Alhamdulillah! Merdeka 55 tahun Malaysia

Wah, ni entry versi patriotik ni. Wee ~ Merdeka! Merdeka! Merdeka! (sambung lagi 4x sampai cukup 7x) Lepas tu sambung nyanyi tanggal 31 bulan 8 57! Lalala. Tu lagu Merdeka paling semangat kot bagi aku. Time sekolah dulu nyanyi sambil kibar bendera ada gula - gula dalam batang bendera tu dengan penuh semangat! Hoyeah! Guwa sayang Malaysia!

Heheh... Ayah bagi bendera ni je bawak pegi sekolah. Satu lagi lekat dekat handle basikal. 
Merdeka!

Bila sebut pasal Merdeka, benda yang paling aku ingat adalah perang. Scary betol pemikiran. Huhu. Ye lah, time sekolah dulu selalu je cikgu tayang cerita Leftenan Adnan, Kapten Hassan, Bukit Kepong. Semua tu pasal perang sebelum Tanah Melayu merdeka. Ingat senang ke nak merdeka? Then, bila habis sekolah ada pulak yang cakap tu semua tipu je. Aku tak percaya tu semua tipu. Sebab? I still have my grandmother yang pernah alami zaman itu. Zaman Jepun menduduki Tanah Melayu semua tu. So, how come ada generasi sekarang cakap tu semua tipu? Sedangkan diorang lahir pun belum dan tak pernah rasa pun susah payah jerit perih orang terdahulu sebelum Merdeka. 

Kita senang lah cakap. Komplen itu ini. Kita lahir je dah ada KLCC, hospital pun dah ada air cond bagai siap mak kita boleh buat aduan + saman doktor lagi kalau pengurusan hospital time nak deliver baby tu tak bagus semua kan. So, kita memang generasi yang lupa diri kalau hanya pandai nak komplain itu ini je. *Wah, emo kejap. Huhu.

Walau macam mana kurangnya pentadbiran negara kita, satu yang kita kena ingat, kita masih diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat keamanan. Dan, jangan lupa jugak nikmat keamanan tu bila - bila pun boleh ditarik balik kalau kita tak reti nak bersyukur!

So, enough with that. Dah macam syarahan patriotik hari Merdeka peringkat sekolah pulak aku punya entry. Harhar. Sebenarnya aku nak cerita salah satu kenangan aku sambut hari Merdeka masa zaman sekolah dulu. Paling best adalah masa aku dekat MRSM Gerik, Perak tahun 2005-2007. Memang terbaik! 

Malam 30 Ogos tu, kitorang beramai - ramai akan berkumpul dekat padang utama sekolah untuk dengar ceramah. Memang tak tidur sebab ceramah dia real punya. Diorang jemput bekas tentera yang pernah sama - sama berjuang untuk bebaskan Tanah Melayu dulu. Aku pun dah tak ingat nama tok wan tu. Rileks je aku panggil tok wan kan. Huhu. Tapi betol ar, diorang perajurit kita a.k.a moyang kita tau! Hehe. Siap cakap padang tempat kitorang tengah berhimpun tu pun sebenarnya bekas medan pertempuran dengan tentera Jepun dulu! Terus aku angkat kaki letak atas kerusi. Wahaha. Seram weyh!

Lepas dengar ceramah, tepat pukul 12 tengah malam, ada percikan bunga api besar - besaran! Yahoo! I love MRSM Gerik so much sebab kitorang dah macam family. Aku tak balik rumah 3 bulan pun aku rileks je sebab cikgu - cikgu dah macam mak ayah sendiri. Baik sangat! Percikan bunga api tu cikgu yang handle wokeyh! Awesome.

Then, balik tidur smabil masing - masing gabung katil dalam bilik sebab tak nak tidur sorang - sorang. Reason? Sebab senior cakap, setiap kali malam Merdeka, akan terdengar bunyi derap kaki orang sedang kawat kaki beramai - ramai dan bunyi kereta kebal naik bukit depan hostel perempuan, Blok Keranji. Huhu. Tapi aku tak pernah dengar pun. Lega!

Then, 31 Ogos nya bermulalah acara menyambut Hari Merdeka yang sangat best! Kitorang ada macam - macam pertandingan yang dijalankan mengikut homeroom. Homeroom ni kira macam keluarga angkat kita lah sepanjang di MRSM tu plus kita akan dapat seorang guru homeroom a.k.a mommy or daddy angkat kita! Hehe. That's why hubungan kitorang dengan cikgu - cikgu adalah sangat akrab.

Antara yang paling aku ingat, time lunch, kitorang diberikan ubi kayu. Time tu macam terpinga - pinga. Ala, dah lah penat buat aktiviti takkan makan ubi kayu je kotttt. See? Generasi zaman sekarangggg. Nenek aku cakap diorang hidup zaman Jepun dulu, makan ubi kayu pun still larat nak pergi buat bendang, sawah semua. Huhu.

Kitorang makan ubi kayu beramai - ramai dalam homeroom sekali dengan cikgu homeroom pun melantak makan ubi kayu jugak! Hehe. Sedap jugak weyh! Makan ramai - ramai plus ubi kayu free memang sedap sangatttt! Hehe. Time tu lah cikgu homeroom kongsi cerita pasal merdeka, susah payah golongan sebelum ni nak dapatkan kemerdekaan untuk negara kita ni. Siap boleh main kuiz soklan Sejarah lagi okeyh! Hewhewhew. 

Lepas tu dah kenyang makan ubi kayu semua barulah kitorang dapat makan tengah hari kitorang yangs uper duper awesome. Kalau bebudak asrama lain selalu komplain cakap makanan hostel tak sedap, sumpah aku tak pernah rasa macam tu sepanjang aku sekolah dekat MRSM Gerik. Kitorang punya makanan memang tak pernah mengecewakan. Haha. Mungkin sebab dah penat sangat banyak aktiviti kot, makan tak sedap pun jadi sedap. Hahaha.

Tu lah sedikit sebanyak pengalaman hari Merdeka aku dekat sekolah dulu. Yes, sekolah lah tempat yang banyak mendidik aku supaya jadi manusia yang berguna. Cuma bebudak sekarang je tak pandai manfaatkan peluang dan zaman sekolah tu. Pergi sekolah semata - mata nak buat benda pelik - pelik sebab mak ayah tak tau. Isy3! Ni lah namanya tak merdeka pemikiran. Nanti mesti menyesal siapa yang buat macam tu, tau. Rugi betul! Hoho. xoxo

Tu je lah. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke - 55 Malaysian! We love Malaysia!

2 comments:

amranaiman said...

bdk mrsm ni pandai2 ni.. :) slmt happy merdeka :D

iena_mieyna ^^ said...

ala...x da pandai mana pun...nakal2 lagi adalah..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...