Ehem! Fuhhhhhhh!! ( Tiup habuk-habuk dalam blog) Ewah, dah macam rancangan TV3 Fuhhh! yang Awal Ashaari jadi pengacara tu pulak . Wakaka ... Pe kejadah entah pempuan ni.. Hurm , rindu betul betul betul dekat blog ni. Walaupun blog ni buruk , hodoh , dan sebagainya , cuma ini aje lah satu - satunya blog yang paling disayangi . Well , blog je buruk , hodoh tapi the owner , ehem ! Comel , cantik , cute , kacak dan bergaya . (Bercakap sambil muka mintak penampar ) Panggg!! Disebabkan rumah saya tak ada internet , wifi , modem , (walaupun semua tu sama aku tetap nak sebut jugak sebab nak bagi entry ni panjang ) ada broadband tapi tak ada duit nak bayar , makanya terpaksalah saya mengabaikan blog ini seberapa lama yang mungkin . Hahaha . O.o 

Ok , malas nak mengarut lebih - lebih . Sebab aku terlalu banyak melayan novel sepanjang cuti ni , makanya fikiran , jiwa , dan perasaan aku sepanjang masa melayan mood jiwang dan cinta je . Anybody can help me ? Puiihh! Speaking sokmo MUET Band 3 jugakkkkk ... Kui3.. 

Realiti tak seindah Impian :)

Bercinta. Memang mudah nak bercinta, mencinta, dan dicinta tapi nak mengekalkan hubungan percintaan tu, tak semudah yang disangka. Bukan mudah juga nak membiarkan diri untuk terus dicintai seperti mula-mula bercinta dan sukar juga untuk terus mencintai bila sebenarnya kita masih terus mencari kesempurnaan dalam hubungan percintaan itu. Cinta. Mungkin sebenarnya tentang dua perkara, dua hati, dan dua insan yang berbeza, kekurangan dan kesempurnaan yang melengkapi diri masing-masing. Itu dipanggil cinta.

Lumrah, bila diawal usia percintaan, janji manis,taat dan setia ditaburkan. Mengapa mesti bersusah payah mendapatkannya kalau di akhirnya, sekadar ingin mensia-siakannya? Ya, kenapa mesti berani mencuba kalau diakhirnya tidak pernah berani untuk menghadapi kesan dan akibatnya? Cinta bukan perjudian ataupun percubaan. Cinta itu janji. Perjanjian untuk saling membahagiakan, berjanji untuk setia mempertahankan hubungan yang terbina semampu yang mungkin. Banyak yang merana kerana cinta, bukan kerana perpisahan tetapi kerana pengkhianatan. Kenapa berani menabur janji setinggi gunung, kalau diakhirnya mengalah kerana insan yang dicintai memberi harapan jua setinggi gunung?

Cinta itu harus dikemudi. Di awal usia pelayaran hubungan percintaan, pengemudinya tahu ke mana arah yang dituju, destinasi yang ingin dicapai. Namun, bila di tengah perjalanan, bila ada ribut yang menghentam, ada taufan yang melanda, ada badai yang bertandang, pengemudian hilang arah. Sudah lupa atau sebenarnya mengaku kalah? Sekelip mata sahaja, pengemudi lupa arah yang dituju, destinasi yang ingin dicapai dan paling utama, ada hati yang sebenarnya terluka. Memang. Hati manusia selalu berubah-ubah. Perangai manusia juga berubah-ubah. Manusia tidak pernah tetap. Selalu berubah-ubah mengikut kata hatinya sendiri.

Kenapa hakikat cinta tak selalunya seindah yang diharapkan? Salahkah kalau memberi harapan setinggi gunung? Salahkah kalau mengharapkan cinta yang disemai berakhir dengan sebuah hubungan cinta yang kudus? Salahkan diri jika pernah ada kekurangan dalam perhubungan? Dan salahkah jika diri terus mengharap yang cinta itu akan kekal mekar seperti di awal usia perkenalan? Jika salah, apa tujuannya bercinta? Tak usah bercinta kalau tak pernah mengharapkan bahagia, tak perlu berkasih kalau tak pernah tahu balasan berkasih, dan tak perlu memberi sayang kalau pengakhirannya cuma sebuah kelukaan. Cinta bukan alat permainan. Jika cinta alat permainan, maka hati sebenarnya satu perjudian. Tak usah memperjudikan hati kerana hati yang remuk, tidak akan pernah sesempurna asalnya walau dicantum berkali-kali.

Jika sedang bercinta, haruslah sedar ada saat ombak besar bakal melanda, tabahkanlah hati, kerana mendapatkan kebahagiaan samalah seperti mengharapkan kejayaan. Tak pernah datang bergolek dan sentiasa menuntut sebuah pengorbanan. Jika baru ingin bercinta, haruslah percaya, ada tika, kemanisan cinta seawal permulaannya tidak kekal, akan hilang atau pudar jika tiada yang cuba menggilapnya semula. Jika pernah bercinta, haruslah akur, cinta yang terbina bukan satu kesilapan, tetapi satu kenangan. Permulaan cinta adalah takdir, dan pengakhiran cinta jua takdir. Kerana takdir kita bertemu, dan kerana takdir jua kita terpisah. Cinta sejati mungkin satu kisah dongeng melainkan cinta abadi kepada Ya Rabbi. 

P/s : Thanks for those yang sudi singgah blog tak seberapa saya ni walaupun tak ada apa yg menarik sangat pun . I will visit you back, soon . Promise ! Hehe :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...