
Lebih memburukkan keadaan,  pemilik Petknode bersembunyi melarikan diri dan mengunci pusat penjagaan itu tanpa memulangkan kucing-kucing itu kepada tuan nya.
Mereka dilaporkan bertindak demikian kerana tidak mampu menguruskan kucing yang terlalu banyak dihantar ke pusat penjagaan itu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
Memang kejam lah . Huhu . Dah la melarikan diri tanpa bagi balik kucing - kucing tu dekat tuan dia . T.T Sadis betul . Memang mentaliti tahap paling bawah lah . Dah lah tak ada motif . Pergi dera kucing . Haih ! Banyak sangat ke dosa kucing tu dekat si pendera tu ? Kesian kucing - kucing tu . Teraniaya . Tau tak kucing tu haiwan kesayangan nabi ?? Tau takkk ?? Kalau lah kucing tu mampu nak mendera si pendera tu balik , baru kena dengan muka si pendera tu . Apa lah menganiaya haiwan yang tak berdosa . 
Tak mampu menguruskan kucing ?? Susah sangat lah pulak nak uruskan kucing kan ? Kucing tak demand lah ! Kucing tak mandi , tak sikat rambut ,*ye lah sbb dia tak ada rambut* tak perlu dibedakkan macam baby atau orang . Kucing cuma perlu diberikan makan . Paling leceh pun , kalau kucing tu diletak dalam sangkar , kena cuci sangkar dia kalau kotor sangat . Tapi sekarang dah ada banyak kemudahan dah nak jaga dan uruskan kucing ni . Ada pasir utk tempat dia membuang . Just tukarkan pasir tu aje bila perlu. Kalau bab makan pulak , kan dah ada makanan kucing . Dah namanya pun pusat penjagaan haiwan , tak kan tak mampu nak provide makanan kucing kot . T.T Ada whiskas , frieskies . Mcm - mcm lagi lah . Mudah , cepat dan mesra ! 
Be nice to me and I'll pray the best for you.
May God bless you. :)
Orang yang tak ada hati perut je yang akan buat benda - benda macam tu . Nonsense ! Langsung tak menepati ciri - ciri manusia selayaknya . 
“Dalam kes kekejaman terhadap haiwan, Akta Haiwan 1953 memperuntukkan denda sebanyak RM200 dan penjara sehingga 6 bulan sahaja.

Lebih baik tak payah ada akta lah kalau ada pun langsung tak relevan . Setakat denda RM200 tu , aku pun boleh bayar pakai duit elaun aku. -.- So, tak ada guna lah denda tu kan . Denda sepatutnya kena lah yang relevan , setimpal dengan kesalahan si pelaku tu . Baru lah memberi keinsafan . Nampak sangat undang - undang pasal penyeksaan haiwan masih dianggap remeh dan tak diendahkan di Malaysia. Kalau hak haiwan yang semudah ABC untuk dijaga tu pun kita tak mampu nak pertahankan , apatah lagi hak manusia yang ternyata lah lagi demand dan cerewet bagai ni kan . Macam mana nak maju kalau mentaliti kita masih di tahap rendah ?? >_< Oww .. mentang - mentang lah kucing tu haiwan , senang - senang je kucing diperkotak - katikkan . Kejam betul manusia . T.T

Kucing - kucing aku dekat rumah tu mesti bersyukur sebab aku tak pernah hantar diorang pergi pusat penjagaan kucing . Kalau balik beraya rumah nenek pun , mesti bawak balik . Tu pun bawak balik yang paling manja , yang tak pandai berdikari sikit tu , belang nama dia . Belang ni memang manja . Bulu pun aku yang sikatkan bila aku dekat rumah . Yang lain - lain tu selalunya letak dalam kawasan pagar belakang rumah . Itu pun ada jugak orang hati busuk cuba - cuba nak bagi kucing - kucing tu makan makanan beracun . Aku pelik betul dengan sesetengah manusia yang macam ni . Bodohnya mengalahkan binatang . Kucing tu kalau dia makan nasi pun , dia tak kacau nasi periuk kau . Yang nak sakit hati sangat tu kenapa . Sakit hati dengan tuan kucing , tak dapat bunuh tuan , bunuh kucing pun jadi lah ek ? Budus ! 

Berikut : Gambar keadaan kucing - kucing yang ditemui olehsukarelawan dalam misi selamatkan kucing - kucing yang didera di PETKNODE. sumber : NOTAkosong

dera kucing petknode 4 Kes kejam dan penderaan kucing PETKNODE Pet Boarding
Kesian . Terbiar dalam sangkar yang sempit tu tanpa air , makanan .
Kejam ! T.T
dera kucing petknode 2 Kes kejam dan penderaan kucing PETKNODE Pet Boarding
Entah apa perasaan kucing - kucing ni. 

dera kucing petknode 1 Kes kejam dan penderaan kucing PETKNODE Pet Boarding

dera kucing petknode 5 Kes kejam dan penderaan kucing PETKNODE Pet Boarding

dera kucing petknode 3 Kes kejam dan penderaan kucing PETKNODE Pet Boarding
Ini yang paling sadis sekali . Dah lah bulu dia sama macam kucing aku yang nama Putih dengan Comey tu. Aku tak boleh bayang kalau kucing aku orang buat macam ni. Mau je aku sumbat - sumbat kepala si pelaku tu masuk dalam sangkar kucing ni!

Kisah penuh tentang penderaan ni ada disiarkan dekat web ni : http://www.myanimalcare.org/

Daripada gambar - gambar ni pun dah terbukti yang sememangnya kucing - kucing ni tak diberi makan selama beberapa hari atau mungkin berminggu - minggu sampai ada beberapa ekor kucing yang telah ditemui mati ! MATI!! Semua kucing - kucing ni ada pemilik dan adalah amat mustahil lah kucing yang ada pemilik jadi macam dalam gambar - gambar ni. Kurus , tak bermaya dan sampai nak berdiri pun dah tak larat dah. Kejam betul lah ! T.T Aku nak tengok pun tak sampai hati dah . Ada video , tapi aku tak tengok . Nak tengok gambar ni pun dah tak sanggup , tengok video lagi lah . Apa la nasib kucing - kucing ni . T.T

P/s : Mujur masih ada yang prihatin . Pasukan sukarelawan KTAJ . :) Kepada si pelaku , semoga kau dapat balasan setimpal . kalau tak di dunia , di akhirat pastinya ! 

Jenis - jenis kawan dalam dunia!

Holla^^ Salam Syawal buat semua . Hehe . Ok , tajuk entry melebih selalu . Kawan . Antara yang paling penting dalam hidup kita , lepas family . Dekat sekolah, kampus , kelas , bilik , toilet (eh?) kawan lah segala - galanya . ^^ Pendek kata , di mana - mana pun , dengan kawan . BFF lah katakan . *sigh

Percaya atau tak , orang yang kita selalu pilih untuk jadi kawan kita, kebiasaannya mempunyai characteristics (heh?) atau pun mesti kena ada iras - iras sikap , habit atau perangai dia yang sama atau mirip dengan kita . Dalam erti kata lain , nak jadi kawan kena ada chemistry . *kelas kau jah.  Pendek kata, kalau orang tu contra dengan kita , memang tak kan jadi kawan lah . Kalau kawan pun , biasa - biasa je lah . Ibarat kenal tak kena mcm tu lah kannn . *sigh lagi. Pendek kata, kawan itu ibarat cermin kepada dirimu . Macam mana kawan kau, macam tu lah kau . *tak semestinya lah wey. Eh pulak ? Kata BFF . Mesti lah sama kan ? Kalau BFF I tu hot , I lagiii hott !! * sigh dgn mata juling.

Kalau kawan yang tak ada chemistry atau persamaan dgn kita , biasanya persahabatan tu tak kan berjaya . Dalam kata mudah , kalau tak 'kamcheng' (betul ke aku eja? Belasah je la jah) memang takk lahhh payah lah nak jadi kawan . Mcm mana nak jadi kawan kalau asyik x sependapat ? Ye lah , kau cakap A , kawan kau cakap B , tapi konon nak buat sesama jugak . BFF kannn !! Hidup mati setia bersama *sigh lagi. Tapi realitinya , kawan ketawa mudah dicari , kawan menangis kau tinggal lah sorang - sorang. Tak kuasa aku nak melayan . *BFF kan !-.-

Jenis - jenis kawan yang kita boleh dapat di pasaran dunia :

1. Money friends
Ehem . Pelik je pulak nama jenis kawan yang ini kan . Huehue . Kawan kategori ni adalah jenis kawan yang memang-sah-lagi-sahih dan terang-tang-tang lah memang kawan APA PUN TAK BOLEH! Kawan jenis ni adalah kawan yang langsung tak faham sebab apa dia perlukan kawan . Bagi dia, selagi kau boleh bagi benefits dekat dia , selagi tu lah dia kawan kau. Erm, dalam bahasa mudahnya, sebenarnya dia tak nak pun kawan dengan kau , tapi dia kawan dengan duit kau. *sigh. Kawan jenis ni senang je nak detect. Menjadi kebiasaan bagi golongan kawan ini memilih kawan. Kawan bagi dia adalah kawan yang ada duit, orang berada atau pun sekurang - kurangnya setaraf atau tinggi sikit taraf dari dia. No money, no friends! Materialistik punya kawan. >_<

2. Hot friends
Hot and spicy. :p Kuang3 . Kawan mcm ni pulak selalunya yang ala-ala dan bajet hot chicken girls gitu . Kalau perempuan lah. Kalau lelaki apa pulak eh? Hot guys? Erk! Geli youu . Mcm gays je bunyik nyeww. :p Selalunya lah kan , kawan jenis ni , pun kategori memilih kawan jugak . Kalau dia rasa diri dia cantik lah kan , dia je lah rasa padahal tak cantik mana pun  dia akan kawan dengan orang yang cantik - cantik juga . Selalunya akan form group lah kan . Mcm geng totally spies . (eh?) Kuang3 . :p  

Hot kerrr ??? -.-

3. Busuk hati friends
Neno neno neno . Haha . Ni jenis kawan yang paling laku sekali di pasaran dunia sekarang . Hotsetuuuufff! 
-.- Tahukah anda , kadang - kadang orang yang menjadi kepercayan kita lah sebenarnya yang akan mengkhianati kita. Sebab tu nak percaya kan orang , berpada - pada . :)  Manusia ni rambut sama hitam , hati lain - lain. Sedangkan haruan pun makan anak . (eh?) Kawan jenis ni adalah orang yang jenis lebih suka melihat kesusahan orang lain. Senang terjemah *heh! jenis kawan yang tak boleh tengok kawan senang lah. Mereka ini adalah jenis kawan yang ada PhD stand for perasaan hasad DENGKI. Kalau boleh , orang tak boleh lebih dari dia. Dari aspek apa pun. *wah - wah ini macam pun ada ka? Pergi hidup dekat Pluto lah woi! Boleh lah semua kau yang lebih. Sorang - sorang kan . -.-

4. Secrets mariii friends
Heh! Kategori ni pulak adalah kategori kawan yang mukanya ibarat tepung talam . (eh?) Muka bertalam - talam. Lebih mudah , jenis kawan yang memang berkawan sebab ada agenda tertentu. Ada udang di sebalik mee udang. Kawan jenis ni adalah orang yang suka menyibuk tepi kain orang sebenarnya . Contohnya, dia kawan dengan kau sebenarnya sebab dia nak korek rahsia dari kau. Maybe dia nak korek rahsia dekat mana kau beli selipar jamban kau yang cantik dari selipar jamban dia tu ke . Please lah! *Don't take it seriously pulak. Contoh je . No offence and no comment! Buwek! *muntah hijau lumut. Jenis kawan mcm ni lah yang paling bahaya sebab kawan jenis ni lah yang selalunya kawan makan kawan . Gunting dalam lipatan . Mayat dalam keranda . (hah???) 

5. Setia kawan
:) Sebenarnya , ni lah jenis kawan yang kita cari dalam erti persahabatan . Kawan yang sudi berkawan dgn kita seikhlasnya tanpa sebab . Bukan sebab kita anak orang berada , anak Dato' , panglima , atau raja sekali pun. Bukan sebab rupa paras kita atau harta benda kita . Ye lah , mentang - mentang aku ada kereta , tiba - tiba ja semua jadi kawan aku kan . -.- Oh , itu contoh sahaja . Aku tak ada kereta hatta basikal sekalipun aku masih tak mampu miliki . :'( Mesti orang tak nak kawan aku lepas ni . :p Hehe . Kawan yang benar - benar kawan adalah kawan yang selalu di sisi kita , susah , senang , gelak , tangis. Walau dalam apa jua keadaan , dia tetap kawan kita . :) Kawan yang baik adalah kawan yang bila kita bercerita, dia sudi menjadi pendengar setia, bila kita berduka, dia sudi menjadi penghibur , ketika kita susah, dia sudi menjadi pendorong dan ketika kita alpa , dia sudi mengingatkan. :)

P/s : Berkawan biar beribu , bercinta biar satu . :) Musuh ? Biar non - ado . Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...