Tips: Penceraian

Hye semua! Tengok tajuk kita pada hari ini. Ya, saya akan memberikan anda tips atau cara bagaimana hendak bercerai. Yes! Kepada pasangan yang ingin bercerai, bolehlah baca tips ni betul - betul, okeyh??

Realitinya, entry yang aku nak karang ni sebenarnya adalah untuk anak - anak yang menjadi mangsa kepada penceraian ibu bapa. Yup, anak - anak adalah mangsa setiap kali berlakunya penceraian rumahtangga antara ibu dan bapa. That's why orang selalu fikir yang negatif kepada golongan anak - anak yang ibu bapa mereka bercerai.

"Erm, budak tu memang dah. Itu lah, tak ada siapa nak menegur salah silap. Mak bapak dah bercerai kan."
"Macam tu lah perangai kalau dah mak bapak tak reti jaga rumahtangga. Anak - anak rosak! Ikut perangai mak bapak!"

Lebih kurang macam tu lah senario yang sesetengah mangsa penceraian kena hadapi. Sentiasa jadi mangsa untuk diumpat keji sesetengah masyarakat kuno tanpa tamadun. Sebenarnya, bukan senang nak hadapi kenyataan bila ibu bapa kita bercerai. Apatah lagi kalau ia berlaku secara tiba - tiba dan terlalu pantas. Memang sangat tak boleh diterima.

So, macam mana untuk hadapi hidup ni bila kita adalah salah seorang yang menjadi mangsa penceraian ibu bapa? Lari dari rumah? Keluar lepak dengan kawan - kawan sampai tak nak balik rumah? Nope! Itu semua bukan jalan penyelesaiannya. Itu bukan cara yang betul untuk hadapi masalah.

First, kita kena faham kenapa ibu bapa kita bercerai? Kenapa? Sebab diorang suka - suka nak bercerai? Absolutely not! Tak ada mana - mana pasangan dalam dunia ni pun yang nak hubungan perkahwinan diorang berakhir dengan penceraian. In fact, perempuan paling takut dengan title 'JANDA' tau! Tengok Vanilla Coklat Raya tak? Ada dialog tu dalam citer tu. Paling penting, penceraian adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. So, what's the point ibu bapa nak bercerai for no reasons right?

Sometimes penceraian adalah jalan terakhir untuk penyelesaian rumah tangga bagi sesetengah pasangan. Mungkin sebagai anak kita tak faham kenapa ibu bapa kita bercerai. Tapi, percayalah semuanya ada sebab. Ibu dan bapa memang tak akan pernah or tunjukkan kepada kita kalau diorang ada masalah. Sebab? Sebab ibu bapa mana yang tak sayangkan anak, kan? Diorang pun sebenarnya dah buat yang terbaik untuk selamatkan hubungan diorang. 

Sebagai anak, sebolehnya elakkan fikir tentang keburukan ibu bapa kita walau seburuk mana sekalipun sikap mereka. Mungkin kita salahkan ayah sebab selalu pukul mak sampai mak nak bercerai. Or kita salahkan mak pulak sebab mintak cerai dengan ayah. No! Jangan sesekali buat macam tu. Sebabnya kita sebagai anak tak ada hak untuk buat macam tu. Walau seburuk mana kesalahan ibu bapa kita, terima dengan redha dan berdoa selalu supaya Allah bukakan pintu hati ibu dan bapa kita untuk kembali ke pangkal jalan.

Tak ada yang lebih baik untuk kedua ibu bapa melainkan doa dari anak yang soleh dan solehah. :)

Anak - anak yang jadi mangsa penceraian ibu bapa mungkin akan hadapi masalah terasa macam disisihkan oleh ibu bapa. Bila penceraian berlaku, keluarga kita dah tak macam sebelum ni lagi. Dah tak tinggal serumah dengan ayah or yang lebih sedih, bila mahkamah dah tentukan hak penjagaan. Mungkin kita akan terpisah dengan abang dan kakak yang tinggal dengan ayah dan kita pula tinggal dengan mak. 

Apa yang penting, sentiasalah fikir positif. Jangan biarkan emosi kawal diri kita. Kalau kita rasa mak kita sejak bercerai dengan ayah kita lebih pentingkan kerja sampai tak ada masa untuk kita, buang tanggapan negatif tu dan gantikan dengan tanggapan positif. Cuba bayangkan kalau kita di tempat mak kita. Ibu tunggal yang hidup dengan pelbagai cabaran demi kita. Sebolehnya, kita sebagai anak kena selalu bagi sokongan untuk ibu bapa kita. Ingat! Kita sebenarnya penawar kepada setiap kedukaan untuk ibu dan bapa kita. :)

Apa yang penting, jangan sesekali ambil keputusan dan tindakan yang merosakkan diri kita sendiri dengan apa alasan sekalipun. Semua orang ada masalah. Semua tak ada seorang pun yang terkecuali. Tak salah kalau kita nak lepak dengan kawan - kawan untuk hilangkan stress, nak kongsi masalah tapi tolonglah bergaul dengan kawan - kawan yang elok peribadi. Yang boleh bagi kita nasihat, yang boleh jadi pendengar yang baik dan yang boleh bantu kita untuk hadapi masalah dengan cara yang elok. 

Pilih kawan yang baik yang boleh membimbing kita. Mungkin kita percayakan kawan kita tu sebab dia pun hadapi masalah yang sama macam kita, tapi cuba fikir sekali lagi, betul ke jalan penyelesaian yang dia buat untuk hadapi masalah dia? Betul ke ambil dadah, arak, rokok semuat tu boleh bantu hilangkan masalah kita?

Apa yang penting, selalu dekatkan diri dengan Allah s.w.t. Jangan pertikaikan apa pun ujian yang kita hadapi. Kenapa? Sebab Allah Maha Penyayang. Dia bagi kita ujian dan Dia juga yang memberikan jalan penyelesaian.. Selalulah bersangka baik dengan Allah. :)

P/s : Semua ni separuh daripada apa yang aku amalkan selama ini malahan sampai ke hari ni dan aku kongsikan sedikit untuk mereka yang juga senasib dengan aku. La Tahzan. Allah bersama kita. :)

2 comments:

Fikri said...

Tlg la jgn bercerai wahai suami isteri. Kesian anak2 terabai. Kurang dpt kasih syg mk ayh.. D:

nini said...

Its hard

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...