La Tahzan: Allah bersama kita

Bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan, pintu neraka di tutup dan pintu - pintu syurga dibuka. Ya Allah! Betapa mulianya bulan Ramadhan. Alhamdulillah kerana menjadi insan terpilih untuk masih bertemu Ramdhan kali ini...

You're going through something , you start wondering where Allah,
Remember, the teacher is always doing a test... :)

Manusia mana je yang tak pernah diduga, kan? Cuma yang membezakan kita, ujian itu sendiri dan cara kita menangani dan menghadapi ujian itu. Ada ujian yang kita mampu tangani, ada ujian yang mampu kita atasi tetapi, tiada ujian yang kita tak boleh hadapi... Sebab? Sebab setiap ujian yang Allah beri pada kita itu, dah pun ditapis sesuai dengan kemampuan kita.. Allah Maha Mengetahui.. :)

Sabar.. Hanya itu senjata yang terbaik.. Mengadu? Pada siapa lagi yang lebih memahami untuk kita mengadu melainkan yang Esa? Meski kadangkala hati rapuh untuk menghadapi ujian yang diberikan, sujud kepadaNya umpama terkena renjatan elektrik. Bagai ada satu kekuatan yang mengalir semula untuk terus kuat menghadapi ujian yang diberikan dan menjalani kehidupan sebagai hambaNya yang taat dan patuh. Ya Allah, sungguh Penyayang... Dia yang memberi ujian dan Dia jualah yang membantu kita menghadapi ujian...

Mudah kita menuturkan kata sabar. Hakikatnya, tak mudah untuk kita bersabar. Mungkin di bulan Ramadhan ini lah peluang untuk melatih diri dan meningkatkan tahap kesabaran dalam diri kita sebagai hamba Allah yang lemah di muka bumi... Bukan mudah bila terlalu sakit dugaan yang kita hadapi, betapa perit kesakitan yang kita rasai... dan di kala itu kita perlu juga bersabar dan mengikhlaskan segalanya kerana Allah.. Kerana apa? Kerana segala - galanya milik Dia.. Kita hanya pinjaman...

Ikhlaskan hati dalam menerima takdir...

Siapalah kita untuk melawan takdir jika itu yang sudah tertulis kepada kita? Tiada yang lebih mengetahui melainkan Pencipta yang menciptakan kita... Memang tak mudah.. Tapi, percayalah... Sekali kita redha dan yakin kepada Allah, kita pasti dapat melakukannya.. Ikhlas menerima takdir kita seadanya... 

kerana....

Mungkin hari ini kita menangis, meratapi dan menyoal mengapa kita yang perlu menjalani ujian ini.. Namun, yakinlah, di satu saat nanti kita akan tersenyum dan bersyukur kepada Allah kerana memberikan kita ujian tersebut....

P/S : Hati merintih namun kini aku kuat kembali.. Don't despair and never lose hope.. coz Allah is always by your side... :) InsyaAllah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...