Kita masih beruntung :)

Tiap - tiap tahun, setiap kali nak menjelang hari raya, antara perkara yang aku tunggu - tunggu adalah iklan dari Petronas. Hehe. Sebab apa? Sebab kebanyakan iklan Petronas tiap - tiap tahun sangat bermakna dari segi pengisian. Tengok lagi tak yang tahun ni punya? Strangers. :)

Tapi tahun ni, aku banyak mengelak daripada dengar dan tengok iklan or lagu raya. Ada lah sebabnya. Huhu. Kadang - kadang aku memang emotional sikit. Dan semalam aku tengok banyak sangat dekat Facebook orang post pasal iklan Bernas. Aku tertanya - tanya jugak tapi malas nak tengok sebab kan aku dah cakap aku nak mengelak daripada tengok iklan raya. Huhu. Sobs3. 
Then, pagi tadi my debab tanya dah tengok belum iklan Bernas. Dia cakap sedih. Pasal anak yatim. Petang ni baru aku online tengok iklan tu. Ada blogger yang post kan. Memang sedih. Aku tengok dua orang budak tu, aku teringat dekat budak - budak khas yang aku pergi melawat hari tu. Aku kan bakal cikgu Pendidikan Khas. Huhu. Tapi yang tak tahannya tiap - tiap kali aku pergi melawat budak - budak tu, aku susah nak kawal emosi aku. Bukan emosi marah ke apa tau. Tapi sedih sangat. Kadang - kadang tengok keadaan diorang buat aku rasa macam Ya Allah, betapa hebatnya ujian yang diberikan untuk budak - budak ni dan betapa tabahnya budak - budak ni harungi hidup diorang. Ada syndrome down, autisme, cerebral palsy, spastik dan macam - macam lagi lah.
Ada jugak yang macam budak dalam iklan ni, yang masalah pertuturan serius tu ( sengau). Bila dia cakap kan orang susah faham kan? Budak - budak macam ni masa aku pergi lawat diorang dulu, diorang sangat rendah diri. Nak bercakap dengan orang pun tak nak. Yang sedihnya, diorang lebih selesa guna bahasa isyarat dengan orang yang baru diorang kenal or yang diorang tak selesa nak bergaul lagi.
Apa yang aku tak boleh lupa, seorang budak cerebral palsy. Diorang ni ada macam - macam jenis. Kekejangan otot sampai menyukarkan pergerakan diorang. Nak menitik air mata bila aku tengok dia nangis sebab dia tak boleh task yang cikgu dia bagi untuk latihan psikomotor. Masukkan manik yang besar dalam tali yang besar. Dia tak boleh buat. Bila dia tengok kawan - kawan dia banyak yang dah boleh buat, dia nangis. Nangis senyap - senyap sambil cuba buat jugak. Memang tersentuh sangat tengok sebab boleh nampak macam mana dia gigih jugak usaha untuk buat benda tu walaupun susah untuk dia. 
Tu antara serba - sedikit lah pengalaman aku. Itu baru 1st sem. Ada lagi 7 sem dan sem 6 praktikal. Aku tak tau nak hadapi macam mana. Silap - silap budak - budak tu pelik pulak tengok cikgu diaorang asyik menangis je. Wuwuwu. Nak buat macam mana cikgu sensitif emotional bagai sangat. T.T Walhal, aku ada je adik yang kategori khas jugak tapi adik aku is so strong. :) Kalau korang rasa korang serba kekurangan, tak ada kekuatan nak hadapi ujian hidup, korang pandanglah insan - insan istimewa ni dan korang akan rasa kagum dengan ketabahan dan kekuatan yang Allah kurniakan untuk diorang. :)
Ni iklan raya daripada Bernas untuk tahun ni. :) The Journey.
Salam Ramadhan semua. :)

2 comments:

amranaiman said...

selamat hari raya :D

iena_mieyna ^^ said...

selamat hari raya jugak... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...