[Gambar] Dday

Fuhh! Dah lama tak buat entry and jenguk blog since start sem baru and now ada lah masa free sikit before kembali busy dengan study week. Wait, what?? Final exam dah dekat?? Omaigaddd. Baru ku sedar. Eheeee~
So, what's Dday. Ha, tengok tak cerita Korea tajuk dy Room mates or juga dikenali sebagai cerita tajuk Dday. Seram seyhhh. Takot. Tapi macam impossible pun ada itu cerita. Sort of tak logikkkk jeeeee cerita ni. Tapi aku layan je. Huhu.
Awal Disember hari tu, 6hb Disember 2012 fakulti untuk kos Pendidikan Khas yakni kos yang aku ambil ni buat satu majlis untuk meraikan pelajar yang dapat dean list a.k.a student skema. Hahaha. -___- Nak kata meriah sangat tu tak ada la meriah sangat sebab tak ada majlis makan besar - besarrrrr. Aku pergi pun semata - mata nak makan besarrrrr. Huhu. Tapi ok lah, sebagai balasan aku rembat bihun goreng sampai 4 bungkus. #Tamak.
So, layan gambar je untuk entry ni. Antara kos yang bernaung bawah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia ni adalah kos Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pendidikan Khas, Bimbingan dan Kaunseling dan Psikologi. Ramai jugak yang hadir tapi paling excited adalah budak sem 1 macam aku dan rakan-rakan.  >_<

Lengkap! 16 org daripada 33 org batch daku.. Huhu. 

Makan makan makan! Hee~

With bestie, classmate and also housemate! 3 in 1 you alls. Hehe. Hope this sem kita sama-sama dapat lagi walaupun banyak kali ponteng kelas olahraga. Ops! :p

We have joy we have fun we have season in the sun. :)

Before heading home... Give a pose first. Ahaks.

Me! In sha Allah, kalau ada rezeki, semester ni hope dapat peluang untuk result yang baik lagi. :)
Thanks my debab for always be supportive to me! Iloveyou!

The one and only. Love. =)

Pudar

Tajuk kenapa jiwang? Kenapa tajuk jiwang semacam? Tajuk macam jiwa kacau kenapa? Hah, berbelit - belit. Mungkin pudar macam pudar lagu Rossa yang hot dulu tu, 

'Ku rasakan pudar dalam hatiku, rasa cinta yang ada untuk dirimu.... ooowwwoooww' -______-
*Absolutely jiwa kacau*

Mungkin macam tu lah rasa hati aku kot. Pudar warnanya ibarat pudar warna baju kurung baru aku dek terkena peluntur baju housemate. *Dangg. Apakonamongonanya ekau ni* Maaf, tersasar topik. Hurm.

Pernah tak dengar pesan orang tua - tua,
"Bertunang tak elok lama - lama."

Kenapa ye? Kenapa orang tua - tua pesan begitu?
Ada yang tahu tolonglah bagi jawapan.

Aku bertunang? Eh, tak. Lambat lagi. Tak ada bayang - bayang bakal bertunang pun lagi. Masih terkapai - kapai di tahun pertama di universiti ni. Hurm. Cuma nak tahu je preparation untuk bila dah bertunang nanti, boleh bagi alasan kukuh dekat family tak nak bertunang lelama. Bukan apa, tak ada strong reason nanti takot orang cakap anak dara gelojoh pulakk. Hihi. *gedik* >________<

Pernah terfikir, macam mana lah pasangan yang dah berumur macam atuk dan nenek boleh kekalkan dan pertahankan hubungan cinta diorang sweet bagai sehingga dah menginjak usia tua sebegitu. Bukan senang, kan? Tengoklah zaman sekarang ni, ada je yang baru masuk anak seorang, suami isteri dah tak tidor sekali dah, makan pun dah tak semeja, keluar shopping pulak, suami menonong dekat depan, isteri sorang - sorang dekat belakang sambil kendong anak. Dah hilang dah kemanisan dan sweet -sweet moments bagai ni. 

Ada orang cakap maca bercinta je manis. Semuanya manis. Kentut pun wangi macam perfume. Hiperbola sangat. Sepak laju - laju baru tau. Tapi tak jugak sebenarnya. Ada je yang bercinta, masa mula - mula je manis. Sebulan pertama, iloveyou duapuluhempat jam tak lekang di mulut, busy macam mana pun tak kesah nak bermesej / call jugak, cakap pun nada macam dalam kelambu, lembut habis kalah sotong, wall post sweet jadah semua dekat Facebook tanpa segan silu, ye lah nak buktikan cinta. Ajak jumpa kalau boleh 24/7 nak jumpa selalu. Busy macam mana pun tak kisah nak jumpa jugak jugak!

Tapi, bila dah 3, 4 tahun bercinta, dah tak ada dah semua tu. Dah tak ada masa dah nak mesej / call selalu, even 1 mesej sehari pun dah tak sempat dah sebab busy sangatttt, nak post2 dekat Facebook pun dah segan silu baru sedar malu orang tengok kawan baca semua, cakap pun kadang - kadang bertempik ikut suka sekuat - kuat alam kalau boleh, nak jumpa selalu je ada alasan busy busy busy seratusduapuluhempat jam, dah hilang dah nada lembut macam sotong. Manusia memang selalu berubah.

Tapi, itu tak kisah lah. Baru pasangan bercinta. Masih ada masa untuk berundur, belum terlambat. Tapi kalau suami isteri yang jadi macam tu? Sedih kan? Kalau dulu masa awal perkahwinan, suami romantic sangat. Makan bersuap, duduk semeja, kalau boleh makan pun nak sepinggan secawan semua sekali lah. Sayang sangat dekat isteri. Tidur kalau tak sekali, tak lena tidur. Jalan pun nak pimpin - pimpin tangan. Tengok album kahwen seratusduapuluhempatjam pun tak apa, tak jemu. Seronok. 

Tapi, bila dah 3, 4 tahun masuk alam perkahwinan. Macam - macam benda dirungutkan dekat isteri. Jalan pun sorang di utara, sorang di selatan sehabis jauh yang boleh. Anniversary pun buat - buat lupa. Bila isteri merajuk cakap dah tua - tua pun nak merajuk lagi. Tidor pun kalau boleh nak beli katil bujang sorang satu, satu bagi isteri, satu bagi suami. Album kahwin dah lepas entah ke mana dah terbiar berhabuk. Kenangan lama buat apa nak dikenang katanya. Hurm.

Memang macam tu ke sifat manusia? Jangan cakap yang dah kahwin, yang baru duk bercinta ni pun ada je yang macam tu. Awal perkenalan dulu je manis semuanya. Makin lama makin pudar. Belum lagi menjengah alam perkahwinan. Mungkinkah akan semakin pudar dan sudah tak ada serinya lagi nanti? Entahlah. Mungkin sebab tu orang berpesan, 'cinta selepas nikah itu lebih indah.' InsyaAllah. Semoga kemanisan itu akan bercambah jua suatu hari nanti.

P/s : Sekadar luahan rasa. 

Layan...

Entry ni ditaip ketika semua mahasiswa dan mahasiswi yang lain sedang berada di dewan besar untuk majlis pelancaran penyerahan kad sisiwa di UPSI dirasmikan oleh Dato' Rais Yatim. Aku ingatkan majlis tu tak se - gah mana tapi tadi kawan mesej, 'woi, rugi siot ko tak dtg. Ada Fahrin Ahmad bla bla bla.' 'Ada nyanyi - nyanyi lagi, haa. Best.' Aku mula - mula macam, 'alah, taktik ar ni dengki sebab aku tak pergi. Padan muka kena dengar ceramah they all ni.' Wakaka. 

Then, few minutes later, phone berbunyi. 'Wei, dengar tak suara Fahrin Ahmad tengah bercakap? Dia jadi pengacara kot.' Haha. Aku rileks lagi. 'Eleh, sore Rais Yatim ko pandai - pandai nak putar belit cakap suara Fahrin Ahmad. Blah la. Aku nak tido. Jgn lupa bwk balik mkn free dkt aku.' Kwn aku bengang kot. 'Woi, tak nak caye sudah!' Hahaha. Then, aku pun ok la. Percaya. Alah, Fahrin Ahmad, aku dah biasa jumpa lah. Kamcheng gila time kecik - kecik dulu. *Mimpi*

Tension betoi. Aku mati - mati tak nak pergi sebab ingat tak best. Ingatkan dengan kehadiran Rais Yatim, mesti majlis formal semata - mata. Rupanya tidak. Ada konsert percuma and the best thing is 'Semua kelas officially dibatalkan untuk hari ini.' Dahsyat. Nasib aku memang tak ada kelas hari ni, so tak payah ganti. Harhar. Ye lah, mana tak ada konsert percuma, Rais Yatim tu bukan Menteri Kebudayaan ke? #Eh Betol tak? Correct me if I'm wrong. Pengetahuan am aku memang terok. Dangg. Kena improve before g interview biasiswa nanti. Wakaka.

So, back to the topic, lama tapi tetap layan? Apakah? Ya, inilah tentang movie lama - lama dari zaman aku kecik tapi masih tetap layan sampai sekarang even dah besar godang. Hihi. Cuti hari tu, sebab tak dapat balik beraya dekat rumah, internet kolej gila kencang, so boleh layan movie sepanjang minggu. Ohsem.

1. Sabrina The Teenage Witch
Cerita ni seingat aku mula dari zaman aku umur 8 tahun lagi, kot. Aku suka cerita ni sebab aku sukalah. *Mintak penampar. Haha. Main interest aku dalam cerita ni adalah the black cat! Hehe. Kucing hitam ni penjaga Sabrina, yang ada keturunan ahli sihir or witch. So, masa hari jadi ke - 16, barulah Sabrina officially diiktiraf sebagai witch. Bermula dari umur Sabrina 16 tahun baru dia diberi buku yang ada kandungan jampi serapah /sihir oleh dua orang mak cik dia yang bertindak sebagai trainer dia. Masa aku tengok kecik - kecik dulu, cerita ni tayang dekat tv channel berapa aku tak ingat tapi dia by episode. Right after cerita Pokermon. Haha. Aku kecik - kecik layan Pokemon. Wawawa. I like Pikachu. Pika, pika, pikachuuuuuu. Renjatan elektrik. Danggg~

Tapi sekarang aku layan dekat Youtube je tu pun Sabrina The Teenage Witch Movie. Best jugak. Rasa macam zaman kecik - kecik. Haha. Bezanya, zaman kecik - kecik kena ada subtitle, zaman besar ni x ada subtitle pun boleh layan jugak even paham sikit - sikit tapi buat - buat paham jugak. Kahkah. -.-" Kalau kecik - kecik dulu, tak faham sikit, 'mama, dia cakap apa tu, mama? 'Mama, dia cakap iloveyou ke?' Last - last mama menyampah nak layan. 'Hang tengok cita melayu la senang. Penat mama nak jadi jurubhs hang.' Pap! Tukar channel. Sedih. Sobsob.

Layan full movie of Sabrina The Teenage Witch The Movie :
http://www.youtube.com/watch?v=zboblFg8uP8

2. A Mom for Christmas
Aku suka movie ni walaupun mungkin sekarang aku patut tengok movie yang lebih matang. Huhu. Alah, nama pun lama tapi tetap layan. Movie ni memang memenuhi selera kanak - kanak aku. Hihi. Kanak - kanak perempuan yang dah lama tak ada emak sebab emak dia meninggal masa umur dia 4 tahun. Then, dia jumpa seorang mak cik ni dekat kedai pakaian yang banyak patung. Sebab dah dekat dengan Christmas, mak cik tu tnya dia, apa yang dia nak untuk hadiah Christmas dan dia ceritalah, she wants a mom for christmas. Mak cik tu hadiahkan dia seutas rantai dan suruh dia make a wish. That night, her wish came true. Tetiba je ada seorang lady datang rumah dia. Tapi, perempuan ni walaupun dia jaga budak perempuan ni macam anak dia, tapi tetap tak sama macam mak sendiri sebab macam - macam amasalah yang timbul masa perempuan tu datang rumah budak ni. Huhu. Dari manakah asal - usul perempuan tu sebenarnya?

Hihi. Perempuan tu sebenarnya patung yang kononnya dihidupkan oleh mak cik dekat kedai pakaian tu. Patung jadi perempuan dan kemudian jatuh cinta dengan ayah budak perempuan tu. Hurm, aku suka sebab impossible sangat cerita macam ni. Budak - budak memang suka cerita dongeng, kan? Dulu lah. Sekarang ni aku tengok budak - budak lagi suka Ipad and so on. Duh!

Full movie :

3.  Barbie
Haha. How old barbie were, aku tetap suka layan cerita Barbie sebab cerita dia comel sangat. Nanti ada anak pun aku nak dia tengok Barbie jugak. >_<  

Cerita Barbie ni lain sangat dengan kartun - kartun lain, bagi aku lah. Maybe sebab character dia buat aku rasa macam bestnya jadi macamBarbie. Stylish. Hoho.  Barbie ni lagi macam - macam series ada. Memang bila aku tension buat assignment, keja layan Barbie sampai aku jadi lagi tension sebab tak boleh stop tengok. Dah tu, bila aku boleh siapkan assignment aku nyerrr. Hahai. -.-"

The most lovely Barbie yang aku suka tengok is Barbie The Princess Charming School. Sebab? Sebab aku rasa mesti lagi rajin pergi sekolah kalau ada sekolah macam dalam cerita Barbie tu. Locker sorang satu, uniform sekolah yang so fashionable not just putih dgn kain biru gelap (sekolah rendah), ada crown lagi, subjek di sekolah yang ohsem iaitu tatatertib menjadi princess and not maths, sains, kajian tempatan, etc. Kahkahkah. This is real fantasy. But who cares. Aku tak kesah sebab kalau tak dapat dalam realiti, sekadar imaginasi pun dah cukup. Hihihi.

Full Movie :

Haha. Lain - lain macam Sailormoon, Cad Captor Sakura, Doraemon, fevret gak tu. Haha. 
Ok, bye.

Sikap lelaki yang perempuan tak suka

Entry kali ni nak kongsi pasal sikap lelaki yang boleh buatkan perempuan tak suka atau pun tersinggung. Tak kesahlah kalau yang dah kahwin atau belum. Semua ni aku ambil dari forum sebab aku rasa macam ada betul je. Hewhew.

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macam mana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

9.MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

10. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

11. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

12. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWE bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolehlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

Sabar itu indah.

Someone asked me : 
"How could you be strong enough to face all this things. If I were you, I can't bear this."

I just keep smiling. He is not the first one who asked me the same question. Yea, same QUESTION. I just have one QUESTION to ask them back and I hope they would have answers for that, perhaps just one answer is enough.

"Why are you asking me that? My life is not even determined by myself. Ask Allah if you wanna know more why I need to face all this things."

Rude? Maybe, but it's fact. 

Semua yang berlaku dalam hidup kita, bukan ketentuan kita. Pernah tanya, kenapa orang pekak itu pekak? What the answer would be? Yes, takdir. Qada dan qadar. Itu yang telah tertulis sejak azali.

“Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)

Memang, kadang - kadang bila kita tengok orang susah, kita mungkin tertanya - tanya, "Macam manalah dia boleh hidup macam tu?"

Kalau kita ada kehidupan yang baik, jangan lupa pada yang tidak bernasib baik. Setiap orang ada bahagian ujian masing - masing.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

I have my own part. Don't ask me 'how I can bear this, but keep reminds me, semoga kau redha dengan ujian yang diberikan kepada kau." So that I'm not losing spirit and always bear in my mind that I need to redha. Not to blame others or blame myself.

Bila kita menghadapi sesuatu masalah, sedaya upaya kita akan cuba mencari jalan penyelesaian kepada masalah kita. But, what would be if there is no way out for that problem? Tak mungkin. Tak mungkin tiada jalan penyelesaian. Yakinlah, setiap masalah itu ada jalan keluar dan penyelesaiannya. 

Bagi setiap masalah dan ujian yang ditimpakan ke atas kita, jalan penyelesaiannya sudah tersedia. Walau beribu pilihan jalan penyelesaian yang ada, kita akhirnya tetap akan memilih jalan yang satu ini.

SABAR. Di setiap ujian itu, sabar merupakan jalan penyelesaiannya. Bila kita dicaci, bersabarlah. Bila kita dikeji, bersabarlah. Bila kita kesempitan wang, bersabarlah dan berusahalah kerana rezeki itu tidak datang bergolek melainkan kita berusaha untuk mencarinya. Itu fitrah. 

Ada yang bertanya, "Macam mana kau boleh bersabar sampai macam ni sekali?"
Jawapannya, mohonlah kepada Allah. Memang bukan mudah nak bersabar. Kita hanya manusia biasa, bukan maksum seperti Rasulullah s.a.w. 

Ada yang berkata, "Sabar aku pun ada batasnya."
Tidaklah dinamakan sabar jika masih ada batasnya. 

Seteruk mana pun ujian yang perlu kita tempuh, sedahsyat mana pun kita dianiaya, sejauh mana pun kita diumpat keji, sabarlah. Kebenaran itu akan terbentang bila tiba masanya. Insyallah..

Respon: Innocence of Muslim

Heyyyy people! Herrr ~ Okay, I thought mesti semua orang dah tahu pasal filem Innocence of Muslim yang dah mencetuskan satu kontroversi yang maha hebat terutama bagi umat Islam sebab filem tu dah menghina Nabi junjungan kita, Rasulullah s.a.w. Macam - macam respon yang ada daripada umat Islam sendiri dalam usaha menentang dan mengecam pembikinan filem tersebut. 

Ada yang buat group dekat Facebook, sebarkan poster di Facebook, post video kritik di Youtube and so many ways lagi lah. So, here I brought to you something to share about this. Respond yag aku rasa sangat brilliant berkaitan isu innocence of muslim ni.

https://www.facebook.com/photo.php?v=4813487817903

Film Review: Aku Terima Nikahnya

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam! Kalau lembu, kambing ada peluang belajar dekat universiti kan, surely diorang refuse untuk balik kampung bila hari raya aidiladha. Wakaka. #Ifyouknowhatimeans. Well, aku sedih sikit - sikit je sebab tak dapat balik beraya dekat rumah. Tak apa, raya haji dekat kolej ni pun best jugak kott. #Sedapkanhati. >_<

So, mission accomplish! Tergedik - gedik nak tengok Aku Terima Nikahnya sangat hari tu then dah dapat tengok dah with my debab. Hee~ Overall, not bad la sebab aku memang sukaa tengok cerita sad romantic yang penting ending dia adalah happy. Kalau tak, aku nak pergi mengamok depan kaunter tiket wayang tu mintak pulangkan duit tiket aku. Hahaha. #Gila

Adaptation from a novel! <3 center="center">

Aku Terima Nikahnya ni berkisarkan cerita pasal pasangan suami isteri yang baru berkahwin, #PengantinBaru. (Nora Danish and Ady Putra) Aku rasa diorang ni serasi since diorang berlakon dalam cerita Tentang Dya dulu tu yang oh my God ending memang tak disangka - sangka. Mujur tayang dekat tv! Huu ~ 

Then, dengan secara tiba - tiba semuanya berantakan bila Ady Putra accident dan mengalami amnesia. Dah lah amnesia, then satu - satunya perkara yang dia tak ingat adalah pasal perkahwinan dia. Haaaaahhh. Memang la aku rasa macam alaaaaa, why why whyyy. #Emo. Sebab the last moment yang Ady Putra ingat before dia accident adalah time birthday party dia yang ke 31 which is before dia kenal isteri dia si Nora Danish tu lagi. Sedih kan kan kan? Ke aku je yang emo lebih? Ah, tengok citer macam ni kena ada empathy baru feeling, okeyh! -.-"

So, starting from that moment lah si Nora Danish terpaksa fight for her marriage. Punya lah lama si Ady Putra ni nak pulihkan ingatan dia dan selama tu jugak lah semua sweet adegan non - ado. Yang ada, Ady Putra layan Nora Danish macam stranger. Tapi, aku suka semangat Nora Danish dalam cerita ni sebab dia langsung tak jemu untuk berusaha tawan balik hati suami dia yang dah tak boleh plus tak ingat dia tu dah beristeri. Memang sedih and if this happen in real life, I would do the same sebab who knows, this is a test for both of us. Setakat pandai ucap 'iloveyou' is nothing until we pass a test. #Lagakmotivasi

And, sedih bila once moment, Nora Danish dah tersalah faham dengan satu situasi and she asked for divorce. Huargggghhhh! Kenapa menyerah di penghujung cerita?! But hey, still happy ending there. Haha. Ady Putra pulih semula ingatan dia at last. ;) #Sukasuka

So, for rating I give 8/10. Ok la, not bad sebab adegan sweet tak banyak. Wakaka. Boleh pulak kan. Heerrrr ~ 

Next movie, Sinister. Diorang cakap best! Tapi aku tengok poster seram! Haaa.

Film Review: Hantu Kapcai

Macam dah lama je tak tengok wayang. Rasanya lah sebab cuti 3 bulan memang duduk rumah je memanjang. So, last weekend baru ada kesempatan pergi tengok wayang sebab dating. Hehe. So, si debab pilih nak tengok cerita Hantu Kapcai tu pun dah midnight movie yukk. Hewhew. Nak tengok Aku Terima Nikahnya tapi minggu ni baru keluar. Alahai. Lambat betol.
Hantu Kapcai ni pun not bad la sebab lawak dia boleh tahan. Zizan berlakon. Aku memang suka dengan Zizan sebab dia memang lawak. Haha. Genre sama lah untuk tiap - tiap filem melayu berkisarkan kehidupan mat rempit cuma cerita ni lain sikit sebab ada selit mood keinsafan gitu. Haha. Dah nak macam cerita Korea tajuk 49 days pun ada sebab roh si Ajib (Zizan) boleh pulak merayau - rayau selama 40 hari sebab dia tak bayar hutang, menyusahkan mak dengan adik dia pulak.
Semua bermula bila Ajib (Zizan) meninggal dunia masa tengah race (merempit haram) dengan geng Remy Ishak. Haha. Remy Ishak memang lain dalam cerita ni sebab selalu aku tengok Remy Ishak bawak watak hero - hero stock kacak - kacak je kan. Haha. 

Fizz Fairuz pun boleh tahan je lawak dalam cerita ni sebab bawak watak lurus bendul. Haha. Imam muda lah kononnya so Fizz Fairuz ni lah antara satu - satunya orang yang nampak arwah Ajib (Zizan) tu so dia lah yang kena tolong Zizan tu settle kan perkara yang masih belum selesai.
Apa yang aku suka dalam cerita ni, Neelofa pakai tudung woo. Aku tak kenal mula - mula last my debab yang bagitahu Neelofa lah tu! Owww, baru ku sedar. Haha. Cantik je Neelofa pakai tudung nampak manis. :) 
Haaaa.. Manis tak? Manis kan? Hehe...
Secara keseluruhan, boleh lah aku rate filem ni  8/10. Hehe. 
Nah, trailer Hantu Kapcai sikit. Dah habis dah dekat panggung wayang. Kena download sendiri je la kalau nak tengok. :p

Next: Aku Terima Nikahnya

Nak Tengokkkkk!!! 

Yang pergi tak kembali

Hari ni dikejutkan dengan pemergian sahabat seperjuangan semasa zaman sekolah dahulu, MRSM Beseri, Batch 24. Meskipun tak begitu rapat, namun pernah juga kenal antara sama lain. Sungguh lah, ajal itu tak mengenal usia.

Kadang - kadang, kita berfikir, umur masih muda, masih jauh dengan ajal dan maut. Namun tanpa siapa menduga, rupanya kita terdahulu dijemput kembali berjumpa Ilahi. Sesungguhnya, daripada Allah kita datang dan kepada Dia jualah kita kembali. 

Sesibuk mana kita dengan urusan dunia, masih ada urusan yang lebih penting untuk kita selesaikan, akhirat. Yang pergi sudah selesai urusan mereka di dunia, tinggal masih kita yang belum selesai dan masih harus meneruskan perjuangan.

Berita kematian itu sebenarnya untuk peringatan diri kita. Entah bila kita akan dijemput, bagaimana caranya, hanya Allah sahaja yang tahu. Moga kita semua pergi dan dijemput dengan sebaik - baik keadaan. Insyallah.

Al-fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang - orang beriman.
Amin.

Susahnya...

Kadang - kadang terasa hidup ni susah dan berat nak dilalui. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kita bercakap, tapi tak ada yang mendengar. Namun, pelik bila ramai pulak yang tidak mendengar itu, dengan lantang menyuarakan pendapat masing-masing. Menyalahkan kita tanpa ada yg memahami luka di hati kita. Mereka tidak mendengar, tetapi mereka mencemuh kita. Menyalahkan kita.

Adil?

Kalau hidup itu tentang pilihan, aku rela tak memilih apa - apa. Sebab pilihan itu menyakitkan. Pilihan yang kadang - kadang terlalu melukakan. Tapi tak ada orang tahu. Kita yakin pilihan kita betul tapi di akhirnya baru kita sedar, betapa silapnya pilihan kita tu. Akhirnya, kita cuma menjadi mangsa tertawaan orang. Begitulah hidup... Hakikat ada pahit manis.

Kadang-kadang penat dan letih dengan hidup. Tertanya - tanya sendiri Ya Allah, harus sekuat mana lagikah aku untuk semua ini? :'(

Check it out: Doorgift ideas

Holla hoops! Entry kali ni nak cerita pasal doorgift pulak. Hehe. Aku ni walaupun belum kawen tapi aku suka usya persiapan orang nak kahwen. Ahaha. Maklumlah, mak pesan kena selalu sediakan payung sebelum hujan. Hihi. Erk! Ada kena mengena? -.-"

So, doorgift ni antara persiapan wajiblah untuk bride to be kan kan? Kan? Haa. Tak kiralah simple macam mana sekali pun, yang pasti ada jugak buah tangan untuk tetamu yang datang masa majlis perkahwinan tu nanti. Eh, tak kesahlah mahal ke murah ke, yang penting ikhlasss. Hehe. :)

Jom terjah antara doorgift yang menarik yang mungkin boleh digunapakai oleh bride to be :

Something in a jar.
Suka hati je letak nama. Haha. Sekarang kan banyak kenduri guna konsep jar untuk doorgift. Kan? Nampak ala - ala sophisticated gituuu. 

Jar kecik comel lotek

Medium size jar

Ikut suka hati plus bajet bride to be lah nak guna jar macam mana pun kan ikut creativity masing - masing or ada certain yang tempah je. Dengan jar ni boleh letak macam - macam ikut suka hati kita. Hehe.

Contohnya, paling famous cake in jar. Chocholate cake, rainbow cake or what ever cake. Ikut suka.

Rainbow cake in a jar

Red velvet in jar

Selain tu, ada jugak letak benda lain. Contoh macam marsmallow, gula - gula, chocolate, fruit candy...

Simple but nice Cupcake.

Ada jugak yang jadikan cupcake sebagai doorgift. Comel and sweet. 

Individual packaging. Siap! Hehe

Absolutely cute.

Handkerchief.

Walaupun hanya sekadar sehelai sapu tangan, but surely it is very useful. :)

Special Keychain. 

Yang ini aku belum pernah dapat lagi. Huhu. Tapi macam comel je. Tambah - tambah kalau yang creative boleh DIY sendiri kan.... Interesting. Hehe

A pen with love.

Hehe. Bagi pen pun boleh. Boleh orang guna lepas majlis tu kannn. 

Dompet syiling comel.

Ini pun comel. Boleh guna jugak. Hehe

Dompet syiling bentuk macaron. Hihi :)

Pun boleh.... :)

Ok.. Itulah antara idea yang bagi aku menarik jugak sebagai doorgift untuk majlis. Tapi, aku lagi suka doorgift yang boleh dimakan macam cake dan cupcake. Wahaha. :p

P/s : All pictures in this entry credit to Google. Ada link pada setiapa gambar. Klik gambar untuk maklumat lanjut. Hehe. :)

Peace!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...