Oh, macam tu ke cikgu?

Gigih aku taip entry waktu macam ni. Tak apa, malam masih muda. Baru pukul 2 pagi kot. Hihi. Oh, kenapa dengan tajuk aku tu? Sebenarnya aku nak buat entry pasal guru or yang selalu kita panggil cikgu. :) Tadi heboh dekat Facebook pasal link seorang blogger buat entry pasal cikgu. Tak kisah. Cikgu - cikgu mesti suka bila anak murid masih ingat cikgu, kan? Tapi sayang, anak murid ni dah tersalah faham tentang cikgu pula. Kalau belum baca, boleh ke link ni : UNTUNGLA SAPE JADI CIKGU

Aku yang baca pun jadi ter emosi sekejap. Ye lah, aku tak sangka ada jugak makhluk yang sebegitu rupanya di muka bumi ini. Tersentap jugak bila baca. Tak sangka ada orang fikir macam tu rupanya. Hina sangat ke seorang guru di mata beliau? 

Tak apalah. Guru itu ibarat lilin. Memang untuk dibakar semata - mata menerangi hidup insan lain. Berbakti sehingga ke hujung nyawa. 

Seorang insan yang bernama guru memang tak akan dan tak akan sesekali mengungkit dan menceritakan semula kebaikan jasa dan budi yang pernah ditaburkannya. Bukti? Cuba tengok setiap tahun bila keputusan UPSR, PMR or SPM diumumkan, siapa yang akan ditemubual terlebih dahulu? Pelajar yang cemerlang tu sendiri kan? Kedua? Ibu bapa pelajar tu. Ketiga? Em, mungkin guru. Tapi jarang pulak aku tengok orang temubual guru. Dan, kalau ada pun guru ditemubual, cuba dengar jawapan guru tu. Ada tak guru cakap "Ni semua berkat saya mengajar beliau si polan bin si polan selama ini. Tak sia - sia saya balik sekolah lewat, mengajar lebih masa semata - mata untuk dia. Bla bla bla." Pernah? 

 Aku kasihan dekat beliau yang menulis entry tersebut. Mungkin beliau tidak berpeluang bertemu guru yang baik seperti aku. Aku salah seorang murid yang bertuah sebab bertemu dengan guru yang sangat baik sepanjang aku bersekolah. Betul, tak tipu. Mungkin orang yang berfikiran negatif terhadap profesion keguruan patut fikir 100x sebelum buat tanggapan buruk tentang guru. So, meh aku cita pasal cikgu aku. *Excited. Hehe

Aku dari Form 1 sampai Form 5 sekolah asrama. Parents aku tak ada banyak masa nak datang melawat aku. Kalau datang melawat pun, bukan selalu. Jadi, cikgu adalah ibu bapa kedua aku masa di asrama dan sekolah. Masa aku Form 3, tahun yang penting dalam hidup aku sebab nak ambik PMR. Fact, aku ni lemah sangat dalam Matematik. Kalau dah duduk asrama, masa bila pulak nak pergi tuisyen kan? Memang full time duk hostel je aku ni. 

So, guess what? Cikgu Matematik aku bermati - matian struggle semata - mata untuk make sure aku buat full preparation sebelum PMR untuk subjek Matematik. Kalau cikgu tak ungkit, biar aku sebagai pelajar yang ungkit. Orang cakap cikgu macam - macam, ada cakap cikgu pemalas keja lepak tidur dalam stor je. Ada yang cakap cikgu makan gaji buta. Ada yang cakap gaji cikgu banyak tak sepadan dengan keja yang senang. Memang senang. Senang sampai jadi macam cikgu aku ni lah.

Cikgu Matematik aku, sanggup turun ke kelas masa kitorang prep (kelas persediaan sendiri utk bdk hostel) siang dan malam semata - mata nak pastikan ada orang yang boleh kami rujuk bila tak reti selesaikan soalan Matematik kami.  Siang pukul 3 sampai 4.30, malam 9 sampai 10.00. 

Lepas tu, cikgu kami yang duduk di rumah guru hostel sentiasa mengalu - alukan kedatangan kami ke rumah beliau bila - bila masa sahaja (kecuali waktu dia nak tidur. Kau jadi student jangan lurus sangat boleh tak) kalau ada masalah dalam subjek kami. Bukan cikgu Matematik je, ustazah agama, cikgu KH, teacher BI, cikgu Sejarah dan semua cikgu lah. Kalau baca buku sampai 10 kali ulang baris sama tapi tak paham - paham jugak, pergi je rumah cikgu. Tanya, cikgu terang satu - satu balik. Walhal dalam kelas dia dah ajar. Tu pun cikgu tak pernah merungut.

Cikgu Sejarah, hujung minggu hari Sabtu pun buat kelas tambahan semata - mata nak pastikan kitorang dapat A dalam Sejarah. Photostat soalan bertimbun - timbun, bagi kitorang buat, suruh jawab, dah jawab, dia semak pulak. Dah semak, kena terang semula mana yang ramai student jawab salah. Dah terang, bagi soalan yang sama, suruh student jawab, pun ada lagi yang salah. Tak apa, cikgu terang lagi sekali. Penat kot. Kami yang dengar ni penat, cikgu yang duk kerja ulang berkali - kali tu? Pe citer?

Apa yang paling aku terharu lagi, cikgu Matematik aku kumpulkan beberapa orang pelajar yang lemah dalam Matematik (termasuk aku lah tu). Dia tubuhkan satu kelas khas untuk kami. Seminggu sebelum PMR tahun 2007, bulan puasa, dia buat something yang memang aku sendiri boleh jamin mak ayah kita pun belum tentu boleh buat macam tu untuk kita. Dia buat kelas sebelum sahur. Dia amik sikit masa dari 4.00 pagi sampai 4.30 pagi untuk kami selesaikan sekurang - kurangnya 5 soalan matematik yang dia dah olah khas untuk tahap kelemahan kami. 

Sampailah waktu hari PMR sebenar, sebelum masuk dewan untuk paper Maths, aku nampak cikgu Matematik datang. Bagi kata - kata semangat terakhir untuk kami. Siap check kalkulator kami ok ke tak, jangka lukis semua ok ke tak, bahkan sempat lagi bagi tips terakhir di saat minit - minit terakhir. Aku ingat lagi waktu aku jejak pintu masuk dewan tu, aku nampak cikgu Maths depan pintu tu. Senyum sambil angguk tanda aku boleh. Memang aku semangat gila kot time tu. Hehe.

Tu lah serba sikit al kisah aku tentang guru. Sampai hari ni, bila aku ingat balik, menitik jugaklah air mata aku. Aku terharu sangat dengan pengorbanan cikgu - cikgu aku yang kalau diikutkan segunung emas pun belum tentu cukup untuk balas budi cikgu - cikgu aku. 

Kalau kita kira - kira balik, besar sangat ke gaji 2k tu untuk cikgu? Tambah lagi cikgu aku buat kelas tambahan tanpa sebarang caj untuk kami. Tak pernah mintak satu sen pun. Kalau diikutkan, apalah sangat wang nak dibandingkan dengan masa dan tenaga yang cikgu dah laburkan untuk aku dan kawan - kawan. Kan?

Oh ya, aku tersentap jugak blogger tu tulis cikgu ni tak reti apa - apa. Ajar BIO, reti BIO je? Lemme tell you, ingat jadi cikgu lekeh? Cikgu Kimia aku masa tingkatan 4,5 adalah seorang engineer lulusan luar negara. Cikgu Fizik aku juga seorang engineer lulusan luar negara. Cikgu Add Math aku, belajar sampai oversea plus dah mampu lahirkan seorang angkasawan pertama Malaysia pun (u know him). Cikgu Sejarah aku adalah seorang peguam lulusan UKM. Sapa lagi aku tak sebut ek? Haha. Ramai sangat cikgu aku yang hebat - hebat. Hehe. 

Apa pun, macam pesan Cikgu BM aku dulu, kerana pulut santan binasa, jangan kerana mulut badan binasa. Hargailah jasa guru kerana tanpa mereka siapalah kita. :)

Adios.

1 comment:

natasyapink said...

konpiuz. :(
http://www.natasya-pink.my/2013/01/aku-masih-konfius.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...