This is Life

Hurm. Semakin lama di sini, kenapa hati ini semakin berat untuk menyesuaikan diri. Dari segi kuliah, belajar , subjek dan lecturer mungkin setakat ni aku tak ada masalah. Cuma environment yang jauh berbeza buat hati aku dari hari ke hari kian memberat. Setiap hari, setiap kali kaki melangkah untuk naik bus ke kuliah, fikiran melayang terkenang suasana dekat Merbok. Mungkinkah ini cabarannya untuk segulung ijazah? 

Rutin harian dekat sini, setiap hari, bergerak ke foyer untuk naik bus ke kampus lama yang boleh dikatakan ambik masa dalam 10-15 minit jugaklah kan nak sampai. Then, lately ni selalu hujan. Berpayung meredah hujan dan meskipun berpayung tetap jugak basah kuyup sebab tempias. Plus, jarak dari kolej aku ke foyer memanglah sangat amat paling dekat dengan foyer. *tangan di dada, mata ke atas. Heh! Masuk kelas dengan keadaan basah kuyup + menderita kesejukan dalam kelas sbb air-cond mungkin satu perkara biasa di sini. Aku paling malang, dah lah kurus je tak banyak lemak memang menggigil - gigil bila sampai kelas. Paling malang, bila duduk dekat kerusi, tengok kasut, alamak, dah terkoyak jadi mulut buaya sebab kasut kembang kena air. -.-' Dugaan apakah ini. Oh tuhan, tabahkanlah hati hambaMu ini. T.T

Setiap hari kelas akan habis dalam pukul 7.30 petang berhampiran masuknya waktu Maghrib. -.-' Then, bermulalah sekali lagi acara perebutan siapa cepat dia dapat. Naik bus berasak - asak sehinggakan ada satu masa, aku naik risau tengok ada yang hampir tergolek sebab semangat waja sangat untuk memenangi perlumbaan. Paling best bila punya nak naik jugak sampai sanggup berdiri dekat tangga bus pun tak apa berdekatan dengan pintu bus dan seolah - olah pintu bus tu nak kapit diri anda bila ditutup. -.-' Ye lah, nak tunggu next round punya bus entah bila pulak kan plus belum tentu berpeluang naik jugak sebab penuh jugak so mungkin terpaksa menunggu sehingga bus yang ke 3,4 atau pasang je khemah depan kampus. -.-' Dan, aku adalah mangsa kekalahan sebab selalu give up awal. Waktu tu, hati rasa membengkak tengok kawan - kawan yang ada transport melambai - lambaikan tangan dengan wajah ceria untuk pulang ke kolej. Ciscake.

Mungkin di mana - mana pun sama sahaja namun yang nyata aku masih dalam proses penyesuaian diri di sini. Bukanlah hidup ini tak biasa bersusah payah, mungkin kerana kekurangan diri membataskan kemampuan diri untuk bersaing dengan yang lain. Mungkin. Apa pun, mungkin inilah yang dikatakan campus life. ;)

Oh, cuma satu aku tak puas hati, apekejadahnya setiap minggu orientasi?? Memang aku bayar yuran datang sini untuk join orientasi semata barangkali. Damn. -.-'

3 comments:

Mohd Akmal said...

sabau jela sayang...lama2 da besa okla tu..kan..=)

iena_mieyna ^^ said...

ye mal mal.. i will.. :)

umi athifah said...

assalamualaikum, akak, FPPM dekat kampus lama ke baru ye? sebab saya tengok blog lain, ada yang kata FPPM dekat kampus lama.. TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...