Baby jatuh katil

Ha, ni bukan pasal baby saya, ye. Saya tak ada baby lagi. Kawen pun belummm. Hewhew. Ni tadi saya tengah online Facebook then nampak newsfeed pasal baby Rini AF jatuh katil and now tengah kritikal dekat hospital. Kesian sangat dekat baby tu. Baru 2 hari je lahir tup tup dah jatuh katil pulak.

Rini AF 7. 

Perasaan gembira menimang puteri sulung berubah menjadi sedih buat bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini apabila bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Joanna dilaporkan jatuh katil pada 11 Ogos lalu.

Berita ini disahkan Rini yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu.
“Saya selamat melahirkan anak saya, Maryam Joanna di Hospital Putrajaya pada jam 9.34 pagi Khamis lalu. Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana anak saya seberat 4.25 kg. Waktu itu, suami saya ada bersama saya tetapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan.
“Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu,” katanya dalam sedih ketika dihubungi murai.com.my.
Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya.
“Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah.
“Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.
“Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan,” jelasnya.
Marilah sama-sama kita mendoakan semoga anak rini cepat sembuh.
Bila baca berita macam ni rasa sedih sangat tambah - tambah bila tengok komen dekat berita ni macam ada jugak masuk akalnya. Ye lah, baby yang baru 2 hari lahir apa sangat dia boleh buat kan selain tidur statik je. Jadinya, ramai yang mempersoalkan macam mana pulak baby tu boleh jatuh katil kalau bukan sebab mommy dia careless? 
Apa pun, benda dah jadi kan. Just harap baby yang comel ni akan pulih seperti sedia kala. Kesian mommy dia nanti. Dah lah anak sulung. 
Salam Ramadhan...

5 comments:

Fikri said...

Lorr.. kesiannya. Harap2 bby tu sihat kembali. Aminn..

Hanny Esandra said...

melainkan ibunya cuai.. huhuu..

nik ros said...

kesiannya.comel sgt baby ni
moga sihat la kan

Mr. Doctor said...

Alolo adik kicik apsal buas sangat guling2 atas katil tu.. semoga cepat sembuh.. selamat hari raya..

man said...

semoga bayi dia sihat..slmt hari raya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...