Hidupan Laut Naik ke Darat di Sabah

Buka Facebook tadi tengok heboh orang dan banyak pages yang share pasal berita ni. Katanya ikan, kerang antara hidupan laut yang naik ke darat. Bukan seekor dua tapi banyakkk sangat. Ada video yang dirakamkan berkaitan kejadian aneh ni.

Kalau nak difikir secara logiknya, macam durian runtuh la pulak untuk orang Sabahan sana sebab tak payah susah - susah pergi menjala ikan. Ikan sendiri yang sukarela naik ke darat. Huhu. Banyak pulak tu. Tengok daripada gambar tu pun dah boleh agak memang banyak sangat.

(sumber: FB)

Macam - macam spekulasi yang ada. Tapi, tak salah jugak sebab sebagai manusia biasa kita memang perlu berjaga - jaga dan sentiasa waspada. Aku masih ingat lagi masa Tsunami tahun 2004 dulu, berlaku pada 26/12/2004 dekat Pantai Kuala Muda tu memang nelayan dapat banyak hasil tangkapan sebelum kejadian. Kuala Muda, Batu Ferringhi antara tempat yang dilanda Tsunami masa tu. Aku baru Darjah 6 masa tu dan 2 hari sebelum kejadian tu aku dengan rombongan sekolah ada buat lawatan then singgah mandi dekat Batu Ferringhi tu. Err.

Video penuh pasal ikan naik ke pantai ni banyak orang upload dekat Youtube. http://www.youtube.com/watch?v=TjqxIzHofoY

P/s: Semoga kita semua dilindungi oleh Allah s.w.t dari bala bencana yang tidak diingini. 

5 Sebab Online Shopping Itu Best!

Pernah membeli secara online? Tak kisahlah barang apa sekalipun, yang pastinya pembelian secara online. Hehe. Seriously, aku merupakan salah seorang pembeli yang suka berbelanja secara online. Tapi, percayakah anda aku tak ada sebarang kad kredit, akaun online banking mahupun debit card dan apa sahaja yang mampu memudahkan aku untuk membuat pembayaran secara online? Peliknya. Suka beli online dah tu macam mana aku bayar untuk setiap items yang aku purchase secara online tu? Tadaaa. via ATM transaction saja lahhhhh. *mcm iklan apa nama entah. 

Salah satu sebab aku tak ada kad kredit adalah sebab aku tak mampu. Hahaha. Pinjam PTPTN je hoi mana mampu nak ada kad kredit bagai. Salah satu sebab aku tak buat akaun online banking sebab tak ada kepentingan lagi plus aku takut jadi shopaholic. Huhu. Bila dah senang sangat nak buat transaction tu kekadang jadi lupa diri. Main hentam keromo je order barang semua pantang jumpa online shops yang best. 

So, ada 5 sebab online shopping itu best kebaboooomm nowadays. Kalau tak best, masakan nak ada beribu ribu juta lemon onlne shops dekat Facebook, Instagram semua sekarang ni, ye tak? Boleh dikatakan online shopping sekarang dah macam trend pulak. Bukan setakat baju, gadjet, handbag, kasut je online bahkan makanan pun ada online shop okayyyy! Buktinya? Aku sendiri beli pekasam dekat online shops! Hikhik. :p

5 Sebab Online Shopping itu Best!

1. Easy, mudah, senang dan super duper easy mudah senang!

Kalau nak pergi shopping dekat shopping mall banyak benda yang kena diambil kira sebelum shopping, semasa shopping dan selepas shopping, ye tak? Selalunya masa paling sesuai untuk pergi shopping mall ialah during weekend. Betul? Dan keadaan kebanyakan shopping mall pada hujung minggu adalah sangattttttt sesak padat penuh bambammm dengan juta lemon orang yang berlumba - lumba nak shopping juga. Nak rempuh jammed masa on the way pergi dan balik lagi, isu nak cari parking lagi, boyfriend/suami asyik merungut nak balik cepat sampai kita tak sempat nak shopping lagiiii. Hah! Banyak faktor nak kena consider ni. Hahaha. Plus, consume so much time kalau kita nak observe dan survey barang yang kita cari tu dekat banyak - banyak kedai, kan?

So, online shopping adalah jalan yang mudah. Hihi. Kita tak perlu rempuh jammed, cari parking, dengar rungutan boyfriend/suami, sakit kaki sebab jalan banyak sangat dan boleh survey dan survey dan survey barang yang kita nak dekat banyaaaakkkk online shops sampai kita jumpa yang kita betul - betul puassss hati sama ada dari segi kualiti, harga dan layanan! Buka Facebook dan Instagram, scroll up scroll down, search for review, recommendation from orang yang boleh dipercayai dan sebagainya sebelum kita place order dekat sesebuah online shop.

Sambil makan keropok lekor petang2 pun boleh shopping dik nooooonnn. Best2!

2. Berbaloi dan saving jimat dan berbaloi baloiiii

Sekarang semua benda pun dah naik harga ye tak? Petrol harga naik, tol pun naik. Jadi, bayangkan kos yang kita perlu keluarkan kalau semata - mata nak keluar pergi beli sehelai tudung/shawl/baju sahaja?? Dah lah tambang LRT pun naik harga. LOL! Tiket bas aku nak balik kampung pun naik harga. Sob3. Jadi, kalau tolak timbang tambah darab bahagi kesemua kos tersebut rasanya online shopping adalah pilihan yang ideal untuk menjimatkan kos - kos tersebut.

Selalunya, bila beli barang - barang secara online, penghantaran akan dibuat melalui postage pos laju, SkyNet dan lain - lain syarikat pos yang ada di Malaysia ni lah. Hehe. Selalunya bila kita purchase items via online, peniaga akan inform pada kita siap - siap berapa harga postage yang akan dikenakan yang selalunya tak lebih dari RM10 pun dan kalau lebih pun sebab mengikut berat barang tersebut je. Tapi, pengalaman diri aku sendiri, postage untuk beli 2 helai blouse dan gaun pun baru RM7.

Nak lagi best, kalau bernasib baik ada online shops yang jual barang dan buat promosi Free Postage. So, tak ke best macam tu? Hehe. Tak berbaloi ke? Hihi. Dan lagi, kita boleh trace parcel kita once it been posted via Tracking Number. Selalunya, paling cepat dalam sehari je parcel dah boleh sampai. Paling lewat pun 2 atau 3 hari. Tapi, pengalaman diri sendiri beli online selalunya within one day aku dah dapat parcel kecuali untuk items yang pre - order lah. Bayar hari ni, peniaga pos esok dan lusa aku dah dapat baranggg! Yabedabeduuuu.

Ponn Ponnn! Deliver your items sampai depan pintu pagar rumahhhh within 2 to 3 days sajaaaa. Tengah makan cekodok pepagi pun dah boleh terima parcels! Hiks.

3. Simple without pimple

Disebabkan online shops sekarang ni terlalu banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan so onine shopping ni buatkan hidup jadi lebih simple. Hihi. Boleh dikatakan kalau nak beli produk kecantikan ke, tudung ke, shawl ke, gaun/blouse and almost everythingggggs can be found via online shopping! It was like, bila je kau terdetik 'eh, rasa macam nak beli shawl lah!' On the spot jugak kau boleh beli walaupun masa tu kau tengah dengar lecture dalam kelas! Hahaha.

Just bukak smartfon/laptop/tablet/anythinggggg lahhhh, connect internet, scroll Facebook page online shops/ Instagram yang best2 yang jual shawl, pilih2 belek2 survey2 sampai puas hati then wassap/contact the owner and place your order! Semudah ABC 123! Tak simple ke macam niii? Hiks.

Nak shopping sambil meniarap silang kaki naik atas pun boleyyyyyyy. Yang penting ada Wifi. Hahaha.

4. Chit chat review before purchase

Apa yang best online shopping ialah kita boleh survey dulu barang yang kita nak beli, tengok testimoni and even ask the previous customer about the items before place our order di mana - mana online shops. Bila nak membeli secara online ni, ketelitian adalah perlu, ye. Huhu. So, banyak je blogger/artis/mana - mana individu yang boleh dipercayai/ regular customer sesebuah online shop tu buat recommendation, share experience, share gambar barang yang diorang purchased before dekat online shop tersebut. Dari situ, kita dah boleh buat survey apa - apa maklumat berkaitan yang kita nak daripada barang yang kita cari tu. Kalau dah puas hati, barulah beli. Kalau tak puas hati, survey lagi dan lagiii. Kan banyak online shops yang adoooo. 

Kalau pergi shopping dekat mall susah lah kita nak dapat review/any comments macam ni kecuali kedai/tempat yang memang dah biasa/terkenal dengan produk - produk yang dijual dan memang tak diragui lagi ketulenan serta kualitinyaaa. Direct shopping pun tak boleh nak belek/survey lama2 sangatttt sebab tak cukup masaaaaaa. Haha.

5. Updated

Online shopping membolehkan kita dapat quick update from online shops yang kita follow tu regarding new ites available, sales, discount and banyakkkk lagiiii dari rumah sahaja. So, tak payah susah susah nak bergerak ke sana sini semata - mata nak tengok or update diri sendiri tentang semua hal - hal tersebut.
Ada sesetengah online shop dekat Instagram yang akan inform customers diorang awal tentang new items yang bakal diupdate nanti. Contohnya, '9 malam ni banyak lagiiiii shawl baru yang akan diupdate! Stay tuned!'. So, kalau dah rasa nak beli sangat sangatttt just tunggu je depan lappie/smartfon korang untuk tengok latest update tersebut dan seterusnya buat pembelian dengan rakusnyaaaa. Masya Allah. Jangan rakus, bazir itu amalan syaitan. Hihi. 

Jadinya, untung tau sebab tak payah nak berebut - rebut tarik rambut dengan customers lain. Hahaha. Siapa cepat, dia dapat. 

Alaaaa.. sedihnyaaaaaa baju yang aku nak dah out of stockkk!! Bila nak restockkkk.

So, itu sajalah dari saya yang kerdil ini. Huhu. Saya sukaaaa online shopping. Tapi, apa pun sebagai pengguna jangan main semberono beli sahaja. Pastikan online shops tu betul - betul dipercayai, memang diakui kewujudannya dan sebagainya untuk elakkan diri anda dari jadi mangsa penipuan cyber! Hihi. :)

Beauty Passionate

Semester 4 ni aku rasa adalah permulaan kepada semester yang sangaaaaattttttt kritikal. It was very hectic! Tahap kritikal tu memang telah menunggang terbalikkan kemampuan aku menyusun jadual untuk diri sendiri. Final assessment yang ambik masa berminggu - minggu for preparation and practices sahaja! Bayangkan siang malam pergi bilik muzik tu semata - mata nak berlatih je. Dari pagi sampai tengah malam. Memalu memukul si gendang non - stop. Sampai tidur malam pun aku rasa tangan aku duk bergerak memukul dinding tepi katil. -.-"

Tapiii, bizi macam mana pun aku tetap ada masa untuk selcha. Hahaha. Kemeja putih beli semata - mata untuk music final assesment. Blergghh. Credit to my debab, Akmal Mal sebab hulur sumbangan utk beli sehelai kemeja ini. Hujung semester ni aku memang kopak sangat2. Makan pun sehari sekaliii je. Wuwuwuwu.

So, sepanjang masa tu langsung tak ada masa untuk pampered diri sendiri. Lepas tu, x cukup dengan dugaan yang begitu. Ditimpa lagi dengan dugaan wajib bagi setiap semester. Rasa macam jatuh ditimpa tangga lepas tu terhantuk dekat batu tangga. Perghh! Sakit menikam kalbu jiwa raga. Tapi, sebab terlampau penat dan overwhelmed hipertension semua adaaaaa, perasaan tu jadi bercampur baur. Tak tau nak sedih ke, kecewa ke, strees ka. Tak tauuuu dik noonnnn oiii.

Selamba badak je dik nooon kolej KHAR ni reject application aku. Sticker tak nak kalah aku bermatian - matian kumpul demi melayakkan diri aku nak kekal sebagai penduduk kolej langsung tak dipertimbangkan. Pandang sebelah mata pun tak. Memang menghiris kalbu betul lah. Luka dia memang ambik masa nak pulih ooowwww. Sob3.

Jadinya, aku malas nak pikirkan semua tu. Aku buat donno je lah. Memandangkan minggu ini adalah study week dan minggu depan aku dah nak final paper. T.T  Aku cuba lah manjakan diri sendiri sebelum mendera diri sendiri di medan perjuangan. Harhar. Aku memang addicted sangat dengan Shiseido Collagen Crystal Eye Mask!! Faktor utama dia ialah sebab mudah buat au tertidur. Haha. Aku ni macam insomnia ermmm macam burung hantu sebenarnya. Susah sangat nak tidur malam. Tambah bila dah study tu, lagi laaaa. Time study tu mengantuk, elok je aku tutup buku segar bugar je mata aku. -.-"

So, eye mask ni bila letak bawah mata sangattttt sejukkkkk dan super duper comfortable! Bila pakai je aku dah boleh tidur dengan senyuman! Hikhokk! Dah lah murah! Kawan aku jual sekeping RM1 je. Memang best sangatt pakai eye mask ni plus dia siap dengan collagen lagi! Tak payah nak sapu ke, nak makan ke. Just lekapkan dekat bawah mata ju. Kawasan eye bag tuuuu. Collagen dekat eye mask ni akan meresap sendiri masuk dalam kulit bawah mata. Esok bangun pagi memang fresh. Aku selalu pakai bila hari yang sangat padat. Letih, x cukup tidur. Esok tu bila bangun memang mata rasa fresh, eye bag pun kurang. Best!

Another one is shiseido mask yang hitam/putih niii! Muka aku jenis yang berminyak. Minyak tu bukan sebab apa pun. Sebab liang pori dekat muka ni tersumbat dengan whitehead! Aku banyak sangat whitehead. Tambah bila lepas cuci muka, whitehead tu timbul2 dekat kawasan hidung dengan dagu! Gerammm buat aku picit2 je. Tapi shiseido mask ni dah mudahkan kerja sebab memang berkesan membantu mencabut whitehead dakuu. Huhu.

Lepas cuci muka, aku bilas muka dengan air suam untuk biar liang pori terbuka. Lepas tu baru sapu mask ni dekat muka. Aku tak suka sapu seluruh muka sebab nak tanggal mask ni nanti sakit. Haha. Jadi, aku sapu pada kawasan yang memang banyak whitehead je lah macam hidung, dagu dengan pipi. Bila kering, just tanggalkan (peel off mask). Memang puas hati. Tertanggal semua whitehead yang ada. Bestt!

Dayang senandung in progress! *punboleyyyy

Yea, dah nama pun perempuan memang tak lari lah dengan hobi memanjakan diri sendiri ni kan. Huhu. Shiseido mask ni pun murah je, RM5 untuk 3 keping. Kawan aku jugak yang jual. Kadang2 dia bagi free je sekeping bila tengok aku macam meroyan sebab addicted sangat dengan benda - benda ni. Haha. Seminggu sekali pun dah kira ok kot untuk spent time manjakan diri sendiri. Hihi.

Till we meet again!

P/s: Good luck utk semua yang bakal menduduki final exam next week! Pray for the best! Amin!

Care for them...

It's been awhile since my last post in this blog. Sepanjang masa tu jugaklah pelbagai onak dan ranjau yang harus daku tempuh. Sob sob sob. MasyaAllah memang semakin mencabar degree life sekarang ni. Hari - hari yang daku lalui ibarat ranjau yang berduri, laut yang bergelombang dek dihentam ombak yang ganas dan penuh dengan ikan jaws!! Hiperbola. Saat aku menaip entry ni lah baru aku seolah - olah dapat merasakan nikmat hidup. Hewhew. Sekarang ni aku baru Semester 4 dan ada baki lagi 4 semester untuk aku habiskan degree episode iniiiii!!! Argh!!! 

Sejujurnya, aku jarang nak libatkan diri untuk melaksanakan event. Aku lebih cenderung untuk melibatkan diri sebagai peserta dalam sesuatu program. Kuang3. Sebab? Sebabnya aku yakin dan percaya aku hanya menyusahkan diri aku kalau aku perlu melaksanakan sesuatu event dan akhirnya hipotesis aku itu telah terbukti pada semester ini. Tengok banner ni macam non ado hape sangat pun. Tapi, di sebalik tabir hanya Allah saja lah yang Maha Mengetahui. Ahzab wey. Ahzabbbb. Tapi alhamdulillah bila semuanya berjaya dilaksanakan dan dah selesai pun. Pheww. *sujudsyukur.

So, this is the team mates! Nampak tak daku yang sudah tak bermaya walau hanya untuk menggariskan bibir mengukir senyuman?! Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku penatkan sangat yang aku tahu hanyalah aku memang penat sangatttt. Huhu. Dalam event ni, aku bertindak sebagai AJK Aktiviti yang mana pada hari program ni sepenuhnya dikelolakan oleh AJK Aktiviti. Huaaaa. Starting program tu pun dah hampir buat kau nak pengsan.

Aktiviti kedua. Ini bukan lagi aktiviti aku tetapi sebabkan aku pun AJK Aktiviti maka perlu lah menjadi pembantu kepada rakan sekumpulan yang lain. Buat aktiviti untuk kanak - kanak berkeperluan khas seriously totally different berbanding program yang selalu aku tengok dekat sekolah dulu. Banyak perkara yang kena consider, timbang tolak bolak balik dan macam - macam lagi lah yang sampai hari program tersebut aku langsung tak pernah bayangkan ohhh macam ni ke situasinyaaaaa. Y lecturer no telling me this before!!?? 

Nampak aktiviti ni macam senang, masukkan straw dalam botol then keluarkan straw tu semula. Yea, for normal people like us memang nampak mudah dan memang mudah but not for them. Di atas adalah kanak - kanak Sindrom Down dan kelemahan utama mereka adalah dari segi kemahiran pergerakan motor halus. Tapi, apa yang aku dapat masa program ni adalah sangat berharga yang mungkin aku takkan dapat melalui pembacaan buku atau paper exam sekali pun. Huhu. 

At first, aku rasa macam budak - budak ni suka ke game ni? Macam bosan je, macam boring jeee.. *chacha soleqooo. Tapiii, masa aktiviti tengah berjalan aku tengok diorang punya semangat tu lain macam je. Siap tak nak berhenti main pulak tu. Masalahnya kalau diorang tak nak berhenti pun kitorang termasuk guru diorang pun dah macam nak pengsan melayan. Huhu. Yang hiperaktif lagi laaaaa. Lepas je satu game terus dia berlari keliling kawasan tersebut non - stop ohkey! Aku masa tu dah macam nak menangis dah dan terasa macam nak merayu rayu tolonglah berhentiiiii. Hahah.

Aku sukaa sangat this girl. Nampak tak? At first, kitorang langsung tak dapat detect her problem sebab dia sangat ceria, berkeyakinan tinggi dan sangat happy go lucky. Semua aktiviti dia participated actively. Tak ada sikit pun riak muka penat dekat wajah dia yang buat aku rasa kagum sangat. Terlibat dengan dunia pendidikan khas betul - betul mengajar aku erti menghargai kehidupan, bersyukur dan selalu rasa rendah diri. Because the less is more. :)

After all, rasa lega sangat sebab dah habiskan episode untuk program bagi semester ni. New experience, new spirit. Tak kurang jugak dengan berbakul bakul kata - kata pedas, marah dan teguran daripada lecturer sebab gerak kerja yang ke lauttt. Haha. Phew. ALhamdulilah semua dah selesai.

Pray for me for this upcoming finale exam. Phewwww. 

Team work

Live together or die together. Belajar dekat peringkat universiti memang mencabar dan antara semua tu yang paling mencabar adalah kerja berkumpulan either berpasangan atau kumpulan besar. Huh! Selalunya stress bukan sebab kerja individu tapi kerja kumpulan. Ni lebih kurang macam entry ketidakpuasan hati lah lebih kurang. Hek!

Perkara yang terjadi bila tugasan berkumpulan :

1. Banyak mulut tapi sepasang tangan 
Waktu berbincang macam - macam idea contribute. Good. Tapi, bab nak melaksanakan tiba - tiba jadi krik krik krik! Sapa yang tak bengang. Ada sesetengah tu yang jenis pandai bagi arahan itu ini tapi habuk pun tak ada. Bila mulut yang bekerja potensi untuk kerja selesai adalah sangat tipis! Orang yang bekerja menggunakan mulut yang banyak jugak selalunya menyusahkan pihak dan orang lain. Cakap dia nak buat itu ini tapi sekali tunggu, tengok - tengok tak ada hasil lepas tu beban kerja tu ahli lain pulak yang nak kena tanggung. So called selfish lah. Blerggh! Fed - up!

2. Awal dan akhir
Ada pulak yang kita cuma boleh nampak dia masa awal pembentukan kumpulan dan di akhir pembentukan kumpulan tersebut. First, masa nak bentuk kumpulan beria - ria nak jadi teammates then lepas tu bila buat perjumpaan, discussion langsung tak dapat detect ke mana dia menghilang. Siap lost contact pun ada. Bila tanya ada ja alasan yang dia nak bagi macam dia seorang ja yang ada masalah dalam dunia yang fana ini. Herrrr!! Bila pembahagian tugasan, yang paling menyakitkan adalah bila orang lain pulak yang nak kena siapkan bahagian dia! Hurm.. Tak berkat tau tak buat macam tu masa belajar. Orang lain tak redha, Allah pun tak redha! Better tak payah belajar la orang macam ni. Duduk rumah goyang kaki. 

3. I did everything
Orang yang bekerja selalunya dia diam - diam saja. Orang yang bising tu namanya bukan buat kerja tapi buat bising. Ada pulak yang jenis kerja dia tak seberapa tapi bila orang lain tanya bukan main lagi bercakap gaya macam dia yang buat semua. Padahal dia sendiri tau berapa percentage yang dia sumbangkan dalam kerja berkumpulan tersebut. Tak cukup dengan tu ada jugak yang dah tahu dia salah tak buat kerja, x bagi kerjasama dan takut tembelang dia pecah mula nak burukkan ahli kumpulan lain yang dah penat - penat buat kerja. That's so cruel. Don't live on this planet anymore, please.

4. I don't care
Ini adalah bahagian yang sangat menyakitkan. Dah lah tak bagi kerjasama, langsung tak kisah pasal apa yang jadi dalam kumpulan. Apa pun tugasan dia langsung tak kisah sebabnya bagi dia kalau dia tak buat orang lain boleh buatkan. Yes, orang lain terpaksa buat sebab kalau tak complete satu part, the whole part of the group dikira tak siap! Walaupun part orang lain dah complete. Orang macam ni bila kita tegur pun bukan dia nak ambik kisah sebab dia memang jenis yang tak kisah pasal orang lain. It's ok not to care about others tapi jangan bebankan orang lain. Ya, mungkin orang lain tak sampai hati nak bagi pengajaran pada kau. Tapi ingatlah, Allah kan ada. Hari ni kau buat pada orang lain, satu hari nanti Allah balas balik pada kau. Simple.

5. Lembu punya susu, sapi dapat nama
Selalu berlaku bila kerja berkumpulan, bila tak semua pun yang bagi komitmen penuh, akan ada seorang yang terpaksa berkorban galas semua tanggungjawab untuk menjayakan tugasan tersebut. At the end, ahli lain pulak yang dapat nama. Well, tak kisah pun sebab kalau manusia tak tahu, back to the basic, Allah tahu. As long as semuanya berjalan dengan baik kita ikhlaskan semuanya. Kalau kita di pihak yang teraniaya, berdoalah semoga Allah tunjukkan kebenaran sebab doa orang yang teraniaya adalah antara doa yang dimakbulkan Allah. 

Kerja kumpulan banyak mengajar aku tentang erti kawan. Aku mula kenal siapa kawan aku. Tak kurang jugak aku mula sedar hakikat ragam manusia yang pelbagai. Ada yang suka ambil kesempatan, ada yang bersikap menindas, ada yang lepas tangan, tak kurang jugak ada yang berjaya mengalirkan air mata aku sebab sedeeyyyyy. Memang setiap semester, tugasan kumpulan yang paling beri tekanan pada diri kerdil ini. Huhu. Manusia hatinya Allah yang pegang. Jdi, setiap kali aku berhadapan dengan situasi melibatkan ragam manusia, pada Dia lah tempat aku luah dan mintak semuanya. Aku hanya mampu berusaha yang terbaik dan serahkan semuanya pada Dia. 

p/s : If you are working in group, you are supposed to have high mark for that task because you are not doing it ALONE!

How to look independent?

Lamanya tak update blog ni sebab first, busy. Second, busyy. Third, busyyy. Fourth, busyyyy busyyyy. Haha. Busy dan sebenarnya tak ada isu nak tulis plus esei ilmiah punya kerja tu pun aku ambik masa berapa lama nak siapkan. Herr. Semester 4 ni memang hectic giler dan aku yakin semester 5,6,7,8 nanti mesti lagi giler gilerrrrrr. Pheww. Ni pun masih ada lagi assignment yang tertunggak yang aku rasa macam dah tak terdaya dah wey nak siapkan. Ok, stop merungut.

So, how to look independent? Ehem, independent macam aku. Hahaha. Ceh. Ada orang dia dah memang biasa berdikari dan ada sesetengah orang pulak dia boleh berdikari tapi dia tak nak berdikari dan ada orang langsunggg tak tahu apa itu berdikari. Huh? Ottoke! Berdikari tu macam rojak tau dia campur macam - macam buah yang sedap lepas tu makan dengan kuah rojak mak bee. Pasti terangkat. Hahaha. Merapu. -.-'

First, boleh buat banyak benda walaupun sorang - sorang. Pernah pergi makan dekat kedai makan or cafe kolej sorang - sorang tak? Aku tak tahu apa persepsi orang lain bila nampak orang pergi makan or beli makanan seorang diri tanpa ada teman. Mungkin nampak macam lonely dan forever alone. Tapi, bagi aku orang macam tu adalah berdikari. Ngeh3. Sebab aku selalu macam tu. Kadang - kadang kalau ada kawan, adalah peneman aku untuk pergi makan. Kalau tak ada, aku pergi je lah sorang - sorang. Know what? Orang memang selalu pandang - pandang bila aku jalan sorang - sorang. Tapi aku buat cool je lah siap balas pandangan mereka dengan senyuman. Hiks. Independent kot wey. Ko pandang - pandang mesti kalau tak ada kawan teman ko pergi makan ko akan sanggup kebuluran dalam bilik kan? Hewhew. But it so not me. Aku akan rela kebuluran bila aku malas je. Hahahaha. 

Bila orang berpandangan pergi makan sorang - sorang itu sedeyyy, aku selalu terpikir. Duduk dalam kubur nanti pun sorang - sorang jugak kan? Sedeyy tak sedeyyy? Huhu. ^^

Second, go shopping alone. Hiks. Org ckp perempuan yang boleh pergi shopping sorang - sorang adalah perempuan yang well independent. Org yg cakap lah. Bab ni aku tak tahu sangat sebab nowadays memang org shopping sorang - sorang pun. Online shopping. Haha. Aku pun suka online shopping sebab senang dan mudah dan senang. Ngeh. Tapi, bila shopping sorang - sorang adalah masa di mana aku tak dapat control diri aku sebab semua benda aku rasa nak ambik beli dan beli dan beli tanpa sedar duit aku non ado. Kalau time shopping dengan kawan sifatku adalah sangat kontraaaaaaa sebab aku selalu bertindak konon - konon macam penasihat kewangan kepada kawanku itu supaya berjimat cermat bla bla bla so nak tak nak sebagai penasihat aku kena la behave sikit. Haha. -.-'

Shopping tu kan terapi untuk perempuan. So, enjoy your shopping and appreciate each moments of it. Tettt.

Kalau shopping dengan boyfriend?? Errr.. no comment! 

Last but not least, can make a decision on your own. Kadang - kadang aku selalu berhadapan dengan situasi dilema dan buntu dan tak tahu apa aku perlu buat dan apa aku tengah buat. Erk! But once aku dah buat decision, susah dah nak paksa - paksa aku suruh ubah keputusan. Haha. *kepalabatu. Well, sometimes people may see, hear or listen to what you are going through but the only person who understand you is YOU. You may listen to other people opinions or nasihat but at the end, tetap terserah pada tuan empunya badan jugak untuk buat keputusan. Macam pepatah, anda boleh bawak kuda untuk pergi minum air tapi anda tak boleh paksa kuda untuk minum air. *kenaxkena. Haha.

Adios.

Permohonan Kemasukan Program Diploma UPSI

Masuk je portal UPSI tadi terus nampak hebahan iklan ni. Dah lama dah hebahan ni tapi hari n baru tergerak nak kongsi dekat blog. Huhu. Tapi jangan risau sebab tempoh masa untuk memohon masih ada lagi. Sempat lagi ni kalau ada yang nak pohon. Hee.

Permohonan ni dibuka khusus untuk pelajar lepasan SPM yang lepas. Untuk syarat kemasukan, senarai kursus ditawarkan dan lain - lain maklumat boleh terus pergi ke link sini : MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN

Cara buat permohonan :

1. Kena beli nombor BITARA ID DIPLOMA dahulu dekat BSN dengan harga RM26.00 sahaja. Dah boleh dibeli mulai 9 September 2013 sehinggalah 23 September 2013 ini.

2. Ada 3 cara untuk beli nombor BITARA ID DIPLOMA ini iaitu sila rujuk di sini : http://www.upsi.edu.my/online/

3. Dah beli nombor BITARA ID DIPLOMA kemudian baru boleh buat permohonan melalui online di link sini : http://www.upsi.edu.my/online/

4. Akan terpampang laman macam ni dan boleh pilih kategori kemasukan iaitu aliran sains atau sastera. 

5. Seterusnya masukkan no. kad pengenalan dan juga no.bitara id yang dibeli dekat BSN tu dekat laman ni:

6. Dan ikuti langkah - langkah yang seterusnya. Hehe. Permohonan boleh dikemaskini sebanyak 3 kali dengan menggunakan NO.BITARA ID DIPLOMA yang SAMA. Jadi, jangan buang dulu slip NO.BITARA ID tu untuk tujuan kemaskini permohonan.

Good luck!

Back to normal

Selepas 3 bulan cuti semester yang bagi aku adalah terlalu panjang sampai mati kutu tak tahu nak buat apa, akhirnya aku kembali ke rupa yang asal iaitu sebagai seorang pelajar di bumi Tanjung Malim ni. Phew. Alhamdulillah, semester ni aku dapat peluang menginap dekat kolej yang bagi aku sangat sangat selesa super duper awesome berbaloi baloi. Pergh. Nampak tak betapa aku bersungguh - sungguh cuba membuktikan ke'awesome'nnya. Hahaha. Aku bersyukur sangat sangat sebab semester ni aku boleh duduk belajar dengan selesa. Semua kelengkapan dah cukup sedia dari bilik air, tilam, katil, meja belajar, almari baju, rak kasut, sinki, air, elektrik, mesin basuh semuanya serba lengkap. Aku bersyukur sangat dan harap semester ni aku lebih rajin dan bersemangat untuk study dan paling penting aku harus meningkatan balik pointer aku yag dah merudum tu. Hewhew. 

Tudiaaaa. Malas nak rotate. Asal boleh tengok tu kira ok lah kan. -.-" Gambar dari dalam bilik aku dekat klej ni. Masa ni baru lepas hujan. Ku sgkap jendela dan puffff! Wah, ada air terjun di luar kamarku. Bagai di syurga rasanya. *_* Tenang je. Tak ada serabut kepala aku bila aku tengok luar tingkap ni. Rasa macam duduk dalam hutan pun ada. Nature sangat. Dan itu yang aku suka. Huhu. Tapi kalau kena duduk dalam hutan betul - betul tak nak aku. Pergi berkhemah baru separuh hari pun aku dah rasa macam nak mengamuk nak balik. T.T

Minggu ni tak busy dengan kelas lagi sebab minggu ni minggu konvokesyen. Makanya, aku masih ada masa untuk terus mencari mood beaja dan menghilangkan mood cuti aku ni. Tapiii.. minggu depan ada cuti Malaysia! Opps! Hahaha.

Instant entry

Its been so long since no post dalam blog ni. Sebabnya ialah dek kerana baby lappy kesayangan rosak dan masih belum pulih hingga ke hari ni. Sobsob. Tak tahu bila nak sihat. Jadinya memang dah lamaaaaa sangat x berblog. Memang bosan sgt sbb blogging ni je la satu2 nya hobi yang memang aku sukaaaaa sangat.

Banyak gila kot benda aku nak update dalam blog ni. Tapi semua tertangguh macam tu ja. Nak update pakai fon, aku memang tak selesa sgt. Ni pun menggagahkan diri. Hikss. Jadinya gambar2 yang aku nak letak dlm blog, aku letak dekat Instagram je la al kisahnya. Huhu.

Cuti panjang selama 3 bulan ni memang aku manfaatkan dengan makan tidoq ja. Memang stress. Tapi apa blh buattt. Mkn tidoq pun stress oi bila asyik duk ulang sampai mata aku pun dah mogok tak mau lelap. Huhu.

Jadinya blog ini akan terbiar dlm beberapa ketika yg tidak dapat dipastikan sehingga bila. Tapi yang pasti insyaAllah bulan 9 ni akan kembali aktif kot. InsyaAllah.

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tentang rasa

7.20 am. Dah terlelap malam tadi langsung tak sedar pukul berapa. 3.00 am terjaga sebab terkejut dengar pintu bilik dibuka. Then, terus dah tak dapat sambung tido. Berjaga sampai ke pagi. Letih. Tapi sekurang - kurangnya dapat tido pun dah cukup bagus. Selalu susah sangat nak dapat tido malam. Tapi sekarang lepas je exam week ni terus dah ok sikit. Mungkin dah senang hati sikit kot. Dah habis semester, kan? Hehe.

This entry is more about myself, actually. Haha. It's a bit weird bila out of sudden nak type entry pasal diri, rasa semua bila dah terlalu lama tak buat macam tu dekat blog ni. Padahal, mula - mula buat blog ni dulu pun memang untuk tujuan meluah rasa pun. Entah macam mana out of sudden je things changed. Boleh pulak nak buat entry - entry "global". Haha. I means entry - entry yang berkaitan dengan bahan bacaan umum lah, kan. Hee.

Blog. A site which i used to express my feelings towards everything, everyone, every parts and every journey that i have been experienced in my life. Suka, marah, gembira, annoyed dan semua rasa lah pun akan dinukilkan dalam blog ni. It's more like a diary. Hehe. Aku memang suka tulis diari. I did. Until now, i keep used to write diary. Aku tulis semua lah apa yang berlaku dalam hari - hari aku. Aku mula buat blog masa sekolah, Form 5. Masa tu hostel aku dia punya rules agak pelik sikit. Diaries are not allowed there. Aku tak tau kenapa. Tapi rasanya rules tu cuma valid dekat hostel perempuan je kot. So, aku mula jumpa blog. Rasa macam menarik. Lagipun, blog pertama yang aku tulis dulu just available for invited readers only. Hehe. So, macam best jugak lah nak keep writing in blog masa tu. Plus, aku tak payah susah - susah nak sorok buku diari aku lagi, kan. Hehe. Tapi, blog tu pun aku dah tak tau apa jadi. Sebab lepas SPM, aku dah jarang dapat online sebab dekat rumah tak ada internet. Huhu.

Facebook. The another one social web that i have known. Masa tu tahun 2009. Lepas SPM. Tu pun aku buat Facebook sebab kawan - kawan yang mintak. Aku masa tu stick je dengan Friendster and Myspace. Hik3. Malas nak ada banyak - banyak benda. Bukannya bawak faedah atau keuntungan sangat pun. Huhu. Plus, aku memang jarang sangat - sangat online so aku memang tak ambik port sangat pasal Facebook or what so ever ni. Then, bila dah kawan - kawan asyik bising je suruh aku buat Facebook aku pun buat lah tanpa mengetahui apa kepentingannya kepada aku. Haha. Masa aku buat pun, dah lepas ambik result SPM. Masa tu tengah tunggu keputusan UPU je. So, memang agak selalu on9 lah sebab excited, kan. Then, sibuk isi permohonan berbagai - bagai untuk sambung belajar after SPM. Huu.

Then, bila dah masuk U, baru aku merasa sikit kepentingan Facebook ni. Huhu. Ye lah, macam - macam group yang diorang buat. Setiap subjek ada group dekat Facebook. Nak announce pasal kelas, event, tutorial, assigments, tasks, semua pun dekat Facebook ja. So, masa tu lah baru aku aktif gila - gila dengan Facebook. More to addicted sebenarnya. Balik kelas je, Facebook. Nak tidur, Facebook. Nak makan, mengadap Facebook. Buat assignment pun sambil on9 Facebook. Haha. Terok!

And then, sampai lah satu masa berkenalan dengan cinta hati pun melalui Facebook. Dari group Pre - Law dekat U dulu. Haha. The power of Facebook, kan? Masa tu nak sweet sweet semua dekat Facebook ja. Hee. Chat dekat Facebook. Merapu ja banyak masa tu. Tapi best. Haha. *Gatai. 

But now, aku dah mula rasa Facebook tu membosankan. Thanks God. So that aku tak lah banyak melagha dengan Facebook tu kan. Dah masuk 2 kali aku deactivate kan account Facebook tu sebab benda - benda yang terlalu melukakan hati aku. Bila aku deactivate memang aku tak rasa apa sangat sebab kalau tak deactivate pun aku bukannya aktif sangat dekat Facebook. Huhu. Tapi tu lah, bila deactivate aku rasa tenang sikit sebab aku boleh elakkan dari melukakan hati aku sendiri. Terluka dengan post org, kata - kata org, status org, gambar - gambar org. 

Hence, ada baik buruknya laman sosial ni sebenarnya. Tapi, dari Facebook jugak sebenanrnya aku dapat banyak ilmu pasal isu semasa terutamanya. Hihi. Thanks for Facebook users yang rajin post bahan - bahan ilmiah dekat Facebook. I appreciate it. Gracias!

P/s : Akaun facebook ku terkubur sudah.

Tarikh Penting Sesi Akademik 2013/2014 UPU

Berikut tarikh - tarikh penting untuk Permohonan Kemasukan UPU sesi 2013/2014

1. Permohonan UPU telah dibuka mulai 7 Januari 2013 sehingga 15 April 2013.

2. Permohonan UPU bagi sesi 2013/2014 akan ditutup pada 15 April 2013.

3. Bagi pemohon yang memohon UPU melalui Kategori C dan D bagi lepasan SPM dan juga lepasan Diploma/ Setaraf perlu menghantar salinan maklumat pemohon dan dokumen-dokumen yang berkenaan ke IPTA yang dipohon. Tarikh akhir penghantaran ialah 15 April 2013.

4. Bagi pemohon lepasan SPM yang membuat permohonan bagi kursus yang ada temuduga contohnya seperti diploma pendidikan dan sebagainya, semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 22 April sehingga 24 April 2013 di laman web UPU.

Bagi pemohon lepasan STPM, semakan boleh dibuat mulai 06 Mei sehingga 09 Mei 2013. Semakan boleh dibuat di laman web UPU.

5. Keputusan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier bagi Lepasan SPM akan diumumkan pada minggu ke - 3 bulan Mei 2013.

6. Calon SPM yang berjaya mendapat tawaran dalam pengajian Asasi di mana - mana IPTA akan mula mendaftar pada 26 Mei 2013.
7. Bagi calon SPM yang berjaya mendapat tawaran dalam pengajian Diploma di IPTA pula akan mula mendaftar mulai pada 01 Jun hingga 2 Jun 2013.

8. Sistem Permohonan UPU Fasa 2 sesi 2013/2014 bagi Lepasan Matrikulasi/Asasi akan dibuka mulai 03 Jun sehingga 09 Jun 2013.

Maklumat lanjut dan lebih lengkap boleh melawat link ni : http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_TARIKH_PENTING.pdf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...